07 di kuala kurau - Google Blog Search |
Super Colorful Life: Durian Batu <b>Kurau</b> Sambutan 1 Malaysia ? Posted: 10 Jul 2012 04:35 AM PDT Entri kali ini ingin menceritakan tentang kampung Amir sendiri . Kampung Anak Kurau , Batu Kurau , Perak . Batu Kurau ini seringkali disebut-sebut kerana keenakan buah durian yang terdapat di sini . Seluruh penduduk semenanjung ini memang tidak akan lepaskan peluang akan ke Batu Kurau untuk menikmati raja buah yang dikatakan TERBAIK diantara yang lain-lain . Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping). Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian. Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah : Ayun pak pek pak pong, Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik. Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato' Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986. Nama-nama Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut :
Batu Kurau mempunyai 21 buah kampung dengan Ketua Kampung masing-masing:
Mukim Batu Kurau yang diambil dari Google Maps Selesai dengan serba sedikit sejarah Batu Kurau . Kita sambung pula dengan teaser raja buah , iaitu buah durian . Untuk makluman semua . Ada juga seorang dua artis yang datang ke Batu Kurau shooting filem sambil-sambil kalau kene musim buah durian ini . Diorang diap pulun bawa balik ke Kuala Lumpur . Ada seketika memang terserempak sebelah-sebelah je . Bile pandang diorang dengan muka hairan kita . Diorang senyum je la . Terdapat juga segmen yang telah di tayangkan di Majalah 3 di TV3 tetang keunikan cara mengutip durian di sekitar kampung-kampung yang ada di mukim Batu Kurau . Haaa , tau tidak keunikan nya apa ? Disebabkan kebanyakan dusun-dusun durian si Batu Kurau terletaknya di kaki kaki bukit . Disebabkan itu , perlunya motorsikal yang di gelar 'scrambler' untuk diguna pakai bagi memanjat ke dusun-dusun ini . Haaa . Panjat kaki bukit cari durian . Unik bukan ? Itu sahaja entri kali ini , dan untuk makluman . Sekarang ini memang tengah musim durian . Amir tengok sepanjang jalan ada peraih-peraih durian . Ape tunggu lagi . Serang lah Batu Kurau sekarang ini . YEAHH!! :) P/S : Kali ini dusun pusaka arwah moyang Amir tidak membuahkan hasil durian . Tak boleh lah nak ajak makan free :P |
You are subscribed to email updates from di kuala kurau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan