Rabu, 31 Oktober 2012

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Pembabitan Artis Mampu Majukan Pelancongan <b>di Beruas</b> | Perak <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 09:23 PM PDT

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar yakin kawasan tinggalan sejarah di kawasan Beruas mampu diperkenalkan semula di mata dunia dengan menggunakan artis sebagai medium perantaraan.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa di mana terdapat kumpulan-kumpulan artis yang bergerak di bawah Badan Bukan Kerajaan (NGO) giat bekerjasama dengan pelbagai agensi dan kerajaan negeri di dalam bidang masing-masing.

Jadi, katanya, penggunaan NGO yang diawakili artis ini mampu menjadi pemangkin di dalam memperkenalkan kawasan-kawasan sejarah yang mempunyai nilai pelancongan yang bernilai tinggi.

Sebagai contoh, Beruas merupakan antara pusat pemerintahan asal di negara ini mempunyai pelbagai kesan sejarah yang mampu dicungkil dan dipromosi di seluruh dunia.

"Bukan sahaja Tapak Warisan Dunia Lenggong…kita juga mempunyai bahan sejarah benilai tinggi di Beruas…masih banyak kawasan sejarah di Perak yang masih belum di cungkil dan diperkenalkan.

"Ramai yang tahu mengenai perkara ini tetapi kita memerlukan penggerak untuk memacu perkara ini…jadi saya rasa penggunaan artis sebagai pemangkin adalah antara caranya memandangkan mereka mempunyai pelbagai follower yang setia,"katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Baru.

Sementara itu, Presiden Barisan Artis Nasional (BRAN), Datuk AC Mizal berkata, sebagai Duta Tahun Melawat Perak beliau akan menggunakan platform itu untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Perak.

"Saya dan rakan artis lain akan bekerjasama bagi memperkenalkan kawasan-kawasan pelancongan dan sejarah di Perak kepada dunia,"katanya.

Beliau berkata, pengurusan BRAN juga telah menubuhkan beberapa kumpulan kecil artis untuk pergi ke tempat-tempat pelancongan di selurh negeri bagi mendapatkan maklumat-maklumat di dalam memastikan informasi yang disampaikan kepada umum benar-benar bertepatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan