Sabtu, 20 Oktober 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


7 maut dalam dua kemalangan berasingan <b>di</b> Lebuhraya Timur <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 05:55 AM PST

Tujuh maut, termasuk tiga sekeluarga dalam dua kemalangan berasingan yang berlaku di Lebuhraya Timur Barat, dekat Grik bagi tempoh kurang 24 jam lalu.

Dalam kejadian pertama yang berlaku 4.30 petang semalam, empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 12 Lebuh Raya Timur Barat.

Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang, Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang dan M Iniyan, 19 dari Taiping.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata bahawa dalam nahas yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Yap dan Iniyan mati di tempat kejadian manakala Phuah meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Goh meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 5 pagi tadi.

"Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang," katanya ketika di hubungi Bernama hari ini.

Wan Abdullah berkata, bahawa semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Phuah dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan.

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit dalam kereta itu.

Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Camry cedera ringan dan dirawat di Hospital Gerik.

Bapa Goh, Goh Kong Huaw, 48, ketika ditemui di Hospital Taiping, berkata kejadian itu diketahui apabila beliau dihubungi melalui telefon oleh rakan anaknya yang menaiki sebuah kereta lain.

Tidak sampai 24 jam kejadian itu berlaku, tiga sekeluarga terbunuh manakala dua parah apabila kereta Perodua Alza dinaiki mereka bertembung Toyota Wish di KM 53 Jalan Timur Barat, tengah hari tadi.

Mangsa adalah penumpang depan, Wan Sarwani Zainol, 34, anaknya, Muhamad Imran Haziq Mohd Zainuddin, 3, dan seorang lagi anaknya yg belum diketahui identiti.

Mangsa parah, pemandu Mohd Zainuddin Omar, 35, dan anaknya, Muhamad Iqbal Hakim, 13.

Enam penumpang Toyota Wish cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Alza dari arah Jeli terbabas ketika menuruni selekoh dan melintang di laluan bertentangan sebelum dirempuh kenderaan Wish.

SUMBER : BERNAMA DAN BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan