Rabu, 26 Disember 2012

07 di kinta - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


Inilah Ceritaku: Sepetang <b>di Kinta</b> Riverfront

Posted: 29 Nov 2012 06:16 AM PST

Sebelum kuar dinner di R e s t o r a n  N a s i  P a d a n g  S i m p a n g  3, ambil angin petang di depan hotel. Cantik dan bersih kawasan riverfront ni. Tak sibuk dan tenang . Pagi-pagi boleh nampak orang jogging dan memancing. Berbanding dengan hotel di tengah bandar Ipoh yang sibuk dengan kenderaan dan manusia ke hulu ke hilir. Tapi, nak makan dan beli-belah payahlah sikit. Hotel barulah katakan..(semua main touch screen)

Nak suruh Encik Suami tinggal kereta semasa dia berkursus, kita pulak tak yakin nak memandu. Ipoh ni bandar jalan sehala. Kalau dah tersesat, nak U-Turn punyalah payah. Papan tanda jalan tak banyak membantu. Kalau dah Encik Suami pun pening nak balik semula ke hotel selesai kursus kalau silap jalan, inikan pulak Anim yang mai sekali sekala. Sudahnya...lunch kami..room servicelah!

Mungkin dalam beberapa bulan lagi, tak ada masalah nak cari makan. Nampak  deretan gerai yang masih belum siap di tepi Kinta Riverfront ni. Jambatan mini merintangi Sungai Kinta. Kalau lihat di s i n i, ada 6 jambatan mini di sepanjang Kinta Riverfront. Entahle..dari Tingkat 14 bilik kami, terpandang 2 sahaja  dengan bentuk berlainan. Tak larat nak jalan ke jambatan yang satu lagi. Masing-masing dah lapar nasi!

P/S Suka tengok jambatan..

<b>Kinta</b> Menjerit: Pesta Durian <b>di</b> R&R Bukit Gantang Lebuhraya PLUS

Posted: 06 Dec 2012 03:04 AM PST


Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada 'Pesta Jom Makan Durian' di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Jumaat ini iaitu dari 7hb~9hb Disember 2012.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Mohd Nizam Ismail berkata pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang. Program ini juga bertujuan mempromosikan Hentian ini sebagai pusat menjual buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata sebanyak 20 tan buah durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta tersebut bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya.

Pengguna lebuhraya boleh makan sebanyak mana yang mereka hendak dan larat...hoi komer mari-mari makan doyan!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved