Khamis, 8 November 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 di Perbadanan Pembangunan Pertanian <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 11:56 PM PST

Jawatan kosong 2012 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Jawatan kosong 2012:  Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dperbadankan pada tahun 1973. Ia diletakkan di bawah enekmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Bil 2 Tahun 1973, Pindaan Bil 9(1974).Perbadanan ini memulakan operasi pada tahun 1974 dan di bawah pengawasan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah.

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan keutamaan diberi kepada mereka dari Negeri Perak, untuk berkhidmat di Perbadanan Pertanian Negeri Perak Kumpulan Pembangunan Syarikat ("SADC Kumpulan") dalam jawatan berikut:

1. Marketing Manager / Executive

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk menulis dalam atau menghantar permohonan anda secara on-line, dengan resume penuh, menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji semasa dan gaji yang dipohon beserta gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) kepada: -

HUMAN RESOURCE DEPARTMENT

PERAK AGRO MARKETING SDN BHD

NO. 3, JALAN TAMAN KINTA

TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,

P.O.BOX 228, 30730 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh akhir permohonan 2 Dec 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

GERAKAN MINDA: <b>Negeri Perak</b> Tukar Nama Negeri &#39;EMAS&#39;???

Posted: 31 Oct 2012 10:00 PM PDT



IPOH – Perak yang dulunya kaya dengan bijih timah, kini dikejutkan dengan penemuan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi lubuk emas.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan di negeri ini yang memiliki deposit emas yang berdaya maju.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menjalankan kajian terperinci berhubung penemuan tersebut.

Menurutnya, satu laporan penuh perlu dibentangkan bagi memastikan kawasan yang dimaksudkan benar-benar berpotensi untuk dikomersialkan ataupun sebaliknya.

"Kita nak tengok juga sama ada kawasan itu ada banyak atau sedikit sahaja longgokkan emas dan kawasan itu kita telah pun kenal pasti, tapi saya tidak boleh dedahkan kepada umum, takut timbul pula masalah lain kelak.

"Setakat ini, kita serahkan jabatan berkaitan menjalankan kajian potensi itu dahulu dan kita tengok hasilnya nanti," katanya di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Pada Ogos 2009 lalu di Teluk Intan, Zambry dalam kenyataannya turut mengandaikan Perak mungkin muncul sebagai negeri pengeluar emas terbesar di negara ini berikutan kajian mendapati beberapa kawasan di negeri ini memiliki logam berharga berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengorak langkah setapak lagi untuk mengadakan kegiatan perlombongan emas bagi menggantikan industri lombong bijih timah yang menjadi kebanggaan Perak sejak beberapa dekad lalu.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Kerajaan Negeri turut mengadakan perbincangan bagi melakukan rombakan semula kategori bahan mineral, galian dan logam yang terdapat di Perak.

"Kita lihat setiap bahan itu perlu diperhalusi dan dikategorikan mengikut spesifikasinya yang betul bagi mendapat pulangan sebenar mengikut harga pasaran.

"Dulu kita guna istilah yang terlalu umum iaitu galian, sama ada bijih timah, pasir, batu atau bahan lain seperti emas, sedangkan ia berbeza royalti dan premiumnya.

"Justeru itu, kita rasa perlu diperhalusi serta dikategorikan mengikut kesesuaian tertentu dengan menukarkan istilah utamanya daripada galian kepada mineral," katanya.

Menurutnya, ia juga bagi mengelakkan pelbagai masalah dihadapi dari segi bayaran premium daripada pengusaha terlibat-SH

GM: Jika benar bagai dikata maka lepas ini orang perak akan mula melombong emas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan