Isnin, 9 Julai 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Rakan 1Klik: Burung Enggang <b>di Pangkor</b>?

Posted: 08 Jul 2012 10:03 PM PDT


Burung enggang merupakan salah satu spesies burung yang unik dengan  paruh dan saiz yang besar serta warna  menarik yang terdapat padanya. Burung Enggang ini juga terdapat banyak di sekitar negeri Sarawak dan menjadi salah satu daya tarikan  pelancong untuk melihat keunikan burung enggang yang banyak terdapat disana. Oleh sebab banyaknya burung enggang di sana menyebabkan negeri Sarawak di kenali dengan nama "Bumi Kenyalang'. 
 Dalam percutian singkat bersama seorang rakan ke Pulau Pangkor  pertengahan bulan yang lalu, saya telah berpeluang untuk melihat  sendiri burung enggang yang dikatakan kebiasaannya  banyak terdapat di Sarawak. Siapa sangka di Pulau Pangkor juga terdapat banyak burung daripada spesies enggang ini. Antara waktu yang sesuai untuk melihat burung enggang ini di pangkor adalah pada waktu pagi di mana burung ini keluar mencari makan dengan memakan sisa makanan yang di tinggalkan oleh pengunjung. Burung enggang di sini  sudah biasa dengan kehadiran pengunjung jadi tidak hairan jika burung ini jinak dan dapat dilihat dalam jarak kira-kira satu meter daripada pandangan kita.
Seperti yang kita ketahui burung ini adalah salah satu spesies burung yang di lindungi di Malaysia. Oleh itu, bagi pengunjung yang bercuti ke Pulau Pangkor jangan lupa untuk pergi ke pantai Teluk Nipah yang sememangnya mempunyai pemandangan yang cantik dan menenteramkan ditambah pula melihat gelagat burung enggang yang banyak terdapat di sekitar pantai tersebut.
Rashid: Pantai Teluk Nipah sememangnya tempat yang menarik untuk dikunjungi dan pemandangannya sangat mendamaikan jiwa. Bagi yang berminat untuk ke sana, rakan saya sedia menawarkan perkhidmatan sebagai pemandu pelancong di sana. ;-). 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan