Sabtu, 2 Mac 2013

07 di gerik - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di gerik - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Gerik</b> pulih Selasa – Perak Today

Posted: 13 Apr 2012 06:13 AM PDT

Bekalan air yang terputus di kawasan Gerik sejak 5 April lalu dijangka pulih sepenuhnya Selasa ini, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Beliau berkata, sebanyak 90 peratus daripada 7,200 rumah yang terputus bekalan air sudah menerima semula bekalan kelmarin manakala 10 peratus lagi pada Selasa ini.

Katanya, LAP terpaksa membuat penyambungan paip pintasan secara terus dari rumah pam kepada pengguna berikutan loji rawatan air Gerik V rosak akibat kejadian tanah runtuh.

"Kelewatan tersebut disebabkan LAP terpaksa menunggu satu unit Variable Speed Drive (VSD) dari United Kingdom yang akan tiba hujung minggu ini," katanya kepada pemberita di Gerik, hari ini.

VSD adalah alat bagi mengawal kelajuan motor yang mengepam air yang melalui paip pintasan ke rumah.

Beliau berkata, ketika ini terdapat hanya satu unit VSD yang dipasang dari rumah pam dan ia kekurangan kuasa untuk mengepam air ke semua rumah terbabit.

"Semua 700 rumah yang masih belum mendapat bekalan air berada di kawasan tanah tinggi dan kawasan pedalaman," katanya.

Katanya, paip pintasan yang dipasang itu akan kekal sehingga loji rawatan air yang baru siap.

Mohd Yusof berkata, bagi kawasan yang masih terputus bekalan air, LAP akan menyalurkan bekalan melalui lori tangki dan tangki statik.

Katanya, seramai 105 petugas termasuk 84 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terbabit dalam kerja pemasangan paip pintasan dan penghantaran bekalan air.

- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved