Rabu, 4 Julai 2012

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


IPOH MALAY: Undang-undang Singapura <b>Di Tambun</b>?

Posted: 15 Mar 2012 05:45 PM PDT

Ini cerita yang baru teman dengar. Tapi teman belum siasat lagi. Teman tak nak la tuduh-tuduh. Tapi kalau ada pihak nak siasat, silakan.
Kisahnya, sebuah surau yang disediakan oleh pemaju Sunway City Ipoh yang terletak agak berhampiran Hotel Lost World yang baru dibuka, yang turut menjadi surau bagi penduduk masyarakat kiasu berpagar Sunway City Ipoh, tidak dibenarkan melaung azan keluar.
Bukan itu sahaja, muazzin tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara terus.
Tetapi apa yang teman tahu, kepala persatuan penduduk di situ adalah seorang Melayu. Bagus. Walaupun penduduk di situ majoritinya bukan Islam. Si Melayu ni, Islam atau tidak, teman tak tahu. Kalau bukan Islam maknanya bukanlah Melayu. Itu apa yang tertulis di perlembagaan negara.
Menurut empunya cerita, antara yang membantah laungan azan di situ ialah penduduk orang putih yang turut bermestautin di situ.
Teman tak sangka pulak di sebalik laungan azan yang bersahut-sahutan di petempatan antara Tambun dan Ulu Kinta ini, ada surau yang terbungkam laungan azannya.
Setahu teman, Tan Sri Jeffry Cheah ni seorang yang baik lagi penuh toleransi. Tambahan pula dia kini memiliki kawasan yang dahulunya perkampungan bunian yang pernah menjadi rujukan punca kehilangan Datuk Panglima Kinta Ke-5 , Ngah Ghafar pada tahun 1820an.
Malah, ketika taman temanya diganggu 'makhluk halus' , orang-orang surau dari Kg. Tersusun Batu 6 yang berhadapan dengan hartanahnya juga yang dipanggil untuk 'menghalau' gangguan. Rasanya kali ini, kalau ada gangguan, biarkan sajalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan