Jumaat, 21 September 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Pemuda UMNO, NGO <b>Lumut</b> buat laporan polis terhadap Pengerusi <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 07:38 AM PDT

Pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di seluruh negeri terus membuat laporan polis bagi melahirkan bantahan terhadap kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Di Lumut, seramai kira-kira 100 orang penduduk terdiri daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut serta lima pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) turut berbuat demikian hari ini.

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan Pejabat DAP Sitiawan di Kampung Koh, dekat Lumut sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Koo Ham.

Antara NGO yang terlibat, Perkasa Sitiawan/Seri Manjung/Lumut; Pertubuhan Belia Warisan dan Integrasi Rakyat (Perwira); MAYC Lumut; Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sitiawan dan penduduk Taman Sri Acheh, Kampung Acheh, Sitiawan.

Kumpulan berkenaan kemudian berhimpun secara aman di situ sambil membawa poster serta sepanduk dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Koo Ham sebelum bergerak ke Balai Polis Sitiawan untuk membuat laporan polis.

Pegawai Khas kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang juga Ketua Penerangan GPMS Cawangan Sitiawan, Mohd Fauzi Mohd Soot, berkata mereka mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang itu, baru-baru ini.

"Sebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya tahu apa risiko yang bakal berlaku terhadap sebarang kenyataan liar yang dikeluarnya dalam twitternya.

"Sehubungan itu, GPMS mendesak supaya beliau tidak mengulanginya lagi di masa depan," katanya.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lumut, Mohd Shahril Yahya, berkata perhimpunan secara aman dan penyerahan memorandum  ini dibuat bagi melahirkan rasa 'marah' Pemuda terhadap kenyataan Koo Ham sebelum ini.

"Beliau (Ngeh) sepatutnya tidak masuk campur terhadap sebarang urusan agama Islam di negara ini. Perbuatan beliau mempersendakan Islam umpama satu cubaan bermain dengan api," katanya.

- Nooraini Mahamad

Walkabout Community Policing <b>Di</b> Bandar <b>Lumut</b> – Perak Today

Posted: 21 Sep 2012 03:36 AM PDT

DS Zambry Bersama Ketua Polis, Datuk Mohd Shukri Dahalan Mengedarkan Risalah Pencegahan Jenayah Kepada Orang Ramai Sempena Program Walkabout Community Policing Di Bandar Lumut Petang Tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan