07 di taiping - Google Blog Search |
Citra Cinta Terindah: Cuti-cuti <b>di Taiping</b> Perak 2012 Posted: 30 May 2012 12:33 AM PDT Assalamualaikum... Sekarang ni budak sekolah tengah cuti...jadi pada kebiasaannya kami sekeluarga akan meluangkan masa pergi bercuti...cuti-cuti Malaysia aje.. Lokasi seterusnya kali ini adalah Perak. Mulanya agak blur jugak dengan apa yang ada di negeri Perak...tapi selepas membuat beberapa observation. kami putuskan nak menjejakkan kaki ke Bukit Merah Laketown Resort...Bukit Merah berdekatan dengan Taiping. Jadinya dalam satu masa kami dapat pergi kedua-dua tempat sekali. Jujur saya katakan bahawa kawasan pantai barat memang jarang kami lawati berbanding pantai timur. Sampai nak naik highway pun kami kene tanya orang dan buat survey di internet. Tapi Alhamdulillah...sampai je...saja je suspen. Bukit merah best dengan pemandangan yang indah tepi tasik..aktiviti kat sana tak banyak pun tapi sebab kedudukannya jauh dari bandar membuatkan saya rasa nyaman sangat. Anak-anak suka sebab dapat mandi kolam...jadi ikutkan kehendak dia jelah...berendam pagi ke petang pun dia tak kisah. Lepas check out, kami bawa anak-anak tengok ecopark. Sebenarnya, tak pergi pun takpe...tapi alang-alang dah sampai tu, singgahlah. Nanti tak lah orang kata tak pernah pergi kan...hulur jelah duitnya... Destinasi seterusnya Taiping.... Antara semua tempat2 ni, Taman Tasik Taiping adalah tempat jatuh cinta saya....Tak pernah melihat tasik secantik itu. Ala-ala kat Itally atau Perancis...Pokok-pokok dijaga rapi dan kebanyakannya sudah lebih seratus tahun usianya. Itulah yang menjadi daya penarik tasik ini. Kalau datang Taiping, bawa bekal banyak-banyak dan bentangkan tikar di atas rumput....pasti tak cukup sepinggan...sangat damai dan sejuk mata memandang. Bandar Taiping tak besar...pusing-pusing kat situ je...tapi kalau tak pakai garmin, sesat juga asyik terpusing-pusing. Perkampungan sekitar boleh dikatakan masih jauh dari pembangunan. Kita boleh jumpa stesen minyak yang tak berjenama macam kat felda-felda. Tapi di sini benda tu biasa. Tak jumpa stesen Shell atau Petronas...walaupun Taiping duduk di dalam semenanjung bukan di pulau-pulau. Kedai runcitnya masih macam kat kampung-kampung...ye lah kawasan kampung kot. Tapi saya tak jumpa lagi yang macam tu sekarang ni...Tapi yang paling best adalah makanan...memang Malaysia adalah syurga makanan...sangat menyelerakan... Masa saya pergi tu, musim buah limau ke? banyak jual limau madu. Limau tambun memang ada saja. Mangga jambu batu dan jambu air. Jadi berjamu buah-buahan je lah kami ni. Memang suka buah tempatan berbanding buah import. Kesimpulan yang saya buat, terima kasih kepada majlis daerah Taiping kerana telah memelihara warisan ini untuk tontonan kami semua. Semoga segalanya dapat dikekalkan. Pada semua..jom cuti-cuti... |
You are subscribed to email updates from di taiping - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan