Selasa, 18 Disember 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


AES dipasang <b>di</b> kampung dibantah - laman kl-today.com

Posted: 30 Oct 2012 09:12 PM PDT

KERIAN – Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Jalan Pantai, Tanjung Piandang tanpa dinyatakan had kelajuan disifatkan tidak relevan kerana dipasang di kawasan kampung yang bukan menjadi laluan utama kenderaan. Pemasangannya seolah-olah menjadi perangkap automatik di mana alat itu tetap berfungsi seperti biasa walaupun keadaan trafik tidak terlalu sibuk.
Berdasarkan rancangan asal pemasangannya di sekitar jalan itu, alat tersebut berada di antara persimpangan pekan Tanjung Piandang hingga ke Sungai Baru, Kuala Sungai Burung. Gambar: Rakyat berdemo bantah pemasangan di kawasan kampung sekitar Tanjung Piandang.

Tinjauan Sinar Harian turut mendapati tidak terdapat papan tanda had laju diletakkan  untuk memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari berkata, pemasangan AES pada kawasan itu perlu dikaji kerana akan mendatangkan kesusahan kepada masyarakat.

Menurutnya, pemasangan di kawasan jalan kampung tidak tepat kerana rakam kesalahan dalam masa 24 jam sedangkan kawasan itu hanya menjadi tumpuan penduduk pada waktu tertentu sahaja.

"Penduduk bukan menentang, sebaliknya mendesak kerajaan mengkaji semula kewajaran perlaksanaannya kerana melibatkan pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai lebih 50 penduduk Tanjung Piandang mengadakan demonstrasi membantah pemasangan kamera AES di Jalan Pantai, di sini kelmarin.

Kata Abdul Yunus, jalan kampung tidak sesuai diletakkan kamera AES memandangkan taraf hidup penduduk di Tanjung Piandang rata-ratanya terdiri nelayan dan petani.

Katanya, pelaksanaan sistem itu sebenarnya boleh membebankan rakyat kerana di tempat yang mempunyai kelajuan rendah juga diletakkan kamera.

"Sistem ini tidak seharusnya dipasang di tempat had laju di bawah 90 km/j untuk jalan-jalan Persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

"Tindakan memasang AES di tempat yang ditetapkan kelajuan 30km/j dan 60 km/j adalah tidak munasabah," katanya.

Pelaksanaan AES walaupun baik tetapi tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menggunakan isu itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Justeru katanya, untuk memberi keyakinan kepada rakyat terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan