Sabtu, 8 Disember 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Dari Penjuru Ini: Bermuzium <b>di Taiping</b>

Posted: 25 Nov 2012 05:59 PM PST

Haritu masa pi Taiping, cek singgah di muzium dulu. Cek suka muzium.
Di sebelah sini adalah muzium, di sebelah sana adalah penjara. Ok.
When I arrived, it started to rain. Tapi adakah cek peduli? Obviously not. Payung bukanlah untuk dijadikan perhiasan di dalam kereta. Juga, semua barang tetap akan lingkup jua akhirnya. Jadi kita guna sampai lebam.
Pameran di muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian tapi cek tak boh la semua gambaq naa. Jenoh. 
Mula-mula masuk jumpa bahagian pameran sejarah haiwan dulu.
Rangka gajah. Katanya 55 juta tahun dulu ada 500-600 spesis gajah yang telah dikenalpasti tapi sekarang ni cuma tinggal 2 spesis saja yang masih kekal naa. Sedih. Sebelum keluaq ayaq mata, cepat-cepat cek berlalu dari bahagian ni.
Antara bahagian yang cek berkenan ialah pertukangan perak.
Tahukah anda bahawa rupa anda sangat manis, wahai pelita minyak? 
Bawakan minyak tanah tu, Siantan! Bapak mau nyalakan pelita ni, sudah mau malammm!
Lepas tu buatkan kopi untuk bapak dalam teko warisan nenek kau tu ya Siantan! 
Bawa ubi rebusnya sekaliii.
Mana cembul dan bekas sirih, Siantan? Di mana kau letak?
Dibawa ibu ke rumah sebelah, bapak.
Hisy ibu kau tu, macamlah di rumah sebelah tu takdak bekas sirih.

Ok sudah-sudahlah dialog merepek tu.

Pahar tempat letak barang hantaran naa.
Congkak Ikan. Guna biji saga sebagai "buah".
Congkak Kepala Burung. Siap ada kaki tu, terlalu comel.
Lepas tu cek naik atas pulak ke bahagian Galeri Orang Asli dan Tembikar. Sesungguhnya negeri Perak dan Labu tidak dapat dipisahkan. 

Ada banyak jenis Labu yang dipamerkan macam Labu Belimbing, Labu Gombol Panai, Labu Tanah, Labu Gelugur, Labu Lepap, Labu Air (dari buah labu tu), Labu Pucung, Labu Tela, Labu Belalai Gajah, Labu Bocong...ya Rabbi, banyak sungguh. Berpinau mata cek tengok semua. I LIKE.
Plus, more adorable items like...
Terenang Bertutup Berkaki Tiga. Tang kaki tu tak bleh tahan tengok, comel bangat. Kuci kuci.

Ini sejenis dapoq yang diperbuat dari tanah liat. Dapoq ni digunakan dalam masyarakat Bajau Laut di Sabah. Depa guna untuk masak dan jugak untuk simpan makanan masa berada di laut. Di rumah pun ya jugak. Portable stove ni.
Bahagian galeri Orang Asli pulak. Berakit-rakit ke hulu, fewit. Cek belajaq teknik menembak senget ni dari sorang kawan. Tengkiu fren. Kalau tak senget, encek yang dalam gambaq kat belakang tu tak masuk frame.
Menurut keterangan yang ditulis, ini ialah model rumah yang didiami oleh suku kaum Temiar dan Semai di Perak sekitar tahun 60an hingga 80an.
Gadis Orang Asli ni memakai perhiasan diri yang lengkap mengikut budaya depa. Ada hiasan muka yang dicap menggunakan pengecap dengan dakwat yang diperbuat dari getah atau bunga-bunga berwarna (dari pokok hutan). 
Perhiasan telinga pulak diperbuat dari buluh, daun-daun dan bunga-bunga yang dikeringkan. Dimasukkan dalam cuping telinga yang ditindik. Ada jugak gelang buluh dan cucuk sanggul tapi tak nampak dalam gambaq ni. Sangat menarik.
Ini ialah Rantai Leher Gigi Kera. Katanya untuk dapat rantai yang sempurna macam ni memerlukan lebih kurang 100 batang gigi kera naa. Dipakai oleh kaum wanita semasa sebagai perhiasan diri semasa upacara sewang (ritual healing dance) dan semasa perkahwinan.
Mai cek kenalkan. Yang nombor 1 yakni yang atas sekali tu ialah Moyang Kancong Belangkas, yang nombor 2 ialah Moyang Taba Habok, yang ketiga ialah Moyang Hilak Kejil, yang nombor 4 ialah Moyang Jin Raya manakala yang akhir sekali yakni yang berwarna gelap tu ialah Moyang Gigi Besar. Kepercayaan orang, kita buat sebagai pengetahuan am. Ilmu nih.
Ok cukuplah cek menyeksa kengkawan dengan entri muzium cek ni kan. Inipun bukannya semua, setengah pun tak sampai, suku saja. 
I had a great time there. CCTV di situ menjadi saksi betapa gembiranya cek menembak di situ kerana macam biasa, cek pantang tengok kamera CCTV, mesti cek nak lambai-lambai. Dan juga depa ada bukti yang cek telah bercakap dengan barang-barang terlalu comel yang dipamerkan di situ. Seorang pelawat sewel dari Penang. Sabaq jalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan