Rabu, 27 Jun 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Coretan Siti: Bermalam <b>Di Gerik</b>, Perak

Posted: 24 Jun 2012 07:37 AM PDT

Salam semua...
Dah lama tak ke mana-mana untuk menghadiri mesyuarat atau kursus.  Tahun nie baru sekali ke Ipoh untuk mesyuarat di SMT Ipoh dan tahun nie untuk kali ke dua akan bermesyuarat esok di SMT Gerik untuk satu program yang akan dijalankan pada pertengahan Julai nie.  Disebabkan mesyuarat bermula esok pagi jadi hari nie bermalam di Gerik setelah dapat kebenaran untuk lojing.  Kalau tak esok pagi-pagi sebelum subuh dah kena bertolak.
Sebab tumpang kereta kawan dan jadi penumpang jadi sempat la ambil gambar-gambar yang ada tulis pekan Gerik nie.
 Keadaan agak tenang dan nampak dah semakin banyak bangunan baru dibina.  Ini kali pertama bermalam di pekan Gerik, sebelum nie hanya lalu untuk ke Pengkalan Hulu dan Kelantan.
Bila sampai di Gerik keadaan tenang je tak de terkejar-kejar macam tempat lain.  Ikut kata kawan yang pernah tinggal di Gerik, Gerik sekarang dah semakin maju dan sibuk jika dibandingkan dulu.
Bila dah check in kat hotel, keluar makan.  Sebab tak tau kat mana nak makan singgah di satu kedai makan iaitu Nasi Lemak Ayam Godam.  Kat kedai nie hanya jual nasi lemak dengan ayam goreng je tak de lauk lain. Nampak ramai jugak orang yang makan di situ jadi cuba la.  Boleh tahan jugak nasi lemak dan ayam goreng dia.  Dihidangkan jugak serbuk-serbuk dari ayam goreng tue bersama-sama dengan nasi lemak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan