07 di ipoh - Google Blog Search |
Demo Bantah Sudah Bermula <b>Di Ipoh</b>, Tempat Lain Bagaimana? Posted: 16 Oct 2012 11:26 PM PDT 100 berdemo tolak AES depan JPJ Ipoh - Mkini Kira-kira 100 orang berhimpun di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh bagi mendesak kerajaan membatalkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik. Timbalan Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, perhimpunan kira-kira sejam bermula pada jam 10 pagi itu hanya permulaan daripada kempen bantahan berterusan yang akan dianjurkan di setiap negeri. "Kita sedang susun untuk jadikan sebagai gerakan rakyat. Akan ambil tanda tangan sebagai tanda protes dan ke negeri-negeri untuk berdemonstrasi. "Himpunan ini juga ingin menyedarkan rakyat bahawa tindakan kerajaan melaksanakan AES ini menekan dan menzalimi rakyat yang semakin dihimpit kekangan ekonomi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Turut hadir anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Li Kang yang juga pemimpin PKR negeri. Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak. Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara. P/s: Ayuh rakyat semua bangkit Saman tidak mengenal penyokong atau ahli parti mana Saman tidak mengenal pengundi parti yang mana Saman tidak mengenal kaya atau miskin Cuma yang kaya mampu bayar saman Yang miskis tertekan Di atas jalan raya kita semua adalah sama Bangkit semua rakyat bantah AES!!! |
You are subscribed to email updates from di ipoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan