Selasa, 11 Disember 2012

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Life is colorful: Gembirakan hati <b>di Bukit Merah</b> Laketown Resort

Posted: 11 Dec 2012 06:51 AM PST

Setiap kali pulang ke rumah My Mom di Sungai Petani, setiap kali jugalah kami hanya akan memandang jalan keluar ke Bukit Merah. Ada kalanya saya akan cakap pada Mr. Hubby, "nanti-nanti kalau kita ada masa, kita pergi ke Bukit Merah Laketown ye." Dan kata-kata itu akan hilang begitu sahaja. 
Oleh kerana memang masa itu tak pernah ada kalau tidak diadakan, maka saya ubah strategi. Kali ini, saya tempah dahulu penginapan di Bukit Merah Laketown Resort. Jadinya, percutian tersebut menjadi agenda utama dan bukannya sekadar laluan untuk ke utara tanah air. 
Oleh kerana faktor masa juga, tempahan cuma dibuat untuk satu malam. Memadailah bagi kami kerana matlamat utama adalah untuk bermandi-manda di taman tema air. FYI, semasa saya belajar di USM dulu, saya pernah ke Bukit Merah Laketown ni (cerita zaman dahulu kala). Justeru, dialog seperti di bawah terjadi:
Mr. Hubby: Apa yang ada di Pulau Orang Utan?
Saya        : Hmmmm, ada orang utan la.
Saya        : Yep, ada orang utan la. Dulu ada la 3-4 ekor. Sekarang tak tau.
Maka, hilanglah minat Mr. Hubby untuk ke Pulau Orang Utan (salah saya ke? hehehe). Perjalanan menaiki kereta dari ibu kota ke Bukit Merah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami tiba di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) kira-kira jam 3 petang.



Perkara pertama yang harus dibuat tentunya check-in bilik. Bilik kami selesa untuk kami 4 beranak. 


 

Untuk ke taman tema air dan tarikan-tarikan lain, tidak perlu berjalan jauh. Rasanya sekadar 200-300 meter sahaja dari hotel penginapan. Kami akan ke water park esok sahaja. Petang ini kami cuma berjalan-jalan sekitar resort.



Kemudiannya ke kolam renang. Ya kolam renang, aktiviti lazim setiap kali bercuti.

 

Esok barulah kami ke taman tema air.



Menarik jugalah konsep taman tema air di BMLR ni.





Meskipun kurang hebat sedikit daripada Sunway Lagoon, tapi cukup untuk menggembirakan hati budak-budak. Kelainannya juga adalah, sekitar taman tema air ni ada banyak juga rimbunan pokok. Almaklum, BMLR kan bertemakan eco-tourism.


Akhir kata, percutian kali ini mengembirakan Hasya dan Khayra. Semuanya ok dan best, yang tak bestnya cuma cuaca yang agak panas. Biasalah kan, tengah hari panas terik, petang nanti hujan lebat huhuhu....

Sekian.

p.s.: Takde gambar makanan sebab makanannya tak ada yang menakjubkan :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan