Jumaat, 27 Julai 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Syarahan Thevaram Dan Kesuciannya <b>di</b> Pekan <b>Tronoh</b> - blog*spot

Posted: 27 Jul 2012 10:32 AM PDT


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , ADUN Kawasan Tronoh pada 27/7/2012 di Pekan Tronoh
Syarahan Thevaram Dan Kesuciannya di Pekan Tronoh
DAP Tronoh telah menganjurkan program syarahan agama di Bilik Gerakan DAP Tronoh pada 15/7/2012. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan YB V.Sivakumar ADUN kawasan Tronoh. Lebih kurang 70 orang telah menghadiri program syarahan agama Hindu. Syarahan bermula pada 8pm dan tamat keseluruhannya pada 10pm. Pensyarah jemputan pada petang itu ialah Puan Rukumani Krishnasamy, seorang tokoh agama yang terkenal di kawasan Ipoh dan sekitarnya. Beliau dalam syarahannya menyentuh tentang perlunya kita belajar Thevaram yang mana merupakan matra bahasa Tamil yang unggul. Beliau juga memberi penjelasan yang mudah mengenai beberapa perkara asas agama Hindu.  Program tersebut telah memberi rangsangan baru kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar Thevaram di kuil-kuil yang berhampiran. DAP DUN Tronoh juga bercadang untuk menganjur program-program keagamaan di Pekan Tronoh dari masa ke semasa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan