Khamis, 14 Jun 2012

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Kehadiran PKR <b>di Tambun</b> Tulang tidak gugat BN - Shahidan

Posted: 22 Feb 2012 07:20 AM PST

Kehadiran PKR di Tambun Tulang tidak gugat BN - Shahidan

22/02/2012 10:44am

KANGAR 22 Feb. - Kehadiran ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang baru-baru ini tidak menggugat kedudukan Barisan Nasional di situ, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Beliau berkata, walaupun PKR cuba menampakan keyakinan bahawa mereka boleh mendapatkan sokongan, namun laluan kepada pembangkang menguasai kawasan itu bukannya mudah.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima 102 borang menjadi anggota UMNO di Kampung Seri Gelam dekat sini, beliau berkata, banyak anggota PKR telah melangkah kaki kepada UMNO.

Shahidan, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkata, tinjauan mendapati bilangan yang menyertai PKR di Tambun Tulang adalah amat kecil dan bukannya 200 orang seperti yang didakwa oleh parti itu.

Baru-baru ini, PKR mendakwa 200 orang termasuk bekas anggota UMNO telah menyertai parti itu yang rantingnya telah diwujudkan di kawasan Tambun Tulang. - BERNAMA

IPOH MALAY: Undang-undang Singapura <b>Di Tambun</b>?

Posted: 15 Mar 2012 05:45 PM PDT

Ini cerita yang baru teman dengar. Tapi teman belum siasat lagi. Teman tak nak la tuduh-tuduh. Tapi kalau ada pihak nak siasat, silakan.
Kisahnya, sebuah surau yang disediakan oleh pemaju Sunway City Ipoh yang terletak agak berhampiran Hotel Lost World yang baru dibuka, yang turut menjadi surau bagi penduduk masyarakat kiasu berpagar Sunway City Ipoh, tidak dibenarkan melaung azan keluar.
Bukan itu sahaja, muazzin tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara terus.
Tetapi apa yang teman tahu, kepala persatuan penduduk di situ adalah seorang Melayu. Bagus. Walaupun penduduk di situ majoritinya bukan Islam. Si Melayu ni, Islam atau tidak, teman tak tahu. Kalau bukan Islam maknanya bukanlah Melayu. Itu apa yang tertulis di perlembagaan negara.
Menurut empunya cerita, antara yang membantah laungan azan di situ ialah penduduk orang putih yang turut bermestautin di situ.
Teman tak sangka pulak di sebalik laungan azan yang bersahut-sahutan di petempatan antara Tambun dan Ulu Kinta ini, ada surau yang terbungkam laungan azannya.
Setahu teman, Tan Sri Jeffry Cheah ni seorang yang baik lagi penuh toleransi. Tambahan pula dia kini memiliki kawasan yang dahulunya perkampungan bunian yang pernah menjadi rujukan punca kehilangan Datuk Panglima Kinta Ke-5 , Ngah Ghafar pada tahun 1820an.
Malah, ketika taman temanya diganggu 'makhluk halus' , orang-orang surau dari Kg. Tersusun Batu 6 yang berhadapan dengan hartanahnya juga yang dipanggil untuk 'menghalau' gangguan. Rasanya kali ini, kalau ada gangguan, biarkan sajalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan