Jumaat, 23 November 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Cari ilham <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 16 Nov 2012 05:25 PM PST

November 17, 2012 by  
Filed under Sukan

Selepas mengharungi tiga perlawanan persahabatan yang sukar, skuad Harimau Malaya melepaskan lelah di Pulau Pangkor, lapan hari menjelang kejohanan Piala Suzuki AFF.

Sebahagian daripada pemain skuad Harimau Malaya menenangkan fikiran dengan melakukan aktiviti riadah ketika menjalani kem bina semangat tiga hari di Pulau Pangkor, bermula semalam.

Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal mengambil peluang tiga hari di pulau peranginan itu untuk mencari ketenangan, di samping memupuk perpaduan. Malah, kem bina semangat yang bermula dari hari ini hingga esok itu diharap mampu membantu pemain lebih fokus.

Persiapan Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki sedikit terencat apabila mencatat tiga keputusan mengecewakan pada aksi persahabatan.

Mereka kalah 1-0 kepada Vietnam pada 3 November, tumpas 2-0 kepada Thailand (7 November) dan seri 1-1 dengan Hong Kong pada 14 November lalu. Malaysia akan bertemu Bangladesh dalam persiapan terakhir, Selasa ini sebelum membuka kempen Piala Suzuki dengan menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 25 November depan.

"Tujuan kita datang ke sini adalah untuk membawa pemain keluar daripada suasana yang memberi tekanan kepada mereka agar selepas mereka pulang dan kembali menjalani latihan, mereka lebih bersemangat dan fokus untuk perlawanan seterusnya.

"Walau hanya tiga hari berada di sini, saya fikir ia adalah baik untuk pasukan kerana kita beri mereka suasana lain daripada hari-hari biasa yang mereka lalui.

"Malah melalui aktiviti yang diadakan di sini, kita harap ia akan membantu meningkatkan semangat dan ketahanan mental pasukan," kata Rajagobal ketika ditemui di Pangkor Island Beach Resort di sini sini semalam.

Ditanya mengenai program skuad kebangsaan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, Rajagobal berkata, ia akan diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi membina semangat sepasukan.

"Pemain kita punya semangat yang tinggi. Sebagai profesional, mereka juga perlukan cuti yang boleh dimanfaatkan untuk menenangkan fikiran tanpa gangguan.

"Di samping memotivasikan mereka, kita turut mengadakan aktiviti untuk mendengar pendapat mereka yang kita fikir akan membawa satu semangat yang lebih baik kepada pasukan," katanya lagi.

Mengulas mengenai tekanan yang dihadapi menjelang Piala Suzuki AFF, Rajagobal berkata, keyakinannya terhadap kemampuan pemain masih sama dan pemain juga sedar apa yang perlu mereka capai pada kejohanan tahun ini.

"Kita kena positif, skuad Harimau Malaya terdiri daripada anak Malaysia, kenapa kita terlalu kritik dan memberi komen negatif?."

Sementara itu, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim berkata, percutian ini memberi peluang kepada pemain menenangkan fikiran dan mengeratkan kerjasama.

"Kita harap percutian ini dapat memberi sesuatu yang baru kepada pasukan, malah ia merupakan cara untuk memotivasikan pemain dan memantapkan semangat berpasukan," katanya.

Bagi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, walaupun antara mereka mempunyai hubungan akrab, namun dengan adanya percutian ini, ia akan lebih mengeratkan lagi hubungan daripada aspek komunikasi.

"Bagus sebenarnya bila berpeluang berada di sini kerana kami boleh tenangkan fikiran tanpa gangguan selepas penat mengharungi beberapa perlawanan," ujarnya.

Dialog Antarabangsa <b>Pangkor</b> 2012 Platform Perak Jadi Pusat <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 09:07 PM PST

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata aspek pembangunan yang dipilih sebagai tema prelude persidangan Dialog Antarabangsa Pangkor 2012 yang membuka tirainya hari ini sentiasa relevan, sekaligus berpotensi meletakkan negeri Perak sebagai pusat persidangan bertaraf dunia di  masa akan datang.

Meskipun ada pihak yang mendakwa tema atau modul itu tidak sesuai dibahaskan lagi, namun kerajaan negeri katanya, mahu menjadikan persidangan itu sebagai sebagai medan bagi membahaskan aspek pembangunan yang akan dibentangkan oleh tokoh pemikir ternama.

"Kita akui untuk menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa memerlukan perancangan besar dan sebagai permulaannya, prelude Dialog Antarabangsa Pangkor 2012 dianjurkan di bandar raya Ipoh sebagai persiapan meletakkan ia setanding dengan Dialog Antarabangsa Langkawi.

"Selain itu, kerajaan negeri yakin dapat mencapai sasaran itu berikutan kerjasama dan komitmen baik yang diberikan oleh empat universiti di negara ini terdiri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya di Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Zambry merasmikan persidangan Dialog Antarabangsa Pangkor (PIDD) 2012 anjuran Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan keempat-empat universiti berkenaan yang dihadiri seramai 300 peserta dari seluruh negara.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Nayan dan Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Mengulas lanjut, beliau berkata persidangan itu akan berlangsung di Pangkor, tahun depan dan segala cadangan pada persidangan buat pertama kali ini bakal dinilai oleh kerajaan negeri untuk tindakan seterusnya.

Sementara itu, kerajaan negeri juga katanya, merancang untuk menyediakan lebih banyak pusat persidangan bagi membolehkan persidangan bertaraf antarabangsa berlangsung di bandar raya Ipoh.

"Ketika ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di peringkat akhir menyiapkan model pusat persidangan yang boleh memuatkan lebih 3,000 peserta pada satu-satu masa.

"Kita harap dengan wujudnya pusat persidangan bertaraf antarabangsa di Ipoh nanti, ia akan memberi impak positif kepada ekonomi dan pertumbuhan negeri secara menyeluruh," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry berkata, sebelum ini, kerajaan negeri berjaya meletakkan nama Perak di peta antarabangsa dengan menganjurkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa termasuklah dalam sektor pelancongan dan seni budaya.

"Sektor pendidikan turut menjadi tumpuan utama apabila kerajaan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mewujudkan pusat pendidikan bertaraf antarabangsa di Perak," katanya.

Tambah beliau, terdapat beberapa universiti bertaraf antarabangsa di Perak dan salah satu daripadanya ialah UTP di Tronoh.

"Di sektor pelancongan pula, kita telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila Lembah Lenggong dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO selain menganjurkan tiga program utama berteraskan pelancongan berasaskan sukan yang mendapat liputan baik di kalangan media massa.

"Untuk sektor seni dan budaya pula, kerajaan negeri menganjurkan Pesta Antarabangsa Lagu Rakyat dan Puisi Pangkor yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya," kata Zambry lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan