Sabtu, 23 Februari 2013

07 di lumut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di lumut - Google Blog Search


Sambutan Harijadi <b>Di</b> Marina Cove <b>Teluk Batik</b> - Fashion, Parenting <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2013 01:34 AM PST

Holaa...penatnya! Huhuhu...Bukan penat apa. Penat baru balik dari berjalan-jalan lagi. Penat duduk dalam kereta, swimming dan makan-makan. Enjin badan ni macam dah perlahan kena servis pulak rasanya. Macam nak kena urut-urut. Kekekeke. Penat tu memang penat, terasa nak update pulak cerita dalam blog ni.

Semalam, dapat panggilan telefon dari kakak ipar (Mama Oya) menjemput Mummy, famili Pak Andak dan famili Mak Der menjemput kami ke Marina Cove Teluk Batik untuk sambutan Hari Jadi anak sulung mereka. Kiranya macam tambahan hari dari The Zon Suite Residence hari tu tidur sehari je. Cuti-cuti Part 2 pulak katanya. Siap-siapbarang, bertolaklah kami dari rumah Opah secara convoy 3 kereta. Malas nak cerita panjang-panjang. Jom ler tengok gambar je...

 Mood Qashrin tak berapa baik sangat sebab dia nak ikot kereta Pak Andak, sebab semua cousins dia dalam tu, tapi terpaksa ikot kereta Pak Nek. Erk..tudung tak sempat sambar. Hahaha...
Qashrin kemonyokkan. Alolololo.....
Teluk Batik here we come........eh? Macam tak pernah pergi je...
Kitaorang macam tersesat di pekan Lumut, terus lunch makan nasi ayam beramai-ramai. Opah siap bawak wholemeal bread dan brown rice yang siap di masak awal-awal lagi di makan dengan ayam panggang.
 Menunggu nak check-in...Barulah muka gembira sikit..
Swimming kejap je..Qashrin mengigil tak tahan air sejuk. Hahahaha..........
Dinner pulak kami makan di restoren D'Muroh Teluk Muroh. Antara menu kami, ikan siakap 3 rasa, udang cendawan, paprik campur, tomyam seafood, burung puyuh goreng, daging goreng kunyit, ikan pari panggang, ikan siakap goreng untuk Opah, sayur kailan dan sirap bandung. Satu set untuk satu famili. Tapi tak mahal la pulak makan dekat sini. Baru RM200++....Gambar malas nak upload. Hehehe......
Happy Birthday Marissa. Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dan happy selalu...
Pagi tadi pula kami bersarapan dalam resort sahaja. Tengok budak-budak ni bermandi manda lagi. Qashrin duduk je dalam bilik tengok dari atas sebabnya takot dia demam. Fobia sangat tapi Alhamdulillah, Qashrin sihat walafiat. Dah rehat-rehat kami check out dan bertolak ke Ipoh. Sampai je Ipoh, kami makan nasi kandar Vanggey. Nyumms....Terima kasih Pak Nek untuk tajaan cuti-cuti Malaysia kali ini.
Okaylah, nak mandikan Qashrin. Rehat-rehat kejap. Esok dah nak kerja............

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved