Sabtu, 11 Ogos 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


YONG SUKA KUNING: N3 HUJUNG MINGGU: KEMBARA SERAM <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2012 03:41 AM PDT

Yong tak menulis dua hari sudah sebab balik ke kampung tempat tinggal abang. Kampung ini mangsa"digital divide." Jangan sebut iPAD 1Malaysia atau ape benda yang UMNO jual dengan harga mahal tu...Benda tu tak guna kat kampung ni, sebab broadband dah jadi beruk band. Setelah bermalam di kampung, jumpa ibu dan adik beradik, Yong pun start kereta.
Biasanya perjalanan dari kampung abang ke rumah Yong mengambil masa 2 jam. Sebahagian perjalanan sampai ke Tanjung Malim ikut jalan bandar. Selebihnya ikut Lebuhraya Utara Selatan 
Yong memandu melalui pekan Bidor (kekadang dieja Bidur). Orang Perak panggil bandar itu pekan. Bidor adalah salah sebuah pekan di Perak yang tak maju-maju sejak dulu. Kena tanya BN kenapa tak maju. Pekan-pekan yang tak maju bermula dari Slim River, Sungkai, Tapah, Langkap, Kampar sampai ke Batu Gajah. Di antara pekan-pekan ini ada pekan mati - yakni barisan bangunan kedai tanpa penghuni.
Menjadi kebiasaan bila memandu Yong pasang CD mengaji Quran. Dipendikkan cerita, selepas melintasi pekan Bidor, Yong tiba-tiba mengantuk. Yong minum air isotonik. Tapi tetap mengantuk.
Apa pasai ni? Jam pukul 3.30 petang, bukan 3.30 pagi. Yong kuatkan CD. Surah Al-Mulk.
Oleh kerana Yong memandu seorang diri, Yong perlu mencari tempat yang ada orang sebelum memberhentikan kereta. Ini demi keselamatan diri. Lebih kurang 100 meter di hadapan, dekat beberapa pepohon, Yong nampak sebuah gerai buah-buahan. Jelas kelihatan dua buah kereta di tepi jalan dan beberapa orang lelaki dan perempuan macam pelanggan. Ingat hati nak berhenti di situ.

Pandangan Yong sedikit tergangggu kerana tiba-tiba sebuah kereta memotong laju dari kanan. Tetapi apabila Yong lihat semula ke arah gerai buah-buahan... pelanggan, kereta-kereta dan gerai buah-buahan telah ghaib.
Ghaib? Mana boleh ghaib. Mana mungkin Yong dah terlajak dalam "split second." Untuk memastikannya Yong beranikan hati berhenti di tepi jalan. Sah tidak ada apa-apa di situ.
Apakah benda Yong nampak tadi? 
Andaian pertama: Yong halusinasi. Ini tak mungkin. Yong bukan hisab syabu atau telah makan apa-apa ubatan selain tempeh yang kakak ipar masak tengah hari tadi. 
Andaian kedua: Adakah Yong telah tertidur semasa memandu dan bermimpi nampak gerai buah-buahan dalam sesaat terlelap? Andaian kedua amat menakutkan. Bolehkah terjadi begini?
Andaian ketiga: Yong masuk ke dimensi twilight zone dan keluar semula. Uncle seekers dah duduk dalam tahanan. Tapi peminat dia mungkin boleh tolong jelaskan.
Yong teruskan perjalanan beberapa kilometer ke hadapan dengan membuka tingkap supaya oksigen dapat masuk. Teknik ini dapat mengurangkan mengantuk. Mulut baca selawat. Tidak ada gerai buah-buahan sepanjang jalan. Yong berhenti di tepi jalan bila sampai di hadapan beberapa kedai dekat pekan Sungkai.
Dalam kereta ada ayor jampi. Ya. Komer tak silap baca. Ayor jampi Yong bawa dalam kereta. Ayor jampi ni seorang pakcik bagi sebab Yong terhinggap penyakit tidak dapat sembuh dengan ubat doktor, walaupun doktor itu ada PhD sekalipun. Sedikit ayor jampi Yong tuang ke dalam mata. Selebihnya di sapu kemuka. Mata terase pedih sekejap. Tapi rase mengantuk hilang. Lepas tu Yong memandu dengan selesa tanpa berperang dengan rase mengantuk. Yong masuk ke Lebuhraya Utara Selatan - Guthrie melalui susur Behrang.
Bukan kita percaya pada kuasa ayor jampi. Yong percaya pada kuasa Allah. Ayor jampi sama dengan ubat doktor cuma ikhtiar jer. Alhamdulillah, Yong selamat sampai ke rumah disambut dengan gembira oleh kucing-kucing, ikan koi dan terapin. 

Galeri Sha Banknote: MATAWANG TIMAH <b>BIDOR</b> NEGERI PERAK.

Posted: 01 Aug 2012 10:06 PM PDT

Matawang Bongkah Timah Negeri Perak dikenali sebagai  BIDOR telah digunakan diawal tahun 1630 - 1850   di Negeri Perak. Matawang  Bidor ini digunakan sebagai Medium Pertukaran untuk semua jenis Perdagangan  utama di Negeri Perak . Matawang Bidor ini dibuat daripada Timah dituang  kedalam acuan yang mempunyai bentuk dan berat piawai yang ditetapkan dalam urusan Perdagangan setempat.
         Catatan pada tahun1413 yang ditulis oleh Ma Huan seorang Jurubahasa Laksamana Cheng Ho semasa mengikuti Delegasi Laksamana Cheng Ho melawat Perak,  menulis  bahawa banyak terdapat lombong bijih Timah dinegeri Perak. Sultan telah memiliki lombong tersebut dan mengarahkan bijih timah tersebut dilebur dan dituang menjadikan Bongkah kecil dengan berat 1kati 6 tahil dan bongkah tadi diikat dengan rotan dalam jumlah 10 bongkah dalam satu ikatan kecil dan 40 bongkah dalam satu ikatan besar. Semua urusan  pertukaran barang dan Perdagangan  di Pelabuhan adalah mengunakan Bongkah Timah tadi  yang dikenali sebagi Bidor.    [ Linehan ,JMBRAS, jilid ix bhg.1 1931 ].
         Dalam Perjanjian Syarikat India Timur Belanda dan Acheh pada tahun 1650  kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pengunaan duit Bongkah Timah ini dan kadar pertukaran telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :-

1 BIDOR [ 2 kati 6 tahil ]  =  1/4 Dollar Sepanyol @ 25cents Dollar.
1 ikat Kecil 10 Bidor         =   2.5 Dollar Sepanyol
1 ikat Besar 40 Bidor        =   10 Dollar Sepanyol

Penjajah VOIC Belanda telah mengisytiharkan semua pertukaran barang keperluan dan pertukaran perdagangan hendaklah mengunakan Bidor Timah 2 1/2 kati disemua Negeri Kepulauan Tanah Melayu dan Kepulauan Acheh dengan nilaian bersamaan 25cents Dolar Sepanyol. Pengunaan Matawang Bidor ini beransur-ansur ditamatkan pengunaan mulai sekitar tahun 1850 digantikan dengan duit siling perak Straits Settlements di bawah Jajahan Syarikat British India Timur.
           Galeri Sha Banknote dikesempatan ini ingin memaparkan 6 Bongkah Matawang Bidor Perak yang ada dalam koleksi galeri Sha Banknote untuk nilai dan diperlihatkan kepada ahli Numismatik semua.

Gambar Bidor Perak [ SS40 mukasurat 199 ]
Corak Tampok Manggis
berat : 944.3gram
tinggi : 50mm
tapak : 88mmx90mm
atas : 41mmx42mm
rarity : RRR
Gambar Bidor Perak [SS23 mukasurat 194 ]
corak tampuk mangis
berat 850gram
tinggi 38mm
tapak 80mmx80mm
atas 47mmx47mm
rarity RRR
Gambar Bidor Perak [ SS27 mukasurat 196 ]
corak tampok manggis
berat 504gram
tinggi 36mm
tapak 72mmx74mm
atas 35mmx36mm
rarity RRR

Gambar Bidor Perak [ SS 26 mukasurat 195 ]
corak tampok manggis
berat 387.5gram
tinggi 30mm
tapak 52mmx52mm
atas 35mmx33mm
rarity RRR
Gambar Bidor Perak [ SS 34A mukasurat 198 ]
corak tampok manggis
berat 380gram
tinggi 35mm
tapak 55mmx56mm
atas 30mmx31mm
rarity RRR
 \
Gambar Bidor Perak[ tidak dapat dikenalpasti dikatakan Tampang Johor]
Corak pyramic
berat 625gram
tinggi 32mm
tapak 82mmx25mm
atas 25mmx25mm
rarity diragui            Gambar koleksi kesemua 6 Bidor Negeri Perak

Bagi siri kedua untuk Matawang bongkah Timah ini Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan koleksi Matawang Timah TAMPANG TOPI Negeri Pahang dipaparkan dalam masa terdekat ini. Ahli Numismatik semua diharap dapat sentiasa bersama dengan blog Galeri Sha Banknote. Terima kasih dan Selamat Berpuasa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan