07 di lekir - Google Blog Search |
Reception : Dalila & Hazeem, 01 September 2012 {<b>Lekir</b>, Perak <b>...</b> Posted: 12 Sep 2012 02:51 AM PDT [unable to retrieve full-text content]Oklah, dari saya merapu lebih pnjg lg sy nak kongsi gambar disekitar mjls persandingan Dalila & Hazeem di Lekir, Perak. Tempat ni sy mmg tak pernah sampai pun. Ni lah pertama kali sampai. Main redah je....Hehe. |
<b>Lekir</b> Agro: Tokoh Perniagaan Posted: 12 Sep 2012 09:40 PM PDT His way of thinking is unique….. Asia,Tan Sri Tony Fernandes kata beliau percaya pihak yang paling takutkan kerjasama MAS-Air Asia ialah Singapore Airline (SIA). "Bila kita bersama, kita semakin kuat dan saya percaya Singapura (SIA) takutkannya. SIA bagus kerana kita lemah, Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya mempunyai syarikat penerbangan yang lemah,"katanya dalam interbiu dengan Agendadaily. Beliau juga mengakui orang mengaitkan Air Asia dengan macam-macam khususnya Khairy Jamaluddin,menantu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi. "Orang kata itulah linknya macam-macam. Sebenarnya kami tidak dapat apa-apa, apa yang kami perolehi kebanyakkannya di zaman Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib, di zaman Pak Lah hanya sedikit," ujarnya. Menurut Tony laluan antarabangsa pertama yang Air Asia perolehi ketika zaman Dr Mahathir. Menurut Tony laluan antarabangsa pertama yang Air Asia perolehi ketika zaman Dr Mahathir. Air Asia kembali jadi perbualan ramai sejak umum kerjasama dengan MAS, ada banyak khabar angin, sebab itu kami mahu tanya sendiri semuanya dengan Tan Sri? Mengapa syarikat penerbangan yang jadi pilihan anda? Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa). Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal. Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya. Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya. Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran. Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus. Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound. Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata 'idea bodoh' atau seumpamanya, dia kata okay. Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai. Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan. Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet. Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan. Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, "eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? " Kami semua saling berpandangan, "Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan.." sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa) Kemudian Kamaruddin kata "Kita perlukan sokongan politik," sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir. Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai. Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya "Jumpa PM sebab cetak rompak ke?" kah kah kah Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata "Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan," "semua ketawa" kah kah kah. Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang. Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor. Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa) Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, "I'm sick, make it fast,". Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah. Selepas temubual satu jam 30 minit dengan Tan Sri Dr Tony Fernandes Jumaat lalu, kami dibawa meninjau suasana kerja di ibu pejabat Air Asia yang terletak di LCCT, Sepang. Orang kepercayaan Tony, Ahmad Faizul menjadi 'tour guide' kami, menunjukkan persekitaran pejabat yang amat santai dan ringkas. Di tingkat satu, itulah Air Asia beroperasi, semua jabatan, dari pengiklanan, IT, undang-undang, promosi, sumber manusia dan di situlah juga pejabat Tony, timbalannya juga pengerusi syarikat. Ketika Ahmad Faizul menunjukkan meja Tony, saya terkejut, ia sama sekali tidak ada bilik, ruang terbuka, begitu juga yang lainnya. Hanya satu meja kecil dengan dekorasi minima dan koleksi topi di hujung dinding. "Kami memang begini, ketika temuduga antara kreteria calon kakitangan kami adalah, jika dia melihat pejabat, cara kami bekerja ini dan berkata 'wow' dan itulah dia orangnya…" kata Adzhar Ibrahim Ketua Jabatan Sumber Manusia Air Asia. Jabatan Sumber Manusia itu sendiri hanya ruang kecil dengan beberapa kerusi. Ringkas tetapi terbukti berkesan. Ini diakui sendiri oleh Tony, katanya, sejak tujuh tahun lalu, Air Asia tidak pernah memberhentikan pekerja mereka. Bahkan kakitangan berpeluang naik pangkat dengan mudah jika mereka berkebolehan dalam syarikat yang berkembang pantas itu. "Kami tidak perlu kesatuan sekerja, kamu boleh pergi dan tanya kakitangan saya, mereka sendiri tidak mahukannya, banyak pihak luar yang datang melobi, tetapi kakitangan merasakan tidak perlu, kerana apa? Kerana mereka boleh bertemu saya bila-bila masa. 'Tidak perlu melalui kesatuan sekerja, siapa saja boleh berjumpa saya jika ada masalah," katanya. "Ada kakitangan yang bermula sebagai penjaga kaunter cheak in bergaji seribu ringgit kini kapten pesawat dengan gaji RM30,000," kata Azran Osman Rani, (gambar bersama Tony) CEO Air Asia X yang turut serta dalam temubual dengan Tony itu. Kisah Air Asia adalah kisah tentang menukar mimpi menjadi kenyataan. Falsafah mereka, tiada yang mustahil. Ketika meninjua persekitaran pejabat, kami terserempak dengan Datuk Kamarudin Meranum, saya pernah bersamanya, dalam 'Ops Piramid' ketika kerajaan Malaysia dengan kerjasama Air Asia dan MAS membawa pulang lebih 14,000 ribu rakyat dan pelajar Malaysia dari Mesir awal tahun lalu. Sebagai syarikat korporat terkemuka, ia merupakan sumbangan Air Asia kepada masyarakat, bukan hanya di Mesir, bahkan misi yang serupa atau seumpama itu juga dibuat ketika Jepun dilanda Tsunami, atau New Zealeand dilanda gempa bumi. Sepertinya, mereka ingin memberitahu, Air Asia ada bersama kamu, di saat susah dan senang. Berbalik pada kisah "Ops Piramid" saya ada dan menyaksikan bagaimana Kamarudin sendiri 'singsing lengan' membantu apa yang patut sepanjang operasi yang melibatkan juga TUDM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dia bukan jenis orang yang bagi pesawat dan berdoa, sebaliknya dia turut serta ketika kami berdepan saat-saat getir, termasuk tidak mendapat hak untuk mendarat ketika pesawat sudahpun di ruang udara. "Hari itu, jika kita tidak dapat hak mendarat, saya sudah buat keputusan untuk ke Abu Dhabi," katanya mengenang kembali peristiwa cemas tersebut. Satu perkara yang saya dapat rasakan bersama bos-bos Air Asia ini adalah mereka 'sempoi'. Boleh bercakap apa sahaja dengan sesiapa sahaja tanpa memandang kedudukan atau taraf orang itu. Juga fakta ini, dari dalam buku laporan tahunan Air Asia 2010, bahawa lima dari sembilan lembaga pengarah syarikat tersebut adalah Bumiputera. Juga 10 dari 22 pengurus kanan Air Asia adalah Bumiputera dan selebihnya mewakili berbagai kaum di Malaysia juga seorang 'Mat Saleh' Memang majoriti kakitangannya adalah Bumiputera, tapi Tony ada pandangan lain mengenainya… "Kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing," katanya tegas. Jika kita membaca profail pengurus kanannya, kita tahu mengapa Air Asia berkembang dengan cepat dan pantas. Syarikat itu mempunyai 'modal insan' yang hebat-hebat. Samada kerana kelulusan yang tinggi dari universiti terbaik seluruh dunia, atau pengalaman yang panjang dalam bidang masing-masing. Contohnya Ketua Kewangan Korporatnya, Aireen Omar, mula bekerja dengan Deutche Bank Securities di New York. Kelulusan ekonomi dari London School of Economies and Political Science yang sambung Sarjana Ekonomi di New York University. Atau contoh lainnya Ketua Jabatan Sumber manusia Adzhar Ibrahim yang berpengalaman selama 29 tahun dalam bidang tersebut dari berbagai-bagai sektpr Dia bermula sebagai ahli krew dan mendaki pel bagai tangga hingga kini diiktiraf Tony sendiri "orang yang menguruskan komunikasi saya," 'The best brain' ini bersama-sama dengan mimpi dan keyakinan bahawa tidak ada sesuatu yang mustahil, maka tidak hairanlah Air Asia dari dua pesawat kini sudah memiliki 186 pesawat dengan ratusan laluan perjalanan. "Falsafah kami adalah menarik yang terbaik, latih dan mengekalkan mereka. Bukan sahaja terbaik dari segi kelayakan akademik tetapi sikap yang betul, keterbukaan kepada idea baru, keupayaan untuk berfikir dengan cara berbeza dan bila keadaan sukar, mencuba dan terus mencuba," kata Tony mengenai pekerjanya. Kini selepas 10 tahun beroperasi bermula September 2001, dari hanya mengangkut 250,000 penumpang pada 2002, mereka memperolehi 50 juta penumpang pada 2008 dan 1 bilion pada Oktober 2010. Keuntungannya pada tahun lepas melebihi RM 1 bilion. Tentulah Air Asia merupakan syarikat yang membanggakan Malaysia. Kini ia berkembang bukan sahaja di dalam negara, bahkan di rantau ASEAN. Sudah ada Air Asia Thailand dan Indonesia. Sudah ada hub penerbangan di negara-negara tersebut. Pada Ogos 2012 pula dijangka Air Asia Japan akan dilancarkan. Selain itu, Air Asia X, kini menumpukan penerbangan jarak jauh ke Eropah, dengan penerbangan ke London dan Paris. Semua pencapaian ini, adalah merit tersendiri, untuk sekurang-kurangnya Tony dan Kamaruddin melakukan sesuatu bagi memperkasakan lagi syarikat penerbangan negara MAS. Kedua-duanya dilantik menjadi Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif MAS baru-baru ini. Ada yang curiga dan membuat pelbagai andaian, nantikan jawapan Tony dalam wawancara penuh dengan Agendadaily yang akan disiarkan pada Selasa 4 Oktober.-3/10/2011 – OLEH HELME HANAFI DAN MOHAMED HIEKAL Tanya saya tentang apa saja...Kalimullah,Khairy,Ananda Krishnan...tiada apa yang mahu disembunyikan-Tony Fernandes Tan Sri Dr Tony Fernandes kelihatan santai dengan berbaju-t putih dan seluar jeans hitam. Tanpa cap Air Asia yang selalu dipakainya pada majlis rasmi syarikat penerbangan tambang murah 'Now everybody can fly', beliau menyambut kami dengan wajah ceria. Dari awal, Tony bercerita dan bercerita sehingga satu jam 30 minit seterusnya. Asalnya masa sebenar yang ditetapkan untuk pertemuan itu hanyalah 30 minit, tetapi kisah kejayaanya, terlalu seronok untuk diceritakan dan didengar. Beliau juga menjawab tuduhan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Ckong, yang katanya 'mengarut' dan bersedia bersemuka dengan Wee untuk memberikan penjelasan lengkap. Tapi sebelum ke cerita-cerita sensasi, baca ini dulu… kisah tentang bagaimana belau menukar mimpi menjadi kenyataan dengan keyakinan bahawa tiada yang mustahil. Bayangkan Air Asia yang diambil alih Tony dan rakan-rakannya pada 8 September 2001… dengan dua pesawat dan 254 krew dari DRB Hicom kini mempunyai 186 pesawat dan lebih 9,000 kakitangan di Malaysia sahaja. Cool, itu perkataan sesuai untuk Tony nama penuhnya, Anthony Francis Fernandes yang berkerja sebagai bos Warner Music Malaysia sebelum menjadi ahli perniagaan pengangkutan udara. Ketika mula berbicara , beliau relaks saja membuka jalan untuk ' tembak ' apa jua soalan. "Kamu tanya saya tentang apa saja, Kalimullah, Khairy, tentang Ananda Krishnan apa saja, saya terbuka, tiada apa yang mahu disembunyikan." Ya seringgit saja, dengan sejumlah hutang dan 254 kakitangan, 6 destinasi.Juga jangan terkejut, modal permulaannya yang berjaya dikumpul mereka hanyalah sejuta ringgit. "Sejuta itu bulan pertama sudah kena bahagi separuh untuk bonus 254 kakitangan, dan separuh untuk kos operasi" katanya ketawa. Beliau melalui syarikat Tune Air Sdn Bhd melengkapkan proses pengambialihan Air Asia dari DRB Hicom pada 8 September, 3 hari sebelum 11 September 2001 yang menyaksikan dua pesawat 'menyerang' WTC di Amerika Syarikat dan penduduk seluruh dunia fobia menaiki kapal terbang. Sebelum itu, ada kisah lucu bagaimana Tony pertama kali bertemu Tun Dr Mahathir Mohamed untuk membentangkan cadangannya tentang syarikat penerbangan tambang murah. "Saya tanya Pahamin, bagaimana hendak dapat lesan penerbangan, katanya, kita mesti jumpa Perdana Menteri, jadi Pahamin aturkan dan ditetapkan pada satu hari pertengahan Jun 2001. "Saya sampai di depan pejabat PM di Putrajaya jam 8.00 pagi, walaupun temujanjinya jam 11.00, saya teruja sebab inilah kali pertama jumpa dengan PM. "Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang. "Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)" Menurutnya, ketika beliau masuk ke pejabat PM, Dr Mahathir terus berkata, "I'm sick, make it fast," "Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru S M Salim dan Siti Nurhaliza, saya tahu PM peminat SM Salim. "Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah. Dr Mahathir menurut Tony, seorang yang tajam pemikirannya dan cepat memahami sesuatu isu yang dibangkitkan. Beliau memberikan komen-komen yang bernas dan akhirnya berkata, "Saya tidak mahu keluarkan lesen baru, sudah banyak lesen, kamu ambil alih dari pihak yang sudah ada tetapi tidak dapat beroperasi," Dari situlah, Tony dan rakan-rakannya tidak menoleh ke belakang lagi, satu demi satu kejayaan dicapai. Tetapi kejayaan paling besar tentulah pada Oktober 2010, Air Asia meraikan penumpang ke 100 juta yang menaiki pesawatnya. Siapa sangka benar-benar seperti mottonya "Now everyone can fly" Suri rumah warga Indonesia, Irma Dewa yang menjadi penumpang ke 100 juta Air Asia membeli tiket penerbangan ke India untuk menemui suaminya yang bekerja di sana. Kejayaan demi kejayaan, sudah tentu dicemburui, Tony kini bukan hanya taikun penerbangan, dia juga pemilik pasukan lumba kereta Lotus F1, dan pasukan liga perdana Inggeris Queens Park Rangers (QPR). Perlukan wang yang banyak untuk semua itu, tapi bagi Tony, ia satu pelaburan. "You have to spent..." katanya ditanya mengenai hobi beliau luar biasa beliau itu. "Tengok Emirates (syarikat penerbangan) ia ada di mana-mana, minta maaf cakap, jika ke London, orang lebih mengenali Air Asia dari MAS kenapa? Kerana Air Asia berbelanja untuk memperkukuh jenamanya," katanya. Air Asia juga dikatakan punya akses politik yang besar melalui beberapa orang. Termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Pengarang NSTP Datuk Kalimullah Hassan. Beliau jawab dengan terus terang tanpa berselindung. Tentang Khairy dan My Team, tentang Kalimullah, ECM Libra dan Air Asia X. Juga tentang 'urban legend' bahawa pemilik sebenar Air Asia adalah jutawan telekomunikasi Tan Sri Ananda Krishnan. Cerita dari mulut ke mulut ini sudah lama diperkatakan, dan kononnya kalimah AK pada setiap kapal terbang Air Asia itu singkatan bagi Ananda Krishnan. Tony ketawa bila saya tanyakan soalan tersebut. Beliau mengaku selalu ditanya begitu. "Mengarut. AK itu dipilih oleh bekas CEO DRB-Hicom Tan Sri Yahaya Ahmad (Allahyarham) lama sebelum dimiliki oleh kami. "Bukan saya yang pilih AK, ia memang sedia ada ketika saya ambil alih dari DRB-Hicom, dan itulah no dua pesawat asal kami... "Tidak ada kena mengena dengan Ananda Krishnan, ada juga gossip kononnya Tun Daim Zainuddin juga pemilik Air Asia. Haha (ketawa)" |
You are subscribed to email updates from di lekir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan