07 di kuala sepetang - Google Blog Search |
Cuti Panjang - Episod 4 (<b>Kuala Sepetang</b>) - Yes Posted: 25 Jun 2012 10:32 PM PDT Dah lama tak update blog.. Dengan kondisi sekarang yang tidak beberapa menentu, aku lebih suka tidur je. Kalo hari cuti kat rumah, aku boleh marathon tidur dari pagi, bangun sekejap, tengahari tidur lagi, bangun sekejap, petang tidur lagi, bangun sekejap then sambung tidur time malam.. hebat betol kali nie.. kalah anak bujang aku yang sedang membesar tu.. Oraitt, bersambung kepada Episod 3 setelah pulang dari Pokok Sena, Kedah, antara agenda tempat yang harus dilawati adalah Kuala Sepetang, Perak. Lebih kurang sejam perjalanan dari Parit Buntar. Memang perjalanan ke sini mendamaikan, dengan pohon-pohon besar di tepi jalan memayungi kiri dan kanan jalan, menjadikan perjalanan menjadi redup dan mengasyikkan. Lebih-lebih lagi apabila bersama dengan keluarga yang kita sayangi. Apa yang menarik di Kuala Sepetang? Sudah tentulah mee banjir udang yang lazat dan timbunan udang segar yang tak hengattt.. Sesiapa yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, alahan terhadap makanan laut, penghidap gout, dinasihatkan agar berhati-hati apabila mencuba makanan sebegini, bukannya apa, takut "tersadai" pulak pas makan nanti. Memang rasa mee udang asli yakni gabungan mee, kuah udang sebenar dan berekor-ekor udang kategori sederhana besar.. Petang tu memang puas la aku sekeluarga makan mee udang di Kuala Sepetang.. "Pencarian satelit bermula.. Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang." ~ suara merdu gadis GPS jenama chap ayam. Sampai jugak kami kat sini.. Memang simpan perut ni sebab nak makan banyak kat sini (kononnya..) Dah petang pun still ramai orang lagi Suamiku yang encem dan anak bujang aku share makan ABC Sayang betol aku kat mak dan ayah mentua aku ni, kerana izin dan restu mereka dapat gak aku kawin dengan anak sulung mereka.. :-) Tips perkahwinan bahagia : Restu kedua-dua ibu bapa AMATLAH PENTING. Sebab syurga seorang suami terletak di bawah keredhaan ibunya dan syurga seorang isteri terletak di bawah keredhaan suaminya. Ayah mentua aku merasai kelazatan mee banjir udang nyam nyam.. Komen beliau : "Ayah rasa laa, mee udang sini kira oklaa, tapi Teluk Kumbaq punya laaagi sedap".. Aisehhhh.. kalo yang ni pon aku dah rasa sedap, maksudnya yang Teluk Kumbar, Penang lagi maveles la! Next trip leh try Teluk Kumbar plak la. Ni la rupa paras Mee Banjir Udang Mak Teh. Siap kupas udang guna tangan dah ni, tak main da kupas guna sudu garfu.. Huuuuu.. Alhamdulillah.. habis sudaa.. |
You are subscribed to email updates from di kuala sepetang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan