Ahad, 17 Jun 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


.: Calon P024 (Kubang <b>Kerian</b>)

Posted: 03 Jun 2012 02:58 AM PDT

Kubang Kerian ialah antara kerusi paling selamat untuk Pas di Malaysia. Rekod ahli Parlimen di kerusi Kubang Kerian ialah Mat Sabu (1995), Husam Musa (1999) dan Salehuddin Ayub (2004-2008). Tiada siapa dapat menafikan impak besar yang mereka berikan di Parlimen, dan mereka ini adalah panglima-panglima yang digeruni Umno. 
Apabila sesuatu kerusi itu adalah kerusi paling selamat, maka yang akan menduduki kerusi itu ialah tokoh yang benar-benar terdesak untuk Pas hantar ke Parlimen. Sebab itu Mat Sabu diterbangkan dari Pulau Pinang dan Salehuddin diterbangkan dari Johor. 
Calon yang akan menggantikan Salehuddin Ayub di parlimen Kubang Kerian mesti seorang calon yang mampu menunjukkan kualiti sebagai seorang policy maker dan mempunyai kemampuan membahaskan dasar dan polisi negara dengan baik dan berkesan. Jika tidak lebih baik, sekurang-kurangnya sama dengan benchmark yang telah ditinggalkan oleh Salehuddin Ayub. Jika ditakdirkan Salehuddin Ayub yang balik 'buka tanah' di Johor tidak dapat masuk ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Johor, kemudian penggantinya di Kubang Kerian tidak seperti yang diharapkan, maka malanglah nasib kita semua.
Maka, calon yang 'ada angin' mahu bertanding di Parlimen Kubang Kerian, tanyalah diri 'Layakkan aku?', sebelum orang lain menghakimi kemampuan calon itu. Terasa janggal jika 'kerusi emas' Kubang Kerian dipergunakan hanya untuk menyelesaikan kemelut dalaman sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan