Selasa, 15 Januari 2013

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


200 ahli pas kubang <b>kerian</b> khianati pas - komando perang siber

Posted: 11 Jan 2013 08:29 AM PST

SEBAHAGIAN 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua, dalam Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai PPP kerana kecewa dengan Pas yang didakwa semakin tidak Islamik kebelakangan ini. Mereka menyerahkan borang keahlian PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff (kiri) di sini hari ini. UTUSAN/IRWAN MAJID
KOTA BHARU, JUMAAT, 11 Januari, 013: Kira-kira 200 penyokong tegar Pas di Kampung Pauh Dua dalam kawasan Parlimen Kubang Kerian di sini, bertindak keluar parti dan menyertai Parti Progresif Rakyat (PPP) kerana kecewa dengan perjuangan Pas yang didakwa tidak konsisten sejak kebelakangan ini. Kumpulan terbabit yang diketuai, Shafiei Peli, 46, menyerahkan borang permohonan menyertai PPP kepada Naib Presiden parti itu, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff dalam satu majlis di sini hari ini. Ketika ditemui, Shafiei yang dikatakan aktif bersama Pas cawangan Kampung Pauh Dua sejak 10 tahun lalu mendakwa, dia sudah tidak tahan dengan tindak-tanduk Pas yang kini semakin tidak Islamik. "Selama ini kami ingat Pas boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu, rupa-rupanya kami silap kerana parti yang kami sokong selama ini tidak mampu membantu kepada perubahan rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis itu. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan