Isnin, 29 Oktober 2012

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


<b>Tanjung Rambutan</b> dapat pasar baru bernilai RM5.8 juta – Perak <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2011 11:23 PM PST

Penduduk Tanjung Rambutan dan kawasan sekitarnya bakal menikmati pembangunan pesat dan kemudahan lebih selesa apabila sejumlah RM5.8 juta diperuntukan bagi membina pasar baru yang dijangka bermula April atau Mei depan.

Tapak pasar lama pula akan dibangunkan semula sebagai pusat jualan makanan yang serba moden dan lengkap, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata, pihaknya juga bercadang memperindah kawasan tepi Sungai Kinta dengan landskap menarik sebagai tarikan pengunjung ke Tanjung Rambutan.

"Sambil menjamu selera, pengunjung boleh menikmati keindahan Sungai Kinta dan difahamkan kualiti air di sini adalah yang paling bersih dan ia disahkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Peruntukan RM5.8 juta itu sudah diluluskan kerajaan Persekutuan dan MBI kini di peringkat membuat draf dan pelan susun atur projek ini," katanya kepada pemberita selepas lawatan turun padang di pekan Tanjung Rambutan, semalam.

Hadir sama, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kasim.

Dalam perkembangan berkaitan, Roshidi berkata, kerajaan negeri juga memberi pinjaman tanpa faedah berjumlah RM6 juta kepada MBI bagi tujuan pembangunan di sekitar Ipoh.

"Prasarana dan kemudahan awam di Tanjung Rambutan perlu ditingkatkan memandangkan dalam tempoh terdekat ini, Kolej Sains Bersekutu Ulu Kinta akan beroperasi dan kita jangka lebih 3,000 pelajar akan berada di sini.

"Sehubungan itu, kemudahan awam seperti pasar baru sangat diperlukan bagi menampung pertambahan penduduk Tanjung Rambutan," tambahnya.

MBI juga katanya, tidak ketinggalan membina perhentian bas di pekan itu yang bercirikan konsep moden, mesra pengguna dan terkini.

"Dua kiosk yang dibuka berdekatan perhentian bas akan dikhaskan untuk ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya mereka juga berpeluang menambah sumber pendapatan," katanya.

Sementara itu, Rusnah berkata, dalam tempoh yang singkat, MBI dapat melaksanakan projek pembangunan yang dirancang di Tanjung Rambutan dengan pantas demi kebajikan masyarakat di kawasan berkenaan.

"Projek baru yang dirancang seperti pasar baru dan pusat penjaja itu sangat dialu-alukan kerana sebelum ini, tiada tempat makan yang selesa untuk orang ramai menjamu selera.

"Oleh itu, saya mencadangkan agar pasar lama dikekalkan dan dinaiktaraf menjadi pusat penjaja makanan dan kita bina pasar baru di kawasan yang lebih luas," katanya.

Dewan serbaguna juga katanya, perlu disediakan bagi memudahkan urusan rasmi dan aktiviti kemasyarakatan seperti kegiatan sukan yang membabitkan segenap lapisan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan