Selasa, 12 Jun 2012

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


fazlianalife: MELAWAT RUMAH ANAK YATIM <b>DI MANJOI</b>

Posted: 06 Mar 2012 03:49 AM PST

Selesai sudah gotong-royong di giatmara.Kami menyiapkan barang-barang yang ingin kami bawa ke rumah anak yatim.Kami begitu teruja kerana ahli jawatankuasa kebajikan membuat rancangan untuk pergi bergotong-royong ke rumah anak yatim.Kami pergi ke sana dengan menaiki  kereta bagi yang perempuan,.bagi yang lelaki mereka konvoi menaiki motor dan mengiringi kami ke rumah anak yatim yang ingin kami tuju.Sampai di sana,kami disambut oleh anak -anak yatim yang kecil2 dan comel.Kami dijemput duduk dan berborak2 dengan anak-anak yatim yang begitu bernasib malang kerana ada sesetengah yang telah kehilangan ibu dan ayah semasa kecil.Kami begitu terharu mendengar cerita si kecil.Bersyukurlah sesiapa yang masih ada ibu dan ayah disisi.Kita mesti ingat tiada mereka tiadalah kite di dunia ini.Saya menasihati sesiapa yang ada ibu dan ayah jagalah mereka dengan penuh kasih sayang dan ikhlas........Jangan biarkan mereka hidup menderita.tahuuuuuuu!!!!!!...Selesai kami borak2 dengan anak2 yatim,kami menyanyikan sebuah lagu khas untuk mereka.Sebuah lagu yang bertajuk"KAU ILHAMKU".Mereka begitu gembira mendengar lagu itu dan mereka turut menyanyi bersama-sama.Selesai menyanyi kami meneruskan aktiviti kami dengan bergotong -royong di semua tempat termasuklah dalam asrama.selesai sudah bergotong -royong dan jam menunjukkan pukul 5.00lebih.Kami bergambar dan bersalam-salaman dan bersiap untuk pulang ke giatmara.Dengan perasaan yang gembira kami bercadang untuk datang lagi ke rumah anak yatim tersebut.Itu sahaja.Asalamualaikum...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan