Khamis, 11 Oktober 2012

07 di jelapang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


ADUN <b>Jelapang</b> bantu mangsa langgar lari – Perak Today

Posted: 07 May 2012 05:09 AM PDT

Ibarat sudah jatuh di timpa tangga.

Begitulah nasib malang yang menimpa keluarga M Kaveta, 36,  apabila dia dan anaknya menjadi mangsa langgar lari di Jelapang, kira-kira sebulan yang lalu.

Akibat dari pelanggaran itu, mangsa mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa menggunakan tiub saluran makanan.

Jiran mangsa, Ninderjeep Kaur, berkata mangsa yang  sudah ditinggalkan suami kira-kira tujuh tahun yang lalu terpaksa menanggung beban hutang dan perbelanjaan seharian untuk membeli keperluan rumah.

"Selepas keluar dari wad, Kaveta tidak boleh berjalan apatah lagi untuk keluar bekerja dan sekarang ini anak-anaknya tidak pergi ke sekolah kerana masalah pengangkutan," katanya.

Penderitaan yang dihadapi oleh keluarga Kaveta mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong yang tampil memberi bantuan.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa yang kini berada dalam keadaan yang tidak stabil.

"Mangsa seorang ibu tunggal dan perbelanjaan keluarga ditanggung olehnya selama ini…. jadi saya harap dan minta mana-mana pihak agar tampil memberikan bantuan kepada mereka," ujarnya.

Beliau juga meminta mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu mangsa yang memerlukan beberapa rawatan segera.

"Mangsa memerlukan bantuan fisioterapi serta rawatan perubatan untuk pulih sepenuhnya," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM300 serta barangan keperluan di rumah mangsa di Taman Meru 2B, hari ini.

Selain M Kaveta, bantuan turut diberi kepada 10 keluarga di kawasan tersebut yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah serta warga emas.

Mana-mana  pihak yang ingin menyampaikan sumbangan kepada keluarga Kaveta boleh menghubungi Ninderjeep Kaur di talian 016-4427105 atau 05-5260294.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved