07 di gopeng - Google Blog Search |
Pemimpin KEADILAN ziarah mangsa kebakaran <b>di Gopeng</b> <b>...</b> Posted: 14 Aug 2012 01:01 PM PDT Kebakaran pada jam 3.45 petang pada 27 Julai 2012 menyebabkan lima rumah di Kampung Paip Pili, Gopeng, Perak, hangus. Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua mangsa yang terlibat seramai 11 orang dewasa dan 15 kanak-kanak – semuanya penduduk tempatan. Menurut laporan Ketua Balai Gopeng dikenali sebagai Encik Wan, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. Mengikut seorang penduduk tempatan, Bah Daguih berusia 57 tahun, api merebak sangat cepat dan ditambah lagi dengan letupan tong gas setiap rumah. Apatah lagi, katanya, angin pada petang itu bertiup agak kencang. Chang Lih Kang selaku ADUN Teja bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat.Turut hadir ialah Ketua Penerangan AMK Perak, Tomi yang kebetulan dimaklumkan lebih awal. Setelah Chang Lih Kang mengambil beberapa keterangan pada mangsa kebakaran, beliau menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Kampar, Perak untuk memberi bantuan kilat terhadap semua mangsa. Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye juga turun padang untuk memberi bantuan. Jumlah kerosakan semua dianggar RM100,000 Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34592 |
You are subscribed to email updates from di gopeng - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan