07 di kinta - Google Blog Search |
Kirapu.blogspot: jalan-jalan <b>di Kinta</b> Riverfront - tarikan terbaru di Ipoh Posted: 03 Jan 2013 08:39 AM PST Sekarang ni di Ipoh ada satu lagi tarikan terbaru iaitu Kinta riverfront yg semakin popular menjadi tempat lepak dan berkumpul di waktu malam. Kedudukannya sangat strategik terletak betul-betul di tengah pusat bandaraya Ipoh di antara old town (pekan lama) dan new town. Projek Kinta riverfront ni sebenarnya dah lama iaitu kedudukannya di sungai Kinta belakang sekolah St.Micheal yang mana masa tu cuma ada satu food court je tapi sekarang dipanjangkan sampai ke Taman DR. Sepanjang sungai ni ada banyak pokok-pokok berlampu ala-ala I-city kat Shah Alam. Waktu malam tempat ni sekarang memang cantik betul. Di sepanjang sungai ni juga akan ada banyak cafe-cafe dan restoran yang baru je siap dibina. Setakat ni yang dah dibuka ialah cafe Haagen Dazz, restoran Arab Hadramout Paradise dan beberapa restoran makanan cina. Selain tu ada beberapa jambatan yang dibuat dengan rekaaan mengikut beberapa jambatan popular di dunia. Kalau sesapa yg datang Ipoh lepas ni wajib la datang ke sini. Yang pasti memang best lepak kat sini, setiap malam makin meriah. |
You are subscribed to email updates from di kinta - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan