Sabtu, 26 Januari 2013

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


<b>KUALA SEPETANG</b> ECO TOURISM Mangrove Tour, Bird Watch <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 08:07 PM PST

Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee udang dan kerang-kerangan,
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil pungutan cukai timah dan ini menyebabkan bermulanya penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal.
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu. 
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh menyewa  bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved