Rabu, 5 Disember 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MEEDA: Beberapa Jam <b>Di</b> Pulau <b>Pangkor</b> !

Posted: 03 Dec 2012 03:23 AM PST

Cause it's a beautiful night.
We're looking for something dumb to do.
Hey, baby ! I think I wanna marry you.
- Marry You ( Bruno Mars )
Diam tak diam, sekarang sudah masuk bulan paling akhir setiap tahun. Kurang tiga puluh hari, dah masuk dua ribu tiga belas. Can't wait for first January two thousand thirteen. New year and of course, my mom's birthday. Yea ! 
Dan perkara wajib akhir tahun ialah, holiday ! Kalau tahun lepas, mengembara ke bumi Sabah dan Labuan untuk empat hari, tapi tahun ini beberapa jam sahaja dan destinasinya dalam Semenanjung Malaysia. Jadilah daripada tak pergi mana-mana langsung, kan. Kalau tahun lepas naik flight, tapi kali ni naik feri sahaja. 
Jadi sempena tahun melawat Perak. Jom terokai negeri Perak ! ( Nyanyi macam iklan dalam tivi ) Kami tujuh orang satu kereta, telah mengembara ke Pulau Pangkor. Hoyeaah ! Kami pergi hari selepas kakak aku konvo, ( 29 November 2012 ) tapi mak dengan kakak aku tak ikut. Mak dengan halnya dan kakak dengan kelasnya. Katanya ustaz tak bagi cuti. Hahaha! Kesian betul.
Pulau Pangkor terletak di Negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar. Pulau Pangkor merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Untuk ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan jeti di Lumut. Mengambil masa dua puluh minit untuk ke Pulau Pangkor dengan manaiki feri yang dikenakan bayaran RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak ( Tiket feri termasuk pergi dan balik ) .
Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk ke Pulau Pangkor yang terletak sembilan puluh kilometer di barat daya bandar Ipoh. Dari Kuala Lumpur pula, menerusi Lebuhraya Utara Selatan, ikut susur keluar ke Gopeng dan masuk ke arah Lumut atau Sitiawan. 
Kami dari Kuala Lumpur ( Cheras ) , so mestilah ikut Lebuhraya Utara Selatan. Dalam tiga jam jugaklah untuk sampai ke jeti di Lumut. Sampai sana around pukul dua belas tengah hari. Then, ambil feri jam 12:45 petang. 
Welcome to Pangkor Island !
Saya bawa beg yang dipenuhi dengan makanan, cekedis-cekedis yang langsung tidak memberikan khasiat kepada si pemakan. Haha.
Before naik feri
Peduli tentang tudung aku yang sentiasa senget. Duduk tepi pantai, angin kuat mana tak senget tudung tu. Hikhik.
Cousins 

Twenty minutes to Pangkor Island boarding the ferry
Around satu lima belas petang, kita orang sampai di Pulau Pangkor. Kaki masing-masing laju sahaja ke Pekan Pangkor menuju ke deretan-deretan kedai yang ada. Shopping ikan bilis, ikan kering, sotong and produk hasil laut yang lain-lain.
Dekat sana, ada banyak van yang berwarna pink, sewanya enam puluh ringgit then korang boleh naik dia bawak kita pusing beberapa tempat yang agak menarik di Pulau Pangkor. Tapi aku tak naik sebab mak cik kata tak berbaloi sangat memandangkan Pangkor merupakan pulau yang kecik. Dia bawak kita pusing-pusing satu Pulau Pangkor, camtu lah.
Poyo je ! Orang tengah pilih-pilih barang nak beli, aku sibuk buat kerja lain. Hahahaha
Pilih-pilih yang mana nak, lepas tu boleh bayar sendiri dekat kaunter depan. :p
Lepas menghabiskan duit dengan memborong macam-macam dan menghabiskan air liur menawar harga, terus perut mengada-ngada mintak makanan. Lalu kaki kami sepantas kilat menuju ke arah sebuah kedai makan berhampiran jeti ( Lupa nama kedai ). Tapi lokasi nya memang bersebelahan dengan jeti, seingat aku lah. Bhahaha !
Fokus ! Makan sampai kenyang .

Alhamdulillah ! Kenyang sudah. Boleh balik rumah.
Lepas aje makan kenyang-kenyang, sambung shopping sikit lagi untuk beberapa minit. Hari yang sama, pukul tiga, tiga puluh minit petang, naik feri. Dah nak balik.
Hasil pelaburan yang dibuat
Bye Pangkor ! Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi .
Dalam pukul empat macam tu, sampai jeti. Nak balik Jerteh ! Tapi sebelum tu, demi menyokong tahun melawak negeri Perak, perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar dan Gerik. Mengimbau memori atuk, mak dan makcik-makcik sekalian alam. Then, singgah pasar malam dekat Bandariang, Gerik. Pukul dua belas pagi baru sampai Jerteh.
Even percutian tahun ini tak sampai satu hari, cukup menyeronokkan layan gelagat sepupu-sepupu. Pergi konvo kakak pun boleh lah aku nak kira pergi bercuti. Hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan