Ahad, 13 Mei 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


7845 peneroka Felda Wilayah <b>Trolak</b> terima durian runtuh – Perak <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 06:10 AM PDT

Seramai 7,845 peneroka Felda Wilayah Trolak yang mewakili ketua keluarga akan menerima durian runtuh bernilai lebih RM39 juta secara peringkat-peringkat mulai hari ini sehingga 15 Mei depan.

Hari ini, seramai 25 peneroka dari Felda Besout 1 hingga 5 cukup bertuah kerana terpilih sebagai penerima awal durian runtuh bernilai RM5,000 setiap orang dan tarikh 10 Mei pastinya terpahat kemas di ingatan mereka apabila menerima cek durian runtuh itu daripada Menteri Besar sendiri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir petang tadi.

Ungkapan syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilontarkan warga peneroka Wilayah Trolak di atas pemberian durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka di seluruh negara.

Pengumuman durian runtuh yang membabitkan kos lebih RM1.6 bilion itu sekaligus menangkis dakwaan pembangkang bahawa Felda bankrap atau muflis, sebaliknya berupaya membela nasib dan kebajikan warga peneroka di negara ini.

Bagi Kamali Mohamed, dari Felda Besout 2, beliau sama sekali tidak menyangka setiap keluarga peneroka Felda bakal menerima durian runtuh bernilai RM15,000.

"Saya berterima kasih kepada PM kerana sejak lebih 20 tahun menjadi peneroka, inilah kali pertama saya mendapat durian runtuh sebesar ini.

"Bukan sahaja ketua keluarga, isteri dan generasi kedua Felda juga tidak dilupakan kerana masing-masing turut menerima durian runtuh RM5,000.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri begitu prihatin terhadap nasib warga peneroka Felda termasuklah mengotakan janji yang diungkapkan sebelum ini," katanya gembira sambil ditemani isterinya, Siti Hawa Borhan, 46.

Bapa kepada tiga anak lelaki itu bercadang untuk menyimpan wang RM5,000 yang diterima dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk jaminan masa depan.

Siti Hawa pula menegaskan, beliau turut tersentuh dengan keprihatinan kerajaan BN kerana turut menghargai jasa dan peranan yang dimainkan oleh golongan isteri peneroka.

"Ketika Perdana Menteri mengumumkan durian runtuh juga bakal diterima oleh golongan isteri peneroka, ramai di kalangan mereka menitiskan air mata kerana berasa sebak di atas penghargaan yang diberikan oleh pihak kerajaan," tegasnya lagi.

Peneroka Felda Besout 2, Abdullah Saidi Yusof, 58,  berkata pemberian durian runtuh itu seumpama mimpi dan pastinya sesuatu yang di luar dugaannya.

"Terima kasih kepada kerajaan BN di atas berita gembira ini yang bukan sahaja menceriakan ketua keluarga tetapi juga isteri dan generasi kedua Felda kerana mereka juga masing-masing bakal mendapat durian runtuh RM5,000," katanya yang berhasrat untuk menabung wang yang diterimanya itu.

Terdahulu, ketua peneroka Felda Wilayah Trolak, Sulong Jamil Mohamed Shariff dalam ucapannya, berkata pengagihan durian runtuh itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Tegasnya lagi, warga peneroka seharusnya bersyukur dengan pemberian durian runtuh itu dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang untuk menggagalkan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

"Peneroka tidak perlu berasa bimbang atau takut kerana Perdana Menteri memberi jaminan bahawa segala kemudahan yang dinikmati selama ini seperti dividen KPF, duit raya serta pinjaman tanpa faedah untuk membina rumah kekal seperti biasa.

"Yang lebih penting, jaminan tanah yang diusahakan kekal menjadi milik peneroka," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan