Sabtu, 6 Oktober 2012

07 di kuala kurau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Buaya sebesar kereta menunjukkan dirinya <b>di</b> Sungai <b>Kurau</b>

Posted: 05 Oct 2012 11:00 AM PDT


Penduduk Kampung Nibung Hangus, di Kuala Kurau mendakwa terlihat kelibat buaya di Sungai Kurau yang dikatakan badannya sehingga ebesar sebuah kereta.
Mereka percaya terdapat beberapa ekor buaya di sungai tersebut berdasarkan penemuan dua sarang reptilia itu di sungai yang terletak di dalam kampung mereka.
Tambahan pula, sungai itu dikatakan airnya payau dan mempunyai banyak udang galah.
Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan orang kampong tidak mengganggu habitat buaya tersebut.
Beberapa penduduk kampong yang ditemui mendakwa terdapat banyak buaya di Sungai Kurau kerana mereka pernah terjumpa telur dan anak reptilian itu di tebing sungai.
Pendedahan itu dilakukan oleh penduduk kampung ketika majlis santai dengan media di tebing sungai itu petang semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Kerian, Kamarudin Awang yang menasihatkan penduduk kampong, khususnya nelayan sungai supaya berhati-hati dan tidak mengganggu habitat reptilian tersebut.
Ketua Kampung Nibong Hangus, Maishah Maidin berkata, pihaknya telah memasang beberapa papan tanda amaran adanya buaya, supaya penduduk kampung lebih berhati-hati semasa ke sungai.
Seorang nelayan sungai dan pengusaha rokok daun nipah, Mohd. Zakri Mohd. Yusof, 35 mendakwa, buaya-buaya itu biasanya dapat dilihat pada waktu pagi sahaja.
Seorang lagi penduduk kampung, Muhamad Farizal Md. Razali pula mendakwa dia berjaya merakamkan kelibat buaya itu di  waktu malam pada bulan Mei lalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved