Ahad, 27 Januari 2013

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


BN terdesak <b>di Sungai Siput</b> sehingga panggil semula Samy Vellu <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2012 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis :  Parti Sosialis Malaysia (PSM) membidas  dakwaan sesetengah media kononnya wujud pertelingkahan antara parti itu dan PKR berhubung isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"PSM memang mahu bertanding pakai logo sendiri tapi kami (PSM dan PKR) tidak berbalah seperti yang dikhabarkan media, sebaliknya masih berbincang secara baik.

"Dulu hampir 10 tahun pendaftaran parti ini ditolak, jadi sekarang sebagai parti yang telah berdaftar, sudah tentu PSM mahu gunakan logo sendiri. Tapi kalau ada logo bersama itu juga boleh diterima," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media kononya   PSM dan PKR yang dikatakan saling bertelagah dalam isu penamaan calon dan penggunaan logo parti di Sungai Siput bagi PRU – 13.

BN YANG TERDESAK

Ditanya mengenai sokongan pengundi Sungai Siput yang dilihat mula kembali menyokong Barisan Nasional (BN), S. Arutchelvan berkata :

"Saya tidak rasa sokongan pengundi telah berkurang kerana apabila kami turun padang berjumpa rakyat, mereka masih lagi setia menyokong parti ini.

"Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj juga telah melakukan bermacam usaha untuk menaik taraf kehidupan rakyat di Sungai Siput, jadi soal isu pengundi kembali kepada BN tidak timbul sama sekali," jelasnya.

Selain itu, S. Arutchelvan menambah, BN kini dilihat sedang berhadapan masalah menamakan  calonya di Sungai Siput kerana sehingga kini BN masih belum mengemukakan nama calon yang sepatutnya.

"Kerajaan MIC-BN semakin terdesak nampak gayanya sekarang ini. Kenapa Datuk S Samy Vellu yang telah bersara kembali berkempen? Saya rasa mereka telah mengalami kepupusan kepimpinan baru," ujarnya.

Sementara itu, memberi maklum balas yang sama, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj meminta media tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar.

"Saya tahu, ini lah yang diharapkan BN sebenarnya, supaya kami parti pembangkang akan bergaduh sesama sendiri sekaligus menakutkan pengundi dengan dakwaan yang tidak betul. Malang sekali itu semua tidak akan berlaku.

"Sama seperti parti lain juga, kalau ada masalah sekalipun, ia hanyalah masalah kecil sahaja yang pasti boleh diselesaikan tanpa perlu pertelingkahan," katanya.

"Apa yang boleh saya katakan, situasi sekarang adalah 50-50. Tetapi saya tetap percaya kami (pembangkang) ada peluang untuk menang," kata beliau.

Untuk rekod, PSM menang dalam Pilihan Raya Umum 2008 menggunakan tiket PKR namun kedua-dua parti itu dikhabarkan mengalami perselisihan pendapat berikutan isu logo parti yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang.

Pada PRU 2008, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu gagal mempertahankan kawasan tersebut yang diwakilinya sejak 1974 kepada Jayakumar dengan majoriti 1,821 undi.

Perlantikan Samy Vellu sebagai Pengerusi BN Parlimen Sungai Siput awal bulan lepas selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat reaksi yang berbeza di kalangan penyokong dan pemimpin BN sendiri.

Persoalanya mampukah Samy Vellu meredakan politik Sungai Siput selepas tersungkur di PRU 2008? Apakah pengaruhnya masih kuat disana seiring dengan tuntutan politik semasa ?

MIC dikatakan masih mencari seorang calon yang sesuai yang dapat mempengaruhi senario politik Sungai Siput tanpa "campurtangan" mana – mana pihak.

TMT difahamkan , antara nama – nama yang dipertimbangkan oleh MIC dan pucuk pimpinan tertinggi BN termasuklah,  Naib Presiden MIC Datuk S.K. Dewamany, Ketua Pemuda T. Mogan, Setiausaha Agung MIC Datuk S. Murugessan dan  bekas Timbalan Menteri Datuk T. Murugiah. – TMT

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia

Batu vs Kayu: Konvoi Kembara Oren disekat <b>di Sungai Siput</b>

Posted: 03 Nov 2012 12:58 AM PDT

Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.
Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.
"Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.
"Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN," katanya seperti dipetik Harakahdaily.
Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.
Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".
Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.
Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.
Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.
ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.
NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan