Khamis, 29 November 2012

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


AL-LAMBORRI: BERTUKAR KERJA KE RUMAH SAKIT <b>KAMPAR</b> <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 03:09 PM PST


Selepas 11/2 tahun saya bekerja di situ, saya telah dapat pertanyaan sulit daripada Ibu Pejabat bertanyakan sukakah saya bertukar ke Rumah Sakit Teluk Anson pula.  Oleh itu, sebagaimana pepatah Melayu "macam belut pulang ke lumpur".  Apatah lagi saya pun bersetujulah dan dalam bulan September 1923, sayapun bertukar ke sana.
Dalam masa yang singkat di Kampar itu, saya dapat juga sedikit-sebanyak pengelaman di antaranya:-
Pekan Kampar adalah tempat yang kaya dengan lombong bijih.  Penduduk-penduduknya kebanyakkan bangsa Tionghua.  Bagaimanapun, penduduknya daripada bangsa itu dengan orang-orang Melayu amatlah baik.  Oleh kerana ketua-ketua daripada kedua-dua pihak amat baik orangnya.  Oleh itu, pengikut-pengikut mereka begitulah jua satu sama lain.  Oleh kerana banyak bijih dikeluarkan daripada sini, maka Jabatan Keretapi menempatkan seorang bangsa Eropah sebagai Station Master di Kampar di masa itu.
Di masa-masa hari keramaian seperti perarakan Chingay, kami orang-orang Melayu dijemput dan disiapkan bagi kami tempat di atas loteng kedai untuk melihat perarakan itu.  Demikian jua pada keramaian-keramaian yang lain.  Hari Raya China, di masa Hari Raya orang Islam pula diraikan oleh orang-orang Melayu.  Oleh itu tidaklah ada apa-apa persengketaan.  Jarang ada dapat keadaan semacam ini di tempat yang saya tahu yang saya telah pernah duduk.
Kami daripada kakitangan kerajaan umumnya dan daripada Rumah Sakit Kampar khasnya selalulah pergi berkelah di tempat-tempat taukeh China terutamanya di King Cap Gardens kepunyaan taukeh Eu Tong Seng dan lain-lain taukeh Cina yang kaya, daripada semasa ke semasa di mana kami diberi sekurang-kurangnya minuman percuma selain daripada tempat yang kami gunakan untuk berkelah.
Di pasar (market) Kampar, cara berjual beli berdagangan oleh pemborong-pemborong yang hendak membeli itu menetapkan harganya.  Misalnya seorang samada ia Melayu atau Tionghua membawa ke situ satu kereta durian atau sebakul udang galah pemborongnya hendak membeli itu datang kepada orang yang hendak menjual dengan membisikkan harga tawarannya yang hendak dibayar.  Seorang lepas seorang.  Jika ia sudah bisikkan harganya itu dan harga itu telah diterima maka dengan harga itulah ia di bayar.
Haji Mohd Yaakob bin Haji Abas Al-lamborri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan