Isnin, 28 Mei 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Rakyat minta Zambry lawat DUN <b>Tronoh</b> – Perak Today

Posted: 12 Apr 2012 04:35 AM PDT

"Kita bukan datang untuk cari kesalahan wakil rakyat di sini sebaliknya kita mahu bantu rakyat di Tronoh."

Demikian tegas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul ketika mengulas mengenai program lawatan sehari ke DUN Tronoh hari ini.

Tambah Zambry, walaupun Tronoh adalah kawasan yang ditadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun ia tidak bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meminggirkan nasib rakyat di kawasan berkenaan.

"Kita tahu walaupun Tronoh bukan kawasan BN, tapi ia tak bermakna kita akan tinggalkan atau pinggirkan terus kawasan ini.

"Begitu juga dengan kawasan lain,sebenarnya lawatan saya bergantung pada keadaan dan suasana yang mana kita akan tumpukan kepada tempat yang perlukan lebih perhatian seperti di Tronoh," katanya lagi.

Jelas beliau lagi, berdasarkan maklumbalas daripada ahli BN dan pemimpin tempatan, mereka mengsyorkan kepadanya supaya turun ke kawasan berkenaan.

"Saya bukan bermaksud nak bersaing dengan wakil rakyat di sini, itu bukan cara pemimpin BN.

"Kita datang sini untuk selesaikan masalah rakyat, saya tak tahu nak gunakan cara berdemonstrasi dengan memegang sepanduk dan tunjuk kita perlukan itu dan ini," katanya.

Justeru katanya, demi untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat maka pendekatan sama telah digunapakai walaupun di kawasan pembangkang.

Malah katanya, dengan bantuan pemimpin tempatan yang akan membawa masalah rakyat kepada kerajaan negeri maka adalah lebih elok untuk seorang Menteri Besar turun dan melihat sendiri sejauhmana permasalahan tersebut.

"Atas sebab itu, saya buat keputusan untuk datang dan melihat sendiri serta berjumpa dengan rakyat di sini," katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas Menyampaikan Surat Tawaran dan Notis 5A kepada Penduduk Setinggan Sri Kantan di SJKC Chung San, dekat Tronoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan