Isnin, 25 Jun 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


BANJIR <b>DI KAMPAR</b> 12 APRIL 2012 — ABGTEROR HOTLINE NEWS

Posted: 12 Apr 2012 05:49 AM PDT

Post image for BANJIR DI KAMPAR 12 APRIL 2012

BANJIR DI KAMPAR 12 APRIL 2012 |  Seramai 1,145 penduduk dari tujuh buah kampung di Kampar dipindahkan sejak pagi tadi setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam lebih tiga meter berikutan hujan lebat sejak petang Rabu hingga awal pagi Khamis.

Seramai 767 orang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar sementara 378 lagi di tempatkan di Dewan Pulau Bergading dekat Malim Nawar.

Hujan lebat yang turun sejak semalam menyebabkan banjir melanda di beberapa kawasan di negeri itu. Kira-kira 300 keluarga di sekitar Ijok di daerah Larut Matang turut terjejas dan dipindahkan akibat banjir.

Beberapa kawasan di Kampar hari ini mendapati terdapat puluhan kereta yang rosak tersadai di bahu jalan dan sehingga petang ini terdapat kawasan yang masih ditenggelami air.

Ban di tebing Sungai Kampar berhampiran Kampung Nyior juga rosak sepanjang kira-kira 20 meter mengakibatkan air dari Sungai Kampar melimpah ke kawasan berhampiran.Beberapa buah rumah juga kelihatan tenggelam hingga ke paras bumbung.

Rating: 7.5/10 (2 votes cast)
BANJIR DI KAMPAR 12 APRIL 2012, 7.5 out of 10 based on 2 ratings Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan