Khamis, 24 Januari 2013

07 di teluk batik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di teluk batik - Google Blog Search


| NAILAHAZMAN |: Picnic <b>Di Teluk Batik</b>

Posted: 23 Jan 2013 09:57 AM PST

Ok. Before balik Malaysia haritu, suami sempat bagi idea nak pergi mandi laut kat Malaysia. Almaklum, nak mandi laut kat sini terbatas sebab biasanya kat sini, yang mandi laut tu, semua kaum lelaki je. Perempuan boleh je nak mandi. Tapi pakai abaya. =_=
Bila suami dah bagi idea macam tu, terus saya call adik ipar. Mintak cadangan-cadangan yang bernas. At first, adik-adik ipar cadang nak ajak pergi Pulau Pangkor tapi faham-faham je lah kalau dah last minute ni. Bukan kesuntukan masa tapi susah sikit nak cari tempat stay kalau lagi 2,3 hari nak pergi, baru nak cari. Plus tengah cuti sekolah lagi. Jadinya, we have to cancel ke Pulau Pangkor.
So dari Pulau Pangkor, pung pang pung pang, last-last pergi ke Teluk Batik je. Jadilah sebab we have no choice
Bila suami sampai Khamis 27hb tu, hari Sabtu 29hb, dah nak ke tengahari baru kami gerak ke Teluk Batik. Ni kira vacation dengan family belah suami sahaja. Dari Bagan Serai nak ke Teluk Batik tu, errrr ... jauh jugaklah pada saya dengan kena ikut jalan dalam lagi. Sedih sebab jalan kampung kan, banyak lubang sana sini. Naik kereta pun seakan rasa macam naik kuda! Hahaha. =_=
Sampai sana pun dah petang dalam pukul 4 macam tu. Terus check in hotel murah near to Jeti Lumut. Murah-murah pun, bangunan hotel buruk pun, tapi serius berbaloi sebab bilik selesa nak mampuih! Dengan bilik beso siap boleh tidur lambak kat bawah lagi. Bilik air pun selesa sangat. Siap ada toiletries. Serius lebih dari cukup. Alhamdulillah. ;)
Dari hotel tu nak ke Teluk Batik few kilometres jugaklah. Naik kereta dalam 10 ke 15 minit macam tu lah. Memula tu decided nak ke pantai lepas Asar tapi bila tengok waktu solat Asar lewat sangat dah nak ke pukul 5 petang, we decided pergi time tu jugak memandangkan kami semua boleh buat jamak. ( See? Agama Allah SWT tidak pernah menyusahkan hambaNya. ;') )
Terus semua packed and bawak barang apa yang patut. As usual sampai pantai terus cari port yang sedap untuk lepak dan teduh memandangkan baby Hana ada. 
Lepas dah dapat port, apalagi lah kan? Haruslah berendam sampai lebam! Tapi sebelum berendam dalam air masin, kami dok pi balun main Banana Boat. Saya serius eksaited sangat masa nak naik tu but end up?
Sangat boringgggggggggggggggg! T________________________T
Abang bot tu bawak bot sangatlah lambattttttttt! Stress gila kami yang 7 orang kat belakang sampai adik ipar kat belakang saya dok tanya : " Nape Kak Ilah senyap? Takut ke? ". Takut apanya? Saya senyap sebab abang bot bawak bot macam nak pergi bersiarrrrr! =_____________=
Huaaaaaaaaaa .... tak puas hati langsung bayar naik menatang tu walaupun at the end tu, abang bot tu dok golekkan kami masuk dalam laut. Still tak puas hati sebab selalunya saya tengok sebelum ni, yang naik Banana Boat ni, mesti kena bawak bot laju-laju. Yang kami ni? Kucing saya lari lagi laju kot? Huhuhu. T__T


Datang picnic serius takde bawak makanan berat ke apa. Semua beli kat gerai-gerai tepi-tepi tu je. Nasib baiklah harga reasonable lagi. Saya dan suami sempat pi beli burger special ( Burger special is a must setiap kali balik Malaysia! ), rojak buah dengan air panas.

Masa ni semua naik atas, nak rehat kejap plus makan sebab biasalah, kalau mandi, perut mesti kelaparan melampau. Alhamdulillah burger semua sedap. ;)
Budak baju biru tu nama dia Haziq. Anak sedara sulung belah family suami saya. Time ni dia memang jelas nyata sangat sangat lapar sebab makan beriye! Habis semua black pepper dan segala sos lain dia bedal jugak padahal kalau diikutkan, bukan dia makan pun! Kuikuikui.
Lepas makan burger, saya yang gemok ini tak sedar diri terus request kat suami : " I nak aiskrim letak dalam roti tu boleh? " ( Sambil kepala toleh kiri kanan belakang cari pakcik motor jual aiskrim tu) . Hahaha. Memang teringin sangat sebab bila masa sampai kat Teluk Batik ni ada nampak sorang budak ni pegang roti dengan aiskrim kat tengah. Terus nafsu membuak-buak nak jugak! Tak kisahlah gemuk ke apa. Lantak! Bukan selalu dapat makan. Kahkahkah.
Lepas tu baru nak menyesal bila dah jadi dugong terdampar di tepian pantai Teluk Batik. Hahaha. =_=
Malam tu pulak, adik-adik sangat rajin nak buat bbq. Sebelum nak Maghrib tu, dorang dah sibuk pergi cari barang bbq. Serius. Semua last minute. Beli tempat nak bako tu pun last minute sebab kami memang datang tangan kosong.
Tukang hidupkan api is my biras. Tukang bako adalah kami bertiga : saya, suami dan biras si tukang hidupkan api. Hahaha. Mujurlah malam tu cuaca ok dan angin tak berapa kuat tapi jenuh jugaklah nak hidupkan api pakai arang tu. Dahlah kipas ke apa takde. Biras saya dok hidupkan api tu, dia kipas pakai pinggan polystrene yang dia kutip kat memana entah. Hahaha.
Jadinya, malam tu kami dinner food dari bbq tu je. Ada udang, sotong and some fishball yang beso yang selalu ada kat pasar malam tu. I don't know the exact name of it.
Dan nak dijadikan cerita, my abang ipar and biras suddeny last minute jugak nak datang Teluk Batik from Sungai Buloh. Datang sebab jeles tengok kami ramai-ramai picnic and bbq! Hahaha. Serius dorang adik beradik ni memang suka buat kerja gila. Dahlah bini tengah sarat mengandung. Boleh rilek datang time tu jugak. Hahaha.
So, malam tu, lengkaplah the whole family clan. ;)
Then, esoknya, we check out early as we planned nak ke Lumut Jeti sebab saya request nak beli segala spesies sotong dengan ikan kering tu. Memang saya borong betul lah! Banyak gila. Penuh 1 plastik beso. Suami cakap saya tamak! Mujur makanan tu semua habis. Hahaha. So, tak rugilah kan sebab saya sendiri pun makan banyak especially sotong kering yang dah siap salut dengan gula pasir tu. Sedapnyaaa! :p
Pemandangan dari tempat parking bertingkat. Terpaksa parking kat sini sebab berkonvoi dengan 4 kereta. Parking luar banyak dah penuh. Sini je lah kosong. 

This is the whole family kecuali abang ipar si tukang tangkap gambar ini. Heeeeee. ;)


Sebelum balik ke Bagan Serai, kami singgah makan tengahari dulu dekat area Jeti Lumut tu jugak. Alhamdulillah, menu dan rasa makanan kat kedai Makcik ni sangat ok dan sedap! Puas hati walaupun kedai dia tak berapa nak ramai sangat customer. Hehehe.
Sampai kampung pun dah petang dengan memasing kulit dah golap! Kahkahkah. Paling kelako, adik-adik ipar saya yang baju purple dengan belang merah tu gigih pakai sunblock SPF tinggi tapi tatap golap! Hahahaha. :p
Harap kalau ada rezeki, boleh pergi jauh sikit like Terengganu sebab saya memang teringin nak ke sanaaaaaaa! Dah lama plan dengan suami tapi sampai sekarang tak dan nak sampai lagi kat sana. Huhuhu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved