Isnin, 16 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Urban

Posted: 16 May 2011 01:30 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Dinding bercerita tentang kejayaan

Posted:

Dinding bercerita tentang kejayaan

Dinding bercerita tentang kejayaan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



"SELAMAT datang kepada semua anak-anak pak cik, maaf, pak cik tak berapa sihat hari ini tapi pak cik kuatkan diri juga untuk datang. Terima kasih kerana anak-anak pak cik membuat pilihan untuk melawat galeri ini."

Pak cik. Begitulah kata ganti diri yang mesra dan merendah diri, telah diungkapkannya sepanjang pertemuan dengan kumpulan pengunjung bertuah.

Kata-kata itu sebenarnya adalah ucapan pembukaan daripada seorang tokoh perniagaan terulung iaitu Pengerusi Kumpulan Emkay Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, 63, kepada 108 orang pelajar Kolej PTPL yang bertandang ke Galeri Emkay.

Seperti kata Pengurus Komunikasi Korporat Kumpulan Emkay, Sam Kamar Osman, sifat tersebut adalah pesona semula jadi seorang aristokrat yang unggul dalam dunia hartanah itu.

Kata Sam, majikannya itu seorang bersifat kebapaan dan suka mendekati serta memberi semangat kepada generasi muda.

Ternyata, sifat yang terbit daripada diri Mustapha telah menyimpulkan satu persepsi di luar kotak pemikiran kita. Meskipun beliau berada di puncak kejayaan, sikap kesederhanaannya menyentuh perasaan hadirin yang hadir.

Mustapha yang mengaku diri beliau ialah cucu seorang penjual sayur itu sangat menghormati pengunjung yang hadir ke galerinya. Ibarat rutin, organisasi yang membawa kumpulan pengunjung dalam jumlah besar akan dilayan olehnya. Mustapha yang sesekali menyelitkan humor dalam bicara tidak keberatan untuk menceritakan sendiri kisah di sebalik galeri itu.

Galeri Emkay adalah galeri yang mengisahkan titian perjalanan Mustapha bermula pada zaman kanak-kanak sehingga ke hari ini. Ilham, reka bentuk dan konsep galeri yang dibuka pada tahun lalu itu adalah ilham beliau sendiri.

Perasaan kagum dan teruja dapat dirasakan saat seseorang melangkah masuk ke galeri seluas 284.6 meter persegi yang terletak di Menara Mustapha Kamal di PJ Trade Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Aura galeri yang memiliki seni reka sofistikated itu berupaya menyalakan ghairah pengunjung untuk mendalami historiografi di sebalik kisah hidup seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara.


INSPIRASI NEGARA. Mustapha Kamal kini menjadi idola dan pembakar semangat kepada generasi muda untuk mencipta kejayaan seperti dirinya.


Inspirasi boleh ditemui di setiap sudut galeri tersebut. Itu termasuklah serangkap puisi yang bertajuk Meniti Perjalanan Ke Puncak yang dibingkaikan bersebelahan potret Mustapha dan isteri beliau, Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim, 60.

Antara bait-bait puisi itu berbunyi: "Emkay, lahir bukan atas nasib, lahir bukan atas tuah, tapi lahir atas keinsafan, atas keyakinan."

Baris ayat itu sesungguhnya memberi satu ilustrasi jelas kepada pengunjung bahawa kejayaan yang dirangkulnya kini bukan datang bergolek.

Barangkali kunjungan pengunjung ke situ akan memberi jawapan mengenai Mustapha yang begitu lancar bermain bahasa dan puisi. Beliau sebenarnya ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) di Universiti Malaya (UM).

Galeri biografi Mustapha diatur secara sistematik iaitu bermula dengan pembahagian panel penceritaan mengikut tema seperti Perjalanan Kisah Kehidupan, Misi Kerjaya, Kasih Sayang dan Kekeluargaan, Semangat Kesungguhan dan Kemasyarakatan, serta Suatu Warisan:Doa dan Harapan.

Di sebalik Emkay

Lorong galeri pada ruang Perjalanan Kisah Kehidupan disifatkan paling sentimental. Iringan muzik First Love daripada Utada Hikaru menjadikan pengunjung lebih fokus dan terkesan tatkala membaca keterangan diri mengenai Mustapha Kamal.

Foto hitam putih yang membezakan warna kehidupan Mustapha ketika kecil, remaja dan dewasa boleh meninggalkan visual nostalgia yang tidak kehabisan dalam minda pelawat. Pada bahagian tersebut, pengunjung akan melihat sisi lain diri Mustapha. Beliau digambarkan sebagai seorang yang berdikari dan gemar aktiviti lasak termasuk menyertai pasukan pengakap.

Dari Kampung Changkat, beliau berhijrah ke Banting, Selangor dan melalui zaman persekolahan rendah dan menengah di Methodist English School. Kemudian pada tahun 1956, lelaki itu berpindah ke Kuala Lumpur dan menginap di kediaman bapa saudaranya untuk menyambung pengajian di tingkatan enam seterusnya di UM.


BIOGRAFI lengkap tokoh korporat ini diterjemahkan dalam sebuah buku dinamakan Building Passion With Mustapha Kamal.


Di situ juga, pengunjung dapat mengetahui bahawa kerjaya Mustapha bukanlah bermula sebagai seorang ahli perniagaan. Pada peringkat awal, beliau hanyalah seorang Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Kuala Kubu Baru dan Kuala Langat.

Tahun 1979 menyaksikan langkah awal Mustapha menjengah dunia korporat sebagai Pengurus Besar Shah Alam Properties Sdn. Bhd. sehingga dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan.

Dari detik itu, Galeri Mustapha Kamal menyuntik rasa ingin tahu kepada pengunjung terhadap pengasasan Kumpulan Emkay dan pencapaian syarikat gergasi itu mengikut tahun perkembangannya.

Gitar klasik

Dinding-dinding di galeri itu terus bercerita. Mustapha juga ialah seorang penggemar muzik dan mahir bermain gitar. Bangga mempamerkan instrumen tersebut di satu sudut, Mustapha sebenarnya tidak mempelajari secara formal alat muzik itu tetapi menyerap skil melalui pendengaran.

Sam Kamar memberitahu, majikannya secara berseloroh pernah berkata, bahawa sekiranya beliau tidak menjadi usahawan, kemungkinan beliau kini adalah seorang pemuzik.

Beberapa keping gambar pada galeri itu juga membuktikan kecintaannya dalam bidang seni. Antara yang mencuri tumpuan ialah foto Mustapha mengiringi Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma pada satu persembahan pada tahun 1964.

"Ia satu penghargaan kepada saya," kata beliau.

Sementara itu, di ruang pameran bertema Kasih Sayang dan Kekeluargaan, pengunjung didedahkan mengenai sisi beliau sebagai seorang bapa. Ternyata, bapa kepada empat anak dan 10 cucu itu tetap meletakkan institusi keluarga sebagai keutamaan hidup seiring dengan usaha peluasan empayar beliau.

Soal kebajikan, tokoh korporat itu memang tiada tandingan. Penubuhan Yayasan Emkay telah banyak berbakti kepada komuniti luar bandar. Yayasan tersebut telah bertindak membantu kumpulan itu daripada segi kesihatan, pendidikan, keagamaan, sukan, bantuan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.


KUMPULAN EMKAY merupakan antara organisasi korporat yang aktif menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada orang ramai terutama masyarakat luar bandar.


Bercakap tentang sektor pelancongan, Pulau Banding dan Mustapha sangat signifikan. Usaha membangunkan pulau itu sebagai destinasi bertaraf dunia disifatkan sangat bernas. Ramai pihak berterima kasih kepadanya kerana pulau itu kini menjadi pintu masuk penting buat para pencinta alam.

Mustapha memberitahu: "Saya telah mendapat banyak manfaat daripada perjalanan hidup. Alhamdullillah, kini tiba masanya saya memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat".

Pengunjung juga berpeluang membaca beberapa kenyataan tokoh ternama negara seperti mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Siti Hasmah Ali serta Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim, tentang Mustapha.

Mengambil sebaris petikan kata-kata Tun Mahathir: "MK adalah satu kebanggaan kepada orang Melayu dan Malaysia."

Secara kolektif, falsafah kunjungan ke Galeri Mustapha Kamal pasti tidak akan sia-sia kerana sikap, semangat, pilihan, keberanian dan kecekalan tokoh berkarisma itu akan terpahat di minda selama-lamanya.

Begitupun, Mustapha berpesan, sehebat manapun seseorang itu, ibu bapa jangan sesekali dilupakan.

"Di mana saya berada pada hari ini, adalah daripada pengaruh, tunjuk ajar dan pengorbanan orang tua saya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konvoi rumah ibadat Kavyan

Posted:

Konvoi rumah ibadat Kavyan

Konvoi rumah ibadat Kavyan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada para peserta Konvoi Ke Rumah Ibadat anjuran Kavyan bergambar di hadapan Tokong Dewa Pengawal di Jalan Sentul.


APABILA bercakap mengenai usaha menggalakkan perpaduan dan permuafakatan antara pelbagai kaum di Malaysia, idea itu sebenarnya lebih kepada sekadar menziarahi rumah terbuka pada hari perayaan.

Bagi penulis dan blogger bebas, Uthaya Shanker, beliau baru-baru ini menganjurkanprogram Konvoi Ke Rumah Ibadat buat kali kedua.

Walaupun percubaan kali pertama hanya berjaya menarik 10 orang peserta, konvoi kali kedua itu pula bertambah hampir 100 peratus apabila 19 orang telah mengambil bahagian.

"Saya cukup gembira dengan penyertaan ini. Sepatutnya lebih ramai yang menyertainya memandangkan jumlah yang respons melalui laman sosial agak tinggi. Akhirnya, hanya mereka ini yang serius menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai konvoi ini," kata Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) itu.

Uthaya menganjurkan konvoi tersebut sebagai salah satu inisiatif memupuk perpaduan dan persefahaman. Ia juga mencetus rasa saling menghormati dan mengeratkan hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum, agama, budaya, kepercayaan, adat serta etnik.

"Saya percaya adalah tidak salah jika kita saling mengenali agama lain. Malah, pengetahuan terhadap agama lain juga boleh menjawab banyak persoalan yang mengguris masyarakat kita pada hari ini," ujar Uthaya.

Dalam konvoi yang disertai empat kereta dan dua buah motosikal itu, sebanyak enam rumah ibadat yang dikunjungi para peserta konvoi. Walaupun pihak penganjur menyasarkan tempoh 30 minit di setiap rumah ibadat, namun masa itu terpaksa diregang apabila peserta konvoi mahu berada lebih lama di setiap persinggahan.

"Ini satu respons yang sangat baik. Saya mengalu-alukan persoalan yang selama ini menghalang minda kita untuk menerima fakta seterusnya merungkai sebarang salah faham tentang agama," jelasnya.

Dalam program itu, para peserta mendapat tahu bahawa banyak agama menegakkan konsep kewujudan satu Tuhan tetapi agama tertentu melihatnya dalam imej pelbagai dewa dan dewi.


PERBEZAAN kaum dan kepercayaan tidak menghalang usaha memahami perbezaan antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk.


"Saya memang mahu mengenali dengan lebih dekat tentang agama-agama lain di negara ini. Memandangkan saya mengikuti Uthaya melalui rangkaian Facebook, saya menerima ajakan konvoi beliau.

"Secara peribadi juga saya banyak mengkaji dan belajar tentang agama lain. Apabila hadir ke konvoi ini, saya dapati ada persepsi saya yang salah mengenai sesuatu agama," kata seorang peserta konvoi, Emillia Ramzan.

Katanya, selama ini dia tidak banyak mengenali agama dan budaya masyarakat Sikh tetapi lawatannya ke Gudwara Sahib Sentul di Jalan Sentul telah sedikit sebanyak memberikannya maklumat berguna.

"Bagi agama Hindu pula, saya selama ini beranggapan bahawa penganutnya menyembah banyak tuhan. Rupa-rupanya mereka juga yakin bahawa tuhan adalah satu tetapi wujud dalam jelmaan pelbagai rupa yang hanya mengikut sifat," ujarnya.

Bertanya soalan

Konvoi bermula di Kuil Sri Thandayuthapani di Jalan Ipoh pada pukul 10 pagi. Banyak persoalan mula diajukan, khususnya para peserta beragama Islam yang bertanyakan tentang kepercayaan seperti adat pecah kelapa, fungsi burung merak, pelbagai rupa dewa dan dewi serta struktur kuil itu sendiri. Lebih kurang satu jam diluangkan di kuil tersebut.

"Tiada soalan yang dianggap sensitif atau tidak boleh ditanya kerana saya percaya semua soalan mempunyai jawapan," kata Uthaya yang mengambil tanggungjawab untuk menerangkan tentang ritual keagamaan Hindu.

Dalam jemputan konvoi, Uthaya turut menyatakan pihaknya mengharapkan bantuan peserta pelbagai agama untuk saling menerangkan tentang rumah ibadat yang mereka lawati. Hal itu perlu kerana tiada jurucakap khas boleh didapatkan di setiap rumah ibadat.

"Seronok dapat mengunjungi Gudwara. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di sana. Nampaknya mereka juga tegas dalam hal menutup kepala sebelum memasuki ruang sembahyang.

"Malah, mereka dilihat menyembah transkrip atau kitab suci yang dikenali Guru Granth Sahib dan bukan berhala. Ia dikira sebagai salah satu daripada sepuluh guru mereka," kata peserta pelajar perubatan di Cyberjaya, Hafiz Majdi, 20, ketika mengunjungi Gudwara Sahib Sentul.

Lawatan peserta konvoi ke gudwara itu dianggap bertuah kerana mendapat kerjasama baik oleh salah seorang ahli jawatankuasa rumah ibadat tersebut, Balbir Sigh, 50.

Lokasi ketiga diteruskan ke Gereja Katolik St. Joseph, juga di Sentul. Konvoi yang tiba di lokasi tersebut pada pukul 11.45 pagi hanya meluangkan masa sekitar setengah jam memandangkan tiada pembimbing di situ.

Lawatan bermanfaat

Jazilah Ramly, 28, yang datang menyertai konvoi itu bersama lima orang rakannya yang lain dari Seremban mengakui bahawa lawatan itu suatu aktiviti bermanfaat.

"Orang Islam tidak dihalang masuk gereja kerana tujuan kita ke sini bukan untuk bersembahyang. Walaupun tiada pembimbing, kunjungan ini tetap bermakna apabila terdapat beberapa buku yang boleh dijadikan bahan bacaan tentang agama ini," terangnya.

Persinggahan berikutnya adalah Tokong Dewa Pengawal di Jalan Sentul, satu lagi destinasi tanpa pembimbing.



Seorang peserta dan juga pelajar bidang bioteknologi, Yeo Wee Kiat @ Ikram Yeo, 24, berkata, walaupun dia pernah mengamalkan Taoisme, namun dia kurang mahir mengenai agama itu.

"Saya tidak dapat membantu memberikan apa-apa penerangan walaupun berketurunan Cina. Tetapi saya teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke tokong itu selepas sekian lama. Sama seperti kuil Hindu, agama Taoisme juga mempercayai fungsi dewa dan dewi yang ramai," katanya ringkas.

Setengah jam di tokong tersebut, kumpulan yang berehat minum seketika terus menuju ke masjid berdekatan, Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul.

"Agak menarik dan mudah apabila dalam satu kawasan ini, kita mempunyai semua jenis rumah ibadat. Itu adalah kecantikan yang dimiliki negara kita," tambah Uthaya.

Bagi Azmi Anuar, 54, konvoi itu mengingatkan kenangan zaman mudanya.

"Saya pernah pergi ke kuil bersama rakan-rakan Hindu untuk memerhatikan cara mereka bersembahyang dan upacara keagamaan mereka.

"Konvoi ini seperti mengimbas kembali zaman kanak-kanak kerana saya dapat mempelajari lebih banyak perkara secara lebih mendalam dan terperinci," jelasnya.

Sejurus tiba di lokasi berikutnya iaitu Masjid Al-Hidayah, Azmi dan beberapa peserta Muslim yang lain mengambil peranan menerangkan carta kewujudan manusia, daripada Adam dan Hawa, yang ditampal di papan kenyataan masjid tersebut.

Mereka juga melayan pertanyaan beberapa peserta beragama Hindu mengenai Islam.

"Jom, masuk ke dalam. Ruang ini adalah tempat bersembahyang dan mendengar khutbah. Di belakang itu adalah ruang yang dipisahkan untuk wanita. Di sisi ini ada bahan bacaan dan al-Quran," Azmi terus memberi penerangan sambil membawa peserta konvoi duduk di luar dewan sembahyang utama sementara menunggu para jemaah masjid selesai menunaikan sembahyang Jumaat.

Meninggalkan Masjid Al-Hidayah pada pukul 1.45 petang, konvoi singgah pula rumah ibadat terakhir iaitu Tokong Sri Lanka Buddhist, Jalan Sentul. Lokasi terakhir itu mendekatkan peserta konvoi dengan sami-sami Buddha dan cara pemujaan mereka.

Ketenangan suasana sambutan dan kemesraan penganut Buddha Tera Vethe di tokong itu jelas memberi keselesaan kepada setiap peserta. Penjelasan ringkas mengenai ajaran Buddha telah disampaikan oleh salah seorang sukarelawan di situ, Kang Gin Eng.

"Saya percaya semua peserta mendapat pelbagai manfaat daripada kunjungan ini. Saya berharap lebih banyak konvoi seperti dapat dianjurkan pada masa hadapan," kata Uthaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taman herba untuk keluarga

Posted:

Taman herba untuk keluarga

Taman herba untuk keluarga

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


PENGUNJUNG boleh menikmati udara yang sejuk dari gunung dan aroma yang datang dari pokok- pokok eucalyptus.


DI SEBALIK kehebatan bandar Muar, Johor, yang kaya dengan seni bina klasiknya, destinasi itu sebenarnya mempunyai sebuah ladang herba dan rempah ratus seluas 1,295 hektar. Keluasannya telah melayakkan kawasan itu dinobatkan sebagai ladang herba yang terbesar di Asia.

Ladang yang dikenali sebagai Rempah Ratus dan Herba Nasuha yang terletak di Pagoh dikelilingi oleh lebih 10,000 tanaman herba dan pokok kayu berkhasiat.

Antara tanaman popular seperti tongkat ali, kacip fatimah, kemangi, akar tarum, hempedu bumi, jarum mas dan urang-aring. Semua tumbuhan itu boleh dimiliki dengan membeli produk kering yang siap dibotolkan mengikut formula penjagaan kesihatan tertentu.

Ladang itu juga menyediakan pelbagai prasarana untuk menyokong aktiviti rekreasi. Paling mencuri tumpuan adalah Restoran Herba. Memasuki pintu masuk restoran itu, pengunjung pasti terpukau dengan seni dekorasi dalaman yang mengadaptasikan suasana hutan khatulistiwa.

Kerusi dan mejanya diperbuat daripada kayu balak asli dan kemudian dicat menggunakan warna coklat terang. Selain itu, terdapat juga lantai pijak yang berfungsi untuk membuat urutan refleksologi.

Menurut Pengurusnya, Mohd. Aminudin Malek, restoran itu menyediakan hidangan berasaskan herba dan rempah ratus asli.

"Menu istimewa di sini ialah beriani herba ayam, daging dan kambing, sup herba serta teh dengan pilihan pelbagai herba," katanya.

Tambah Aminudin, pengunjung boleh mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pihak restoran untuk memilih makanan yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan masing-masing.

Seusai menikmati makanan yang serba berkhasiat, pengunjung boleh menikmati urutan tradisional di pondok Spa Herba dan Terapeutik yang terletak di puncak bukit berdekatan restoran.

Sekali lagi, reka bentuk spa yang menggabungkan corak binaan spa dari Jepun, Korea, China, Finland dan Arab Saudi mencuri perhatian.


RESTORAN Herba di sini menyediakan hidangan bukan sahaja lazat malah berkhasiat.


Untuk mandian herba dan urutan tradisional, ia dikendalikan oleh seorang tukang urut bertauliah dari Indonesia.

Kepada pengunjung yang mendapat khidmat sauna pula, mereka dapat menyaksikan bilik sauna yang disalurkan dengan wap yang dihasilkan daripada pelbagai jenis herba menerusi terowong bawah tanah.

"Batu-batu di bilik-bilik berkenaan akan dipanaskan secara perlahan hingga ke suhu 90 darjah Celcius. Air herba yang disembur ke atas batu untuk mengeluarkan wap dan kemudian menghasilkan ion negatif yang sangat berfaedah untuk kesihatan tubuh," jelas Aminudin.

Pakej menarik

Beliau menambah, Nasuha Herbs and Spices merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti hari keluarga.

"Kami turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk keluarga ataupun untuk organisasi.

"Selain menikmati hidangan di restoran, pengisian pakej turut menyenaraikan aktiviti kembara di ladang herba di samping tawaran bermalam di resort," katanya.

Penginapan resort pula, Aminudin menjelaskan, pengunjung boleh memilih sama ada mahu mencuba penginapan jenis log kabin atau set dormitori yang berkadardi antara RM250 hingga RM600 semalam.

"Log kabin yang diperbuat daripada kayu yang beraromaterapi terletak di lereng bukit dan dikelilingi oleh pokok-pokok herba.

"Anda berpeluang menikmati udara yang sejuk daripada tiupan angin gunung dan aroma yang datang dari beratus-ratus pokok eucalyptus," katanya.

Sementara itu, satu unit dormitori boleh memuatkan seramai 11 orang. Bezanya di sini, terdapat sebuah jakuzi yang airnya mengalir dari sumber mata air bertapis.

Selain menawarkan pakej pelancongan herba, Nasuha Herbs and Spices juga ideal untuk menjalankan program aktiviti lasak seperti menjelajah hutan, berakit, berkayak dan merempuh halangan.

Kepada mereka yang berminat meneroka lokasi yang sarat dengan pelbagai kegiatan, tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nasuhaherbsparadise.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 16 May 2011 11:30 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Gerai petai R&R Tapah

Posted:

Gerai petai R&R Tapah

Gerai petai R&R Tapah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


ORANG ramai berpeluang membeli petai segar di gerai Johari pada harga yang berpatutan.


APABILA menempuh satu perjalanan yang jauh melalui lebuh raya untuk sampai ke sesuatu destinasi, pasti Hentian Rehat & Rawat (R&R) menjadi lokasi wajib untuk disinggahi.

Selain mahu mengisi perut yang lapar, menunaikan solat atau melepaskan hajat, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai produk yang dijual.

Malah, terdapat Hentian R&R tertentu seperti di Tapah, Perak yang terkenal dengan buah-buahan seperti jambu batu, jambu madu, limau bali dan sebagainya. Ia sudah tentu boleh menjadi buah tangan untuk dibawa pulang untuk keluarga atau teman-teman.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak kedai buah di Tapah, anda mungkin tertarik dengan sebuah gerai di Hentian R&R Tapah arah selatan yang turut menjual petai.

Menurut Mohd. Johari Niya Ahmad, 34, yang membantu perniagaan ibunya di hentian tersebut, sudah hampir dua dekad menjual buah-buahan termasuk petai kepada orang ramai yang berhenti rehat di kawasan itu.

"Petai adalah salah satu daripada ulam kampung kegemaran ramai. Ia biasanya sering didapati dan dijual di kawasan kampung. Tetapi, apabila menjualnya di kawasan hentian rehat lebuh raya situasinya agak berbeza.

Varieti petai

"Pengunjung lebih suka membeli buah-buahan seperti jambu batu atau jambu air. Bagaimanapun, rezeki sebagai penjual petai di kawasan ini tetap ada," kata Johari sambil tersenyum lantas menunjukkan beberapa papan petai.

Dia memperoleh bekalan petai daripada Orang Asli di sekitar Tapah seperti di Batu 7 dan Batu 14. Harganya mengikut pasaran semasa dan bekalan petai dihantar seminggu tiga kali.

Antara petai yang dijual Johari termasuklah petai papan yang mempunyai rasa agak pahit dan petai padi yang lebih lemak serta bertangkai pendek.

Menjadi satu-satunya peniaga yang menjual petai di R&R Tapah arah utara, Johari mengakui sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Alhamdulillah, setakat ini bisnes kami mempunyai kelompok pelanggan tersendiri. Malah, ada juga pelancong asing yang membeli petai kami dan memang seronok melayan kerenah mereka," beritahu Johari ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Johari, apabila menjalankan perniagaan di lebuh raya, harga jualan dipantau oleh pihak PLUS Expressway Berhad (PLUS).

"Selain itu, gerai jualan juga perlu dibuka setiap hari. Ia tidak boleh ditutup sesuka hati. Jika ada kecemasan, peniaga perlu memaklumkan pada pihak PLUS terlebih dahulu. Selepas mendapat persetujuan mereka, barulah gerai boleh ditutup," ujarnya.

Ditanya cabaran berniaga di hentian R&R, Johari pantas mengakui berdepan pelbagai ragam pelanggan yang adakalanya memeningkan kepala. Namun, ia bukan penghalang untuknya terus berniaga di situ.

"Apa yang penting, setiap peniaga perlu ada rasa kesabaran yang tinggi di samping memaniskan wajah dengan senyuman. Jika ada sebarang masalah, ia boleh diselesaikan dengan cara diplomasi.

"Bagi menangani masalah tersebut, pihak PLUS juga ada menghantar peniaga untuk mengikuti kursus cara-cara melayan pelanggan. Sedikit sebanyak, ia boleh mendidik kita lebih memahami keadaan pelanggan," terang Johari sambil tangannya pantas menyusun petai untuk digantung di gerainya.

Selain petai, Johari turut menjual buah durian belanda tetapi ia bermusim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 16 May 2011 09:40 AM PDT

Utusan Online - Johor


Jambatan RM8.4 juta siap 2012

Posted:

Jambatan RM8.4 juta siap 2012

Jambatan RM8.4 juta siap 2012

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


HASSAN Malek (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Norizan Kulob (dua dari kiri) sambill diperhatikan oleh Ariss Samsuddin (kiri), Noraini Ahmad (dua dari kanan) dan Khalid Omar di tapak projek di Batu Pahat, kelmarin.


BATU PAHAT 15 Mei – Pembinaan Jambatan Sungai Simpang Kiri bagi menghubungkan Kampung Parit Laman, Sri Medan dengan Kangkar Merlimau, Parit Sulong yang menelan belanja kira-kira RM8.4 juta dijangka siap 13 Februari tahun depan.

Jambatan yang mula dibina pada 18 Januari lalu itu dapat menghubungkan kedua-dua kawasan dengan memendekkan jarak perjalanan sejauh 15 kilometer (km).

Kemudahan itu juga dapat mengatasi kesibukan di persimpangan masuk ke Sri Medan yang juga dikenali 'simpang maut' ekoran kemalangan kerap berlaku di situ.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Batu Pahat, Ir. Khalid Omar berkata, pihaknya yakin pembinaan jambatan sepanjang 70 meter (m) dan lebar 12m itu dapat disiapkan mengikut jadual walaupun timbul beberapa masalah seperti keadaan tanah terlalu lembut dan keadaan cuaca tidak menentu.

"Sehingga 12 Mei lalu, pembinaan jambatan itu telah siap kira-kira 10 peratus dengan pelbagai kerja dilakukan seperti pembersihan tapak penanaman cerucuk dan penggantian tanah penduduk yang terlibat," katanya pada sesi taklimat perkembangan pembinaan jambatan itu kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek di tapak projek di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Datuk Ariss Samsudin dan Pegawai Daerah Batu Pahat, Norizan Kulob.

Khalid berkata, pihaknya akan berusaha bagi meminimumkan gangguan semasa proses pembinaan itu dan berharap semua pihak bersabar untuk menikmati manfaat daripadanya.

"Sepanjang pembinaan jambatan dilaksanakan, pihak JKR akan memastikan tahap keselamatan dan keselesaan penduduk setempat berada pada tahap yang terbaik.

"Apabila siap kelak, taraf ekonomi penduduk setempat juga akan meningkat dan dapat merapatkan hubungan silaturrahim penduduk kedua-dua kawasan berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Transformasi bergantung kepada belia

Posted:

Transformasi bergantung kepada belia

Transformasi bergantung kepada belia


ABDUL Ghani Othman (tengah) menyampaikan replika cek RM3,000 kepada pemenang Anugerah Tokoh Belia Lelaki, Anuar Manap (kiri) di Kluang, kelmarin.


KLUANG 15 Mei - Kejayaan pelan transformasi negara banyak bergantung kepada kemampuan golongan belia untuk bertindak sebagai pemangkin perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sehubungan itu, golongan belia diingatkan supaya berwaspada agar tidak dijadikan alat mencetus perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

"Bagi membolehkan pelan transformasi pembangunan yang dilaksana oleh kerajaan mencapai kejayaan, kita semua perlu memastikan semangat perpaduan terjalin dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, terutamanya golongan muda tidak mudah goyah atau dihancurkan pihak tidak bertanggungjawab.

"Justeru, kita semua perlu mempertahankan suasana hidup harmoni yang telah dinikmati sejak sekian lama ini dengan apa jua cara," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Hari Belia peringkat negeri di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Shou dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday.

Abdul Ghani berkata, dalam keberanian untuk melakukan perubahan, golongan belia perlu bijak menilai sesuatu perkara baru yang 'diperkenalkan' kepada mereka kerana kemungkinan ia mempunyai unsur yang boleh menggugat semangat perpaduan.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut menyampaikan anugerah kepada beberapa pemimpin serta pertubuhan belia di negeri ini yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.

Johan pertubuhan belia dimenangi oleh Persatuan Belia Felda Kledang manakala naib johan diraih Persatuan Belia Sarang Buaya, Muar.

Anugerah Tokoh Belia Lelaki pula diberikan kepada Anuar Manap manakala Tokoh Belia Wanita diraih Lisa Ong Lee Siat.

Ismail Badar pula menerima anugerah kategori kepimpinan, Abdul Rizam Mohd. Akhir (Aktivis Sosial), Samsol Abu Sari (Keusahawanan), Hazree Yaacob (Usahawan Agro), Ismail Abdul Hamid (Inovasi dan Kreativiti) dan Majlis Belia India Malaysia (Badan Gabungan Terbaik).

Persatuan Belia Setia Sepinang, Segamat turut diberikan anugerah khas panel bagi menghargai kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan persatuan itu.

Habis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 16 May 2011 02:07 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Rahsia jelita Jingyao

Posted: 15 May 2011 05:27 PM PDT

Ratu

KECANTIKAN wajah menyempurnakan pakej seseorang wanita untuk bergelar ratu cantik dengan memastikan tiada secalit noda pada raut paras rupa. Masalah kulit seperti berjerawat, berjeragat dan kusam sebenarnya boleh menjatuhkan nilai kejelitaan wanita.

Bagi pencinta acara Ratu Cantik, Wang Jingyao, yang bertubuh langsing dengan ketinggian 182 sentimeter ini, pasti diingati apatah lagi dia pernah dinobat gelaran Miss Congeniality dalam acara Miss Universe yang berlangsung, di Bahamas pada 2009, amat mementingkan kepada penampilan diri serta mengekalkan wajah ayu jelita.

Si cantik ini yang juga pemegang gelaran Miss China Universe pada tahun sama, bagaimanapun tiada siapa tahu, bahawa beliau juga menghadapi masalah kulit pada suatu masa dulu sehingga menjejaskan keyakinan dirinya. Akui Wang Jingyao, kesibukan diri dan penggunaan mekap yang keterlaluan sejak mula menceburkan diri di dalam dunia peragaan pernah merosakkan tekstur kulitnya suatu ketika dulu.

"Dulu kulit muka saya teruk, penuh jerawat menyebabkan saya jarang keluar bertemu orang ramai kerana takut dan malu bila orang memandang wajah saya. Pelbagai produk saya cuba tapi semuanya tidak mendatangkan sebarang perubahan sehingga akhirnya, ibu membawa balik produk CNI, Whyte Magic untuk dicuba ," katanya memulakan bicara.

Dua bulan menggunakan produk itu, Jingyao dapati ada perubahan, kulitnya lebih cantik, jerawat juga makin berkurangan dan pada masa yang sama, ia mengembalikan semula keyakinan diri.

Bagaimanapun, katanya, setiap wanita perlu menjaga kesihatan kulit, sehebat manapun produk penjagaan wajah dijual di pasaran ia tidak mungkin tidak serasi kepada semua orang.
"Paling penting, pilih produk yang benar-benar menepati dan sesuai dengan kulit. Selain itu, amalkan juga teknik pembersihan wajah yang betul jika anda pengguna tegar alat solek," katanya.

Berbicara dengan wanita muda berusia 21 tahun itu kurang lengkap jika tidak diajukan soalan mengenai pengalamannya berkelana di Paris, Perancis seorang diri.

Jauh merantau bukan kerana kerjaya, tetapi kerana dahagakan ilmu lantas mendorong graduan bidang media dan komunikasi dari Universiti Zhejiang ini melanjutkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian di Perancis.

"Saya ambil pengkhususan pengajian bahasa Perancis dan Cina, atas dorong datuk saya yang pernah bertugas sebagai diplomat. Saya seronok berpeluang mempelajari bahasa serta budaya negara lain. Yang menariknya, Perancis mengamalkan sistem demokrasi dan penduduknya begitu mesra.

"Saya juga menyimpan hasrat untuk berhijrah ke negara lain. Mungkin Eropah kerana saya minat mempelajari mengenai bahasa Perancis dengan lebih mendalam. Jika tidak saya tumpukan perhatian dengan aktiviti berkaitan budaya," katanya mengakhiri perbualan singkat tengahari itu.

Whyte Magic baiki tekstur kulit

SETIAP wanita mengidamkan kulit sempurna, mulus, cerah bercahaya dan tidak dimakan usia namun tidak semua menemui produk tepat sesuai kulit mereka.

Sejak April lalu, rahsia itu sudah berada di pasaran negara ini bersama kunjungan Miss China Universe 2009, Wang Jingyao pengguna setia Whyte Magic keluaran CNI.

Magisnya produk ini adalah kesan jangka panjang hasil tiga peranan utamanya dalam memutih, menghalang penuaan dan melembap lantas menghasilkan kulit yang cerah, bersih serta sihat.

Whyte Magic dipatenkan di Amerika Syarikat dan dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti vitamin B3, ekstrak betik, enzim, ginseng serta aloe vera juga sebagai jaminan ia serasi kulit wanita Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif CNI Enterprise, Kelcin Koh, berkata lima punca utama yang merosakkan kualiti kulit adalah tekanan, menopause, insomnia, depresi dan masalah kecelaruan hormon selain gaya hidup.

"Gabungan teknologi dihasilkan dermatologi menghasilkan Whyte Magic yang mengandungi ramuan pencerah iaitu Twin C molekulartech dan vitamin C yang menjadi kunci utama pencerahan.

"Kelebihan molekulartech adalah kerana struktur molekularnya lebih halus mampu menembusi lapisan kulit dan menjamin lebih keberkesanan produk," katanya ketika memperkenalkan molekulartech Whyte Magic di negara ini, baru-baru ini.

Katanya, kajian membuktikan kulit dapat menyerap asid L-Askorbik dalam Whyte Magic sehingga 97 peratus lalu merangsang pembentukan kolagen dan elastin yang membantu memperbaiki keadaan kulit kendur dan tanda penuaan.

Rangkaian lengkap Whyte Magic terdiri daripada pencuci yang diformulasi daripada ekzim gandum yang dipercayai mampu memperlahankan perkembangan melanocytes (sel penghasil melanin).

Penyegar kaya Whyte Magic dengan vitamin B Complex - B1, B3, B5 dan B6 yang mencerah dan mencegah kulit dari dirosakkan sinar radiasi UV.

Rangkaian Whyte Magic turut mengandungi produk serum wajah, pelembap, topeng muka dan pelindung cahaya dengan harga bermula dari RM128.

INFO

Panduan elak muka berjerawat

Jerawat sejenis penyakit kulit yang biasa berlaku pada semua orang terutama remaja. Penyebabnya antara lain faktor keturunan, ketidakseimbangan hormon, bakteria, tekanan psikologis dan cuaca.

* Pastikan wajah sentiasa bersih
* Tidak terdedah kepada cuaca panas
* Mekap lazimnya mengandungi bahan kimia, pastikan cuci setiap hari dengan betul.
* Pilih kosmetik yang larut dalam air.
* Elakkan kosmetik yang mengandung minyak.
* Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku, untuk mengelakkan noda
* Amalkan diet yang betul, kurangkan makanan pedas, berminyak dan berkalori.
* Elakkan makanan berlemak seperti coklat, kacang dan daging.
* Hindari merokok.
* Tidur yang cukup.
* Banyakkan makan buah-buahan
* Minum air masakan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
* Elakkan tekanan
* Beriadah
* Amalkan petua tradisional seperti lumurkan muka dengan kunyit hidup dicampur asam jawa dan air atau cuci muka dengan air basuhan beras.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syurga kecantikan

Posted: 15 May 2011 05:20 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Clinique perkenal pusat perkhidmatan terbaru

MEMBELI-BELAH amalan lazim kalangan wanita, tanpa aktiviti itu mungkin dianggap tindak lengkap kehidupan, khususnya mereka yang bekerjaya sentiasa mengingini koleksi terkini pakaian, pewangi, produk kecantikan, kosmetik dan pelbagai lagi bagi mewarnai penampilannya.

Dengan tabiat wanita yang sebegitu mencetuskan idea kepada pusat beli-belah untuk mewujudkan suasana lebih menarik dan santai kepada pelanggan. Menambah aura syurga kecantikan di pusat beli-belah, jenama produk penjagaan kulit terkenal, Clinique mengorak langkah dengan mengubah-suai ruang pameran dan khidmat pelanggannya bagi jenamanya lebih tampak sebagai selesa.

Berkonsepkan 'Clinique As You Like It', jenama mewah berkenaan menawarkan tahap perkhidmatan yang pelbagai sebagai pengalaman baru kepada pelanggan membeli produk kecantikan kulit.

Pengurus Besar jenama Clinique, Sharyn Wong, berkata konsep berkenaan adalah inspirasi wanita dengan menerapkan rekaan dan teknologi moden untuk meningkatkan fungsi dan memudahkan pelaksanaan konsep Clinique Service As You Like It.

Konsep berkenaan juga sebagai memenuhi kehendak dan kesesuaian pelanggan berdasarkan kepada 'mood' mereka.
"Pelanggan bukan saja mahu melihat produk kecantikan kulit Clinique secara dekat tetapi juga mahukan perkhidmatan atas permintaan. Berpegang teguh dengan penemuan ini, konsep baru itu menawarkan pengguna peluang dan pilihan untuk dilayan berdasarkan syarat pengguna sendiri.

"Kami mahu memansuhkan sekatan fizikal yang lazimnya diamalkan di kaunter kecantikan dengan menawarkan suasana lebih menarik. Kaunter berkonsep baru itu juga memudahkan sistem komunikasi bersama pengguna daripada segenap sudut," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan media di pusat perkhidmatan kaunter Clinique pertama di Mid Valley, baru-baru ini.

Destinasi baru berkeluasan 493 kaki persegi itu direka bentuk semula secara menyeluruh bagi membolehkan pelanggan mendapat keselesaan ketika mencari produk kecantikan kulit yang diperlukan.

Pada masa sama, perkhidmatan rundingan juga disediakan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan nasihat, menganalisa kulit dan penjagaan kulit.

Beberapa seksyen termasuk Bar Bedak (Foundation Bar) yang mendedikasikan ruang lihat untuk alat solek dan penjagaan kulit bertujuan menggalakkan pengguna mencuba serta memilih produk dalam suasana santai.

Bar Warna (Color Bar) dengan reka letak mesra pengguna membuatkan pelanggan berasa selesa untuk menguji, memilih serta mencuba produk kegemaran mereka.

Menara Baru (Newness Tower) disediakan bagi mempamerkan produk baru yang dilancarkan Clinique manakala papan maklumat jualan terbaik (Best-seller Wall) mempamerkan produk jenama yang paling laris untuk setiap waktu.

Konsep terbaru itu bukan saja mencipta pengalaman beli-belah tetapi mendekati pengguna daripada segi emosi.

"Matlamat jenama mewah berkenaan adalah untuk menawarkan perkhidmatan sesuai dan digemari pada masa sama menepati keperluan mereka bersandarkan tema 'Service As She Lik It"," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 15 May 2011 11:04 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Penjana transformasi pendidikan

Posted:

Penjana transformasi pendidikan

Penjana transformasi pendidikan

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
pendidikan@utusan.com.my


Salah seorang urus setia Festival Hari Guru Kebangsaan 2011 memberi taklimat kepada beberapa pelajar sekolah menengah yang berkunjung ke pameran sempena festival tersebut di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


Peranan guru dan pendidik amat diperlukan untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi.

Pengarah Pelajaran Sarawak, Abdillah Adam berkata, guru memainkan peranan amat penting untuk memastikan kejayaan proses transformasi itu tercapai.

Sejajar dengan tema Hari Guru tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan, beliau berharap golongan guru bekerja dengan lebih keras dan bersama-sama membantu kerajaan dalam melaksanakan aspirasi negara kerana hubungan rapat para guru dengan pelajar sejak dari peringkat awal.

"Guru menggalas cabaran pendidikan pada masa kini melalui perubahan transformasi teknologi maklumat. Sikap dan perkembangan minda pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa.

"Semua ini memerlukan pergorbanan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan global," katanya ketika ditemui di Festival Hari Guru 2011, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Festival di Tebingan Sungai Kuching itu dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh para pempamer.

Turut dianjurkan ialah permainan berasaskan pendidikan, jualan buku dan majalah yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat.

Menurut Abdillah, guru bertanggungjawab mengaplikasi dasar pendidikan negara dengan berkesan di samping menjana transformasi pendidikan negara.

"Festival kali ini diharapkan dijadikan ruang untuk mengetahui catatan pembangunan perguruan di negara ini dalam menghargai perjuangan dan pengorbanan guru dari zaman sebelum, semasa dan selepas era deklarasi kemerdekaan bagi membangkitkan rasa insaf khususnya di kalangan generasi muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMP tawar program Kejuruteraan, Teknologi bagi lepasan SPM

Posted:

UMP tawar program Kejuruteraan, Teknologi bagi lepasan SPM

UMP tawar program Kejuruteraan, Teknologi bagi lepasan SPM

PELAJAR lepasan sekolah, ibu bapa, guru dan masyarakat boleh mendapatkan informasi yang tepat untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan melayari www.ump.edu.my.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Mimi Rabita Abdul Wahit berkata, maklumat program yang ditawarkan khusus untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), peringkat Matrikulasi atau Asasi dan lepasan diploma dan yang setaraf dalam bidang kejuruteraan dan teknologi.

"UMP turut menawarkan program kejuruteraan dual degree (ijazah berkembar) dalam bidang Mekatronik dan Automatif dengan kerjasama Hochschule Karlsruhe Technic Und Wirtschaft (HsKA) di Karlsruhe, Jerman dan merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) pertama menawarkan kursus berkenaan.

"Menariknya, pelajar yang mengikuti program ini akan memperoleh dua ijazah akademik yang dikeluarkan oleh UMP dan HsKA apabila tamat pengajian nanti," katanya ketika ditemui di Festival Hari Guru 2011 di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mimi Rabita berkata, sesi pendaftaran pelajar baru bagi Sesi Akademik 2011/2012 untuk pengambilan pelajar program pengajian diploma akan diadakan pada 1 Jun ini, manakala program pengajian Ijazah pada 4 September akan datang.

"Pelajar-pelajar Matrikulasi, STPM dan Diploma kejuruteraan yang mendapat keputusan cemerlang berpeluang mengikuti program baru yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Makanan dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan di samping 2,000 tempat ditawarkan bagi penempatan pelajar dalam sesi ini," katanya.

Pelajar lepasan UMP berpeluang menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan, sains, sains komputer dan pengurusan teknologi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 15 May 2011 07:49 PM PDT

Harian Metro: Hati


Luka bedah cepat sembuh

Posted: 15 May 2011 08:39 AM PDT

AMEENA, 30, baru saja melahirkan anak kedua menerusi kaedah pembedahan. Berbeza dengan kelahiran pertama (normal) dia sudah memakai bengkung pada hari ketiga selepas bersalin.

Namun untuk kelahiran kedua, dia buntu kerana doktor tidak membenarkan dia mengenakan sebarang bengkung serta menjalani proses bertungku dan berurut sehingga tamat tempoh berpantang.

Apa yang merisaukan Ameena keadaan perutnya yang menggeleber dan berdenyut-denyut, apatah lagi ketika berjalan.

Ini memaksa Ameena memegang perut sepanjang masa bagi mengelak rasa melayang-layang atau terburai.


Ramai wanita yang melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan pasti mempunyai pengalaman sama seperti Ameena.


Malah ramai mengakui sukar bergerak kerana perut terasa seperti hendak 'jatuh'. Ini kerana sebaik saja ubat penahan sakit hilang, kesan denyutan pada luka pembedahan mula terasa sakit dan ngilu.

Namun mana-mana doktor pasti akan meminta pesakit bangun dan berjalan sehari selepas pembedahan bagi melancarkan peredaran darah.

Untuk bangun selain mengambil masa lama dan memerlukan bantuan orang lain, pesakit juga merasai kesakitan setiap kali bergerak.

Ini menyebabkan wanita selepas bersalin itu memegang perut bagi mengelak terasa seperti 'dibuai-buai' ketika berjalan.

Hal ini akan menambah satu lagi masalah iaitu menyebabkan ibu membongkok ketika berjalan walaupun sering ditegah melakukannya namun perlakuan ini tidak dapat dielakkan.

Ada sesetengah ibu pula enggan bergerak kerana tidak dapat menanggung kesakitan.

Lebih malang bagi ibu yang tidak mahu menyusukan bayi mereka kerana cepat letih disebabkan perlu memangku bayi manakala sebelah tangan lagi menyokong perut.

Ada juga ibu mengadu perut mereka menggeleber atau buncit tidak seperti wanita memakai bengkung selepas bersalin.

Apabila ditanya kepada doktor, pakaian yang boleh menyokong perut, jawapan diberikan sama.

Untuk kelahiran secara pembedahan, ibu tidak boleh memakai bengkung atau sebarang pakaian yang boleh menyebabkan tekanan pada bahagian luka. Jadi apakah penyelesaiannya?

Menurut Pakar Sakit Puan dan Obstetrik, Dr Zarul Azham, yang juga Pengarah Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh, bagi wanita melahirkan anak menerusi pembedahan, mereka tidak dibenarkan memakai bengkung sehingga selesai tempoh berpantang.

Katanya, ini kerana bengkung yang ada di pasaran tidak sesuai untuk wanita melahirkan anak menerusi pembedahan kerana fabriknya lebih keras serta menghalang pengaliran udara dan penyembuhan luka.

Jelasnya, tubuh ibu selepas bersalin akan melalui proses berpanjangan sebelum dapat kembali kepada bentuk asal.

Menurutnya, ini membabitkan proses seperti penyelarasan semula tulang belakang, pemposisian organ, kontraksi otot dan penstabilan ligamen.

"Ketika proses mengandung, ibu akan mengalami perubahan lengkungan yang dramatik pada tulang belakang disebabkan penambahan berat badan.

"Hal ini menyebabkan organ dalaman terutama pada bahagian perut semakin terhimpit dan meregang manakala ligamen menjadi longgar.

"Sebab itu ibu mengadu mengalami sakit yang serius pada bahagian tulang belakang sama ada ketika mengandung atau selepas melahirkan anak," katanya.

Kini wanita yang melahirkan anak menerusi pembedahan tidak lagi perlu risau dengan penciptaan pakaian sokongan perubatan bagi membantu ibu selepas pembedahan.

Pakaian diperbuat daripada fabrik powernet ini berfungsi untuk memberikan sokongan 360 darjah pada bahagian abdomen dan bekas pembedahan.

Lebih penting, pakaian perubatan ini mendapat pengiktirafan daripada pakar perubatan sebagai satu-satunya 'bengkung' yang boleh digunakan ibu yang melahirkan anak menerusi pembedahan.

Sebelum adanya pakaian ini, Dr Zarul sering menasihati pesakitnya (yang bersalin menerusi pembedahan) supaya tidak memakai bengkung kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesan luka.

Namun selepas meneliti pakaian sokongan dan diuji beberapa pesakit, mereka mengakui pakaian ini sangat bagus kerana bukan saja melindungi bahagian jahitan pembedahan daripada menerima sebarang tekanan, malah menjadikan bahagian luka itu rata dan tidak berlipat.

Ini sekali gus memudahkan pengudaraan dan menjadikan luka kering dan sembuh dengan cepat.

Tambahnya, pembedahan melahirkan anak membabitkan tujuh lapisan kulit.

Ini bermaksud terdapat tujuh lapisan dalam kulit yang perlu ditoreh bagi mengeluarkan bayi dan setiap lapisan ini perlu dijahit semula.

"Tekanan tepat yang diberikan pada bahagian luka dipercayai dapat mengurangkan kesan parut.

"Pakaian ini sama seperti seluar bengkung daripada bahagian bawah payudara sehingga paha.

"Bagi memudahkan pemakaian dan keselesaan, terdapat cangkuk dan zip pada bahagian tepi manakala pada bahagian pembedahan terdapat panel bebas jahitan bagi mengurangkan iritasi yang diperbuat daripada fabrik powernet iaitu sejenis kain jarang dan lembut yang memudahkan pengaliran udara yang baik," katanya.

Walaupun ramai ibu yang menjalani proses pembedahan mengakui bimbang luka boleh berdarah atau bernanah semula, namun ini jarang berlaku.

Sekiranya individu menjaga kesihatan dan pemakanan, dalam masa dua minggu saja kesakitan tidak lagi terasa.

"Pada hari kedua selepas pembedahan luka sudah mulai kering dan mereka boleh mandi seperti biasa.

"Namun bahagian luka harus dikeringkan dengan tuala bersih bagi mengelak pendarahan," katanya.

Dalam masa 24 jam selepas pembedahan, mereka boleh memakai pakaian sokongan perubatan bagi memberi sokongan kepada otot yang sedang meregang, sekali gus menstabilkan ligamen.

Selepas tiga hari bersalin, pemakaiannya mampu memperbaiki posisi tubuh dan mengelak kesakitan tulang belakang.

"Ini kerana mereka yang memakai pakaian ini mampu berdiri dengan betul dan tidak lagi membongkok untuk menyokong perut yang sedang membengkak.

"Malah ramai pesakit yang sudah mencuba mengakui mereka tidak berasa sakit ketika berjalan dan paling penting tidak perlu lagi memegang perut," ujarnya.

Bagi ibu yang sering mengadu sakit belakang dan sukar menyusukan anak, kini mereka tidak perlu risau kerana pakaian sokongan perubatan memudahkan proses penyusuan bayi dan dapat dilakukan dengan selesa.

Ini kerana kedua-dua tangan dapat digunakan untuk mengampu kedudukan bayi ketika menyusu.

"Pada pakaian ini terdapat jalur imbangan pada bahagian bawah payudara bagi memastikan pakaian berada pada posisi sepatutnya serta memudahkan proses penyusuan.

"Ibu yang memakainya tidak berasa ketat atau panas, sebaliknya rasa selesa kerana mereka dapat duduk dalam posisi yang betul.

"Jika kelahiran normal memerlukan tempoh penyembuhan yang cepat, berbeza dengan pembedahan kerana memerlukan enam minggu untuk pemulihan sepenuhnya.
"Namun dalam tempoh dua minggu, mereka sudah boleh melakukan kerja-kerja ringan," katanya.

Namun Dr Zarul menasihati ibu supaya masih mengawal pergerakan, tidak melakukan kerja berat serta banyak makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan serta minum air suam yang banyak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bahagia lihat pesakit sembuh

Posted: 15 May 2011 08:30 AM PDT

JIKA disebut saja jururawat, ramai terbayang kerjayanya leceh kerana harus melayan kerenah pesakit di samping menguruskan mereka dari sudut peribadi sehingga fizikal.

Namun, tidak ramai cuba mendalami bagaimana sesebuah wad hospital ditubuhkan bagi memberikan kemudahan yang selesa kepada pesakit.

Bagi Rozita Noodin, 38, pengalaman membuka wad kanak-kanak memberinya peluang menimba pengalaman di Pusat Perubatan Prince Court dalam membantu menyediakan semua kelengkapan sebelum dapat berfungsi sepenuhnya.

"Sebelum ia dibuka pada 2010, pesakit terpaksa berkongsi wad bersalin kerana ketika itu, wad bagi pesakit kanak-kanak masih dalam perancangan untuk dibuka.


"Tempoh diperlukan bagi menyiapkan sesebuah wad mengambil masa selama dua bulan dengan kerahan tenaga sebanyak 12 orang saja pada masa itu.


"Keadaan wad memang kosong tanpa sebarang peralatan serta kemudahan dan kami diberi tanggungjawab untuk menyediakan semua kelengkapan melalui senarai yang diberi.

"Saya diberi tanggungjawab berurusan dengan pembekal bagi mendapatkan peralatan seperti katil, komputer dan peralatan perubatan yang diperlukan di samping bantuan daripada pihak pengurusan Prince Court.

"Saya dikehendaki membuat perancangan susun atur bagi setiap barang yang ingin ditempatkan di dalam wad itu selain mengurus staf supaya kerja dapat dilakukan dengan mudah dan cepat," katanya.

Rozita bernasib baik kerana dia mempunyai pengalaman dalam membantu membuka wad obstetrik dan ginekologi sebelum itu yang memudahkan lagi tugasnya melengkapkan wad kanak-kanak.

"Tekanan kurang sebab saya ada sedikit pengalaman dalam membantu membuka wad lain sebelum ini dan saya menggunakannya sebagai panduan dalam pembukaan wad kanak-kanak pula," katanya.

Rozita adalah kumpulan pertama yang semuanya berjumlah 12 orang ketika pembukaan wad kanak-kanak di Pusat Perubatan Prince Court yang turut dibantu ketua jururawat.

"Pesakit pertama yang kami terima pada masa itu ialah wanita bersalin dan kami berjaya mengendalikannya dengan baik. Kini, kami terima kemasukan pesakit kanak-kanak lebih daripada 70 orang dalam sebulan," katanya.

Tambah Rozita yang kini sudah lima tahun berkhidmat di Prince Court, kesusahan ketika mula-mula pembukaan pusat ini dikongsi bersama staf yang tidak sampai 100 orang pada masa itu.

Rozita berpindah ke Prince Court pada 2006 bertujuan menambah pengalaman dan melalui cabaran berbeza di hospital yang baru ditubuhkan.

"Melalui pengalaman seperti ini, saya mempelajari lebih banyak mengenai selok-belok pembukaan sesebuah hospital dan ia banyak membantu saya sekarang," katanya.

Dia yang bercita-cita menjadi doktor tetap bersyukur kerana jururawat juga berada dalam bidang perubatan.

Baginya, minat, kesungguhan dan kesabaran dalam setiap apa juga kerja yang dilakukan dapat membantu menjadi individu yang berjaya dalam kerjayanya.

Mungkin ramai yang menganggap tugas jururawat agak leceh kerana perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit.

Bagi Rozita, tugas menguruskan pesakit tidak kira sama ada menukar lampin, membersihkan diri serta menjaga kadar kesihatan mereka setiap hari bukan bebanan jika dilakukan dengan keikhlasan.

Pengalamannya selama 14 tahun dalam bidang kejururawatan belum cukup untuk dia mendabik dada dalam bidang ini kerana masih banyak lagi ilmu yang perlu ditimba.

Segala ilmu yang dikutip dan dipelajari digunakan sebaiknya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit supaya mereka berasa gembira dan tabah menjalani ujian kesakitan.

Baginya, pengalaman yang ditempuh sepanjang menjadi jururawat mungkin sama dengan yang lain. Namun, masing-masing ada cara berbeza dalam menjadikan pengalaman sebagai pendorong semangat kepada kerjaya mereka.

"Pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang ketika melihat kesusahan pesakit kanak-kanak yang mengalami kanser darah atau leukemia sehingga saat hari kematiannya.

"Perubahan sikapnya daripada ceria kepada murung sehingga saat hembusan nafasnya terakhir memberi banyak kesedaran mengenai kehidupan dan kasih sayang.

"Mereka perlukan kasih sayang dan itulah pengorbanan atau cabaran seseorang jururawat untuk memberikan sepenuh perhatian walaupun mereka bukan darah daging sendiri.

"Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pasti kita turut sedih melihat perkara sebegini.

"Tapi kami tak boleh tunjukkan rasa sedih di hadapan mereka dan keluarganya,
sebaliknya terus memberi kata-kata semangat supaya dia boleh terus bertahan," katanya.

Pelbagai andaian dan pandangan menyatakan kerjaya sebagai jururawat kurang diminati dengan alasan mereka perlu melayan bermacam-macam kerenah orang sakit, tidak tahan bau ubat atau takut melihat darah dan mayat.

Namun, berbeza bagi dirinya yang memang dilahirkan dalam keluarga dunia perubatan kerana ibunya juga seorang jururawat dan ibu saudara adalah ahli farmasi, sekali gus mewarisi kerjayanya kini.

Bermula pada 1995, Rozita memulakan kerjaya sebagai jururawat di wad Medikal (dewasa) selepas menamatkan pengajiannya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Selepas berkhidmat selama dua tahun, dia berpindah ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan menjadi jururawat di wad kanak-kanak selama tujuh tahun.

"Saya seronok bekerja di wad ini kerana kanak-kanak tidak pernah menipu jika mereka sakit dan ini memudahkan saya untuk memberi tumpuan serta perhatian jika mereka mengalami kesakitan.

"Saya memang sukakan kanak-kanak dan tak semua orang suka bila dengar kanak-kanak menangis kerana mereka berasa tangisan mereka bising.

"Menjadi kepuasan saya apabila melihat pesakit kanak-kanak yang keluar wad dengan keadaan stabil dan sihat," katanya.

Jelasnya, kenangan manis sepanjang menjadi jururawat apabila pesakit yang masih mengenali dan berterima kasih walaupun mereka sudah keluar hospital. Penghargaan sebegitu memberikan makna besar kepada dirinya.

PROFIL

NAMA: Rozita Binti Noodin
TARIKH LAHIR: 21 September 1973
ASAL: Bentong Pahang
PENDIDIKAN:

  • Diploma Kejururawatan PPUM, 1992-1995
  • Ijazah Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004-2006
    PENGALAMAN BEKERJA:
  • Dua tahun di PPUM di wad Medikal, 1995-1997
  • Tujuh di Hospital Pakar Ampang Puteri (wad kanak-kanak), 1997-2004
  • Lima tahun di Pusat Perubatan Prince Court (wad kanak-kanak), sejak 2006
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Megabait

    Posted: 15 May 2011 03:16 PM PDT

    Utusan Online - Megabait


    Kad grafik paling berkualiti

    Posted:

    Kad grafik paling berkualiti

    Kad grafik paling berkualiti



    Saya ingin bertanya, apakah kelebihan menggunakan kad grafik pada komputer dan kad grafik manakah yang paling bagus kualitinya berserta dengan harganya sekali? - Nafiz Abu Kassim

    Kad grafik, kad video, kad VGA (Video Graphics Array) dan kad paparan mempunyai fungsi yang sama dalam sistem komputer iaitu untuk paparan maklumat pada skrin komputer. Ia akan membina dan menghasilkan imej untuk paparan sistem komputer seperti yang kelihatan pada skrin monitor sesebuah komputer.

    Apabila dikatakan satu kad sebagai satu komponen komputer ia merupakan satu kad pemasangan atau Expansion Card yang akan dipasangan pada slot sedia ada pada papan utama. Slot - slot pada papan utama yang boleh digunakan untuk pemasangan kad grafik ini adalah seperti slot PCI (Peripherals Component Interconnect), AGP (Accelerated Graphics Port) dan PCI-E (PCI Express).

    Ketika permulaan penggunaan komputer, kad paparan atau grafik ini perlu dibeli secara berasingan dan ia akan dipasangkan pada slot sedia ada pada papan utama. Namun begitu, pada masa kini, pada papan utama sudah ada fungsi komponen paparan ini yang dibina secara kekal pada papan utama atau ia dipasang secara built-in. Jadi, kenapa perlunya lagi untuk membeli kad grafik untuk sesebuah komputer?

    Kad grafik ini diperlukan sekiranya penggunaan komputer yang memerlukan paparan berprestasi tinggi seperti membuat animasi komputer, pengeditan video, permainan komputer 3D dan lain-lain. Ini kerana kad grafik yang sedia ada pada papan utama adalah berprestasi rendah dan tidak berupaya memproses perkara-perkara tersebut dengan baik.

    Antara kebaikan penggunaan kad grafik ini adalah seperti berikut:-

    1. Meningkatkan kualiti video dan gambar dalam komputer.

    2. Mempercepatkan proses rendering sesuatu grafik.

    3. Memperhaluskan paparan piksel.

    4. Meningkatkan kualiti sesuatu paparan pada komputer.

    5. Mempercepatkan dan meningkatkan kualiti paparan sesuatu permainan komputer.

    6. Mengurangkan beban pemprosesan CPU dan penggunaan RAM pada komputer.

    Bagi pemilihan kad grafik, pastikan terlebih dahulu ia menyokong kapasiti komputer sedia ada yang digunakan. Bagaimana untuk menentukan sama ada sesebuah kad grafik tersebut sesuai untuk sesebuah komputer? Ada beberapa cara dalam Windows untuk kita melihat perkara tersebut seperti berikut:-

    1. Tekan butang Windows bersama-sama dengan butang R pada papan kekunci komputer anda. Satu tetingkap Run akan dipaparkan.

    2. Dalam tetingkap Run tersebut, taipkan perkataan devmgmt.msc. Seterusnya tekan butang OK.

    3. Satu tetingkap Device Manager akan dipaparkan. Klik pada senaraian Display Adapter.

    4. Ia akan paparkan nama kad grafik atau paparan. Dwi klik nama tersebut dan satu paparan tetingkap berkenaan dengan konfigurasi kad grafik akan kelihatan. Dapatkan maklumat berkenaan dengan nama dan nombor kad grafik tersebut. Maklumat yang lain boleh diperolehi menerusi laman web pengilang kad grafik tersebut.

    Selain daripada itu, terdapat juga kaedah lain untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kad grafik sesebuah komputer yang berasaskan Windows iaitu seperti berikut:-

    1. Dalam tetingkap Run, taipkan perkataan dxdiag. Satu tetingkap DirectX Diagnostic Tool akan dipaparkan.

    2. Klik pada tab Display. Anda akan dapat maklumat berkenaan dengan kad grafik anda di situ.

    Setelah kita ketahui kemampuan sesebuah komputer dalam penerimaan sesebuah kad grafik, ia memudahkan dalam membuat pemilihan kad grafik yang sesuai dengan keperluan dalam penggunaan komputer. Jadi, disenaraikan beberapa kriteria dalam pemilihan kad grafik yang baik.

    1. Jenis slot untuk kad grafik yang disokong oleh komputer sedia ada sama ada PCI, AGP atau PCI-E. Papan utama yang lama menyokong slot AGP. Bagi papan utama yang baru, penggunaan slot PCI-E adalah prestasi yang terbaik bagi kad grafik.

    2. Tahap resolusi. Ia penting untuk mendapatkan paparan video, gambar dan grafik berkualiti tinggi. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada jenis dan saiz monitor yang digunakan oleh sesebuah komputer.

    3. Memori. Kebanyakan kad grafik hari ini mempunyai memori berkapasiti lebih daripada 1 GB. Sekiranya kurang, ia akan mengurangkan prestasi dalam memaparkan sesuatu grafik atau video yang beresolusi tinggi dengan tekstur yang komplek.

    4. Sistem penyejukan. Kad grafik yang berkelajuan tinggi akan menjadi cepat panas dan mengeluarkan haba pada kadar yang tinggi. Jadi, ia memerlukan sistem penyejukan tambahan.

    5. Kelajuan pemproses. Pemproses bagi kad grafik dikenali sebagai GPU atau Graphical Processing Unit. Ia juga perlu sepadan dengan jenis CPU yang digunakan oleh sesebuah komputer. Ini penting untuk menangani segala beban kerja yang diperlukan untuk membina sesuatu grafik bagi paparan di skrin monitor sesebuah komputer.

    6. Jenis paparan kad grafik. Jenis paparan atau fail grafik yang disokong oleh kad grafik tersebut sama ada DVI (Digital Visual Interface), VGA (Video Graphic Array), HD (High Defination) atau HDTV (High Defination Television).

    Dari segi jenama, terdapat pelbagai syarikat pengeluar yang menghasilkan kad grafik ini seperti ATI, NVIDIA, ASUS, MSI dan lain-lain. Namun begitu, terdapat dua pengeluar utama kad grafik berkualiti tinggi iaitu ATI Technologies Inc. dan NVIDIA. Kad grafik keluaran pihak NVIDIA mempunyai prestasi paparan berkualiti tinggi berbanding kad grafik keluaran pihak ATI. Namun begitu, kad grafik keluaran ATI mempunyai kelebihan kerana ia lebih stabil dari segi penjimatan tenaga yang digunakan dan pengeluaran haba pada kadar yang rendah. Pada masa kini, syarikat ATI telah dibeli oleh syarikat komputer AMD.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Greenbilling permudah bayaran bil

    Posted:

    Greenbilling permudah bayaran bil

    Greenbilling permudah bayaran bil

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
    Gambar FATAH SULAIMAN


    Menggunakan green biling, pengguna boleh melihat bil mereka serta-merta.


    Tentu saja semua orang mahukan bukan saja keselesaan tetapi kemudahan semasa melunaskan pembayaran pelbagai bil sama ada bil telefon, utiliti, penyata bank mahukan cukai majlis perbandaran.

    Pengguna biasanya menghadapi masalah bil lambat sampai, tersilap letak selain kertas yang digunakan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

    Justeru sebuah syarikat berstatus MSC, IDOTTV Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2004 membangunkan teknologi green biliing bagi memberikan kemudahan bukan saja kepada pengguna tetapi juga pengusaha serta alam sekitar.

    Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Azahari Pawan Teh berkata dengan green biling, pengguna boleh melihat bil mereka serta-merta.

    "Sebelum ini biasanya apabila akaun ditutup, masa tujuh hari diambil untuk menghantar bil kepada pengguna yang kadang-kala tidak sampai, hilang dan mengambil masa lebih lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

    Kini dengan green billing, pengguna boleh mendapatkan bilnya serta-merta dan mempunyai masa lebih masa untuk membayar bil berbanding kaedah konvensional.

    Ini memberikan kemudahan kepada pengguna yang sentiasa sibuk dan tiada masa ke kaunter pembayaran.

    "Buat masa kini aplikasi green billing hanya untuk BlackBerry tetapi akan dikembangkan kepada telefon pintar dan android," katanya.

    Apa yang lebih menarik jelas Ahmad Azahari, green billing disertakan dengan senarai terperinci kerana diselaraskan dengan buku telefon.

    Pengguna yang menggunakan telefon syarikat boleh mengasingkan panggilan peribadi dengan tugasan pada bulan pertama dan ia akan berterusan pada bulan-bulan seterusnya.

    Bil peribadi boleh dimasukkan terus ke dalam emel pengguna manakala bil bagi tugasan boleh terus dihantar ke e-mel pengurus kewangan.

    Bagi bil peribadi, pengguna boleh membayar bil terus melalui kad kredit, debit atau paypal.

    "Dengan green billing, pengguna boleh memilih dan mengasing, memudahkan pembayaran serta melihat bil pada bila-bila masa," katanya.

    Ditanya mengenai ciri-ciri keselamatan green billing, Ahmad Azahari berkata, bagi memberikan keyakinan kepada pelanggan pihaknya mengambil lima poin langkah keselamatan.

    Ini termasuk ID pengguna, kata laluan, Transaction Authorization Code (TAC), kunci ID sim dan kunci ID telefon pintar.

    Siri keselamatan green billing telah mendapat Sijil MyCC yang diberikan oleh Cyber Security.

    Sebelum ini produk IDOTTV Sdn Bhd telah mendapat beberapa anugerah termasuk Frost and Sullivan Award bagi Most Innovative Application/Product, Mobile Premier Award 2011 di Brcelona, finalis NEF, finalis APICTA 2010 dan Top 500 Fast Technology in Asia Pacific Deloitle.

    Bagi fasa kedua, green biling akan membolehkan pengguna melakukan perkhidmatan layan diri (subscribe self service) seperti mendaftar perayauan antarabangsa atau menamatkan perkhidmatan tertentu.

    "Ini dapat memudahkan pengguna yang terpaksa menunggu untuk dilayan oleh operator malah menjimatkan kos operator telekomunikasi.

    Apa yang lebih menarik green billing dapat mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida sehingga empat tan setahun bagi seorang pengguna.

    Masalahnya adalah mengubah kelakuan manusia bagi menukar penggunaan kertas kepada green billing yang dihantar terus ke telefon bimbit.

    Malah, green billing mempunyai banyak kelebihan dari segi penjimatan kos, masa dan wang selain memberikan kemudahan kepada pelanggan.

    Ahmad Azahari berkata, green billing bukan saja sesuai bagi syarikat telekomunikasi tetapi juga perbankan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

    Malah, pelanggan telefon prabayar juga boleh mendapatkan bil terperinci mereka menerusi green billing asalkan syarikat telekomunikasi mengambil bahagian.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 15 May 2011 03:14 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Rahsia ladang ayam tanpa bau

    Posted:

    Rahsia ladang ayam tanpa bau

    Rahsia ladang ayam tanpa bau

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
    nisa.sulaiman@utusan.com.my
    Gambar ASWAD YAHYA


    Ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya berkilat dan bersinar.


    APABILA menjejakkan kaki ke ladang ayam Titian Has Enterprise terasa seperti bukan di ladang ternakan.

    Tiada langsung bau busuk. Yang ada hanya bau habuk kayu yang digunakan sebagai lapisan dalam reban dan dua tiga ekor lalat berterbangan.

    Bukan itu saja, ayam yang dipelihara kelihatan sihat yang dapat dilihat daripada bulunya yang berkilat dan bersinar.

    Jika selama ini ladang ternakan ayam sinonim dengan pencemaran bau dan alam sekitar tapi ia tidak berlaku di Titian Has Enterprise.

    "Sekarang ramai penternak ayam datang meminta saya berkongsi 'rahsia' bagaimana ladang ternakan boleh didirikan berhampiran rumah kediaman," kata pemilik Titian Has, Hashim Abd. Rahman semasa ditemui di ladang ternakan ayam dan kambing miliknya di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang, Selangor, baru-baru ini.

    Tidak lokek berkongsi rahsia, Hashim menjelasnya segalanya berlaku apabila pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mencadangkan beliau menggunakan produk GenKimo hasil penyelidikan Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik MARDI, Dr. Ramli Mohd Noor.

    Semuanya bermula apabila MARDI membantunya menyediakan tempat didikan bagi 2,000 ekor anak ayam yang dibahagikan kepada empat kepungan.

    "Dalam setiap kepungan, satu lapisan habuk papan diletakkan di sana untuk keselesaan anak ayam.

    "Biasanya habuk papan digantikan setiap dua hingga tiga bulan selepas digunakan bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya.

    Dalam kajian di ladang berkenaan, dua kepungan dirawat dengan GenKimo manakala dua lagi diberikan makanan ternakan bermutu tinggi.

    Hashim berkata, dalam kepungan yang dirawat dengan GenKimo, beliau menyembur cecair GenKimo pada habuk papan selain mencampurkannya dalam minuman dan makanan ayam.

    Kadar GenKimo yang disyor dicampurkan dalam air minuman amat sedikit hanya 1:700 liter air manakala habuk kayu disembur pada kekerapan dua hingga tiga hari sekali.

    "Hasilnya berat anak ayam meningkat dua hingga tiga gram bagi kepungan rawatan GenKimo.

    "Ini disebabkan kadar pertukaran bahan makanan kepada berat badan ayam amat efektif berbanding makanan biasa," katanya.

    Ini kerana GenKimo yang masuk ke dalam saluran penghadaman akan menghapuskan patogen pada ternakan dan merangsang kadar penghadaman.

    Selain itu imuniti terhadap penyakit akan meningkat dan ternakan akan menjadi lebih sihat dan cergas.

    Justeru penternak dapat memasarkan ayam dengan lebih cepat kerana kadar pertukaran makanan kepada berat badan berlaku lebih efisien.

    "Jika dulu ayam hanya mencapai berat 700 gram hingga 1.5 kg dalam masa dua hingga tiga bulan dengan GenKimo, berat badan ayam boleh mencapai 1.2 hingga 1.4 kg dalam masa dua hingga empat bulan yang sesuai untuk dijual.

    "Jadi apabila ternakan dapat dijual lebih awal, penternak dapat mengurangkan kos makanan sebanyak setengah hingga sebulan," katanya.

    Malah Hashim menambah, bagi pusingan pertama, penjualan daging ayam menggunakan GenKimo mendapat sambutan menggalakkan.

    Beliau yang menjual ayamnya kepada Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi FAMA Negeri Sembilan dan Perak mendapat maklum balas menggalakkan daripada pelanggan.

    "Pelanggan suka daging ayam yang lebih enak dan lazat berbanding yang tidak menggunakan GenKimo," katanya.

    Apa yang menggembirakan Hashim, sejak menggunakan GenKimo, kadar kematian anak ayam menurun sehingga dua peratus.

    "Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos akibat kematian anak ayam," katanya.

    Di samping baik kepada ternakan, GenKimo juga dapat membantu dalam mengurangkan pencemaran bau di ladang ternakan.

    "Malah habuk papan yang disembur dengan GenKimo boleh digunakan semula empat hingga enam kali setahun sebelum dijadikan baja berbanding tidak dirawat," katanya.

    Apabila ditanya jika Hashim akan bertukar kepada GenKimo sepenuhnya, beliau dengan yakin akan terus memberikan GenKimo bukan saja pada ternakan ayam tetapi juga kambing.

    "Jika dulu ramai penduduk yang datang ke sini bagi melahirkan rasa tidak puas hati dengan bau reban ayam tetapi kini mereka datang kerana meminta nasihat untuk mendirikan reban ayam berhampiran rumah mereka," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    GenKimo untuk tanaman dan ternakan

    Posted:

    GenKimo untuk tanaman dan ternakan

    GenKimo untuk tanaman dan ternakan

    Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
    Gambar ASWAD YAHYA


    Dr. Ramli dan Timbalan Pengarah Perhubungan Industri , Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Dr. Mohmad Mustafa membakar ayam yang diternak menggunakan GenKimo bagi tujuan uji rasa.


    TAHUN lalu, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengukir nama apabila Pegawai Penyelidik Program Pemakanan Ternakan, Pusat Penyelidikan Ternakan Strategik, Dr. Ramli Mohd. Noor berjaya menghasilkan GenKimo atau dalam bahasa Jepun bermaksud mikroorganisma setempat yang sihat.

    "GenKimo merupakan produk probiotik mengandungi mikroorganisma hidup yang terdiri daripada bakteria kecil satu sel.

    "Ini termasuk lactobacillus, yis dan bakteria fotosintetik," katanya semasa ditemui di pejabatnya di MARDI Serdang, Selangor, baru-baru ini.

    Mendapat pendidikan lanjutan di negara matahari terbit, Dr. Ramli juga menjalankan pelbagai kajian mengenai makanan ternakan bagi ruminan serta unggas.

    Kini produk berkenaan berjaya dikomersialkan setelah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara seperti di Pingat Emas semasa Pameran BioMalaysia 2008 dan Pingat Perak semasa SITF 2009 di Seoul, Korea Selatan.

    GenKimo dihasilkan melalui proses penapaian dan pemencilan secara semulajadi yang menggunakan 100 peratus bahan organik tempatan.

    Dr. Ramli berkata, teknologi GenKimo berasal daripada Korea menggunakan hanya tumbuhan dan mikrob serta boleh diklasifikasikan sebagai produk halal.

    Menggunakan bakteria berfaedah, enzim dan asid organik, GenKimo dapat membantu meningkatkan kesihatan dalam ternakan, kualiti persekitaran, daya tumbesaran pada tumbuhan serta ketahanan terhadap penyakit.

    "GenKimo bermula dengan pemprosesan silaj bagi memaksimumkan penapaian nutrien asli yang ada dalam tanaman foraj (daun) atau sisa industri pertanian," katanya.

    Secara asasnya, penapaian silaj berlaku secara biasa di bawah keadaan anerobik (tanpa oksigen) dengan kehadiran bakteria yang ada pada tanaman.

    Bagaimanapun dalam bidang bioteknologi bilangan inokulan silaj atau bahan tambahan silaj akan ditambah bagi meningkatkan nutrien dan tenaga.

    Bagi pelbagai aplikasi, Ramli menghasilkan tiga jenis GenKimo iaitu GenKimo 1 bagi penternakan dan tanaman, GenKimo-bio bagi makanan ternakan dan GenKimo-composeed.

    GenKimo-1 bagi ternakan dalam bentuk cecair pribiotik bagi minuman ternakan.

    Hanya setitik diperlukan dalam minuman ternakan bagi mengurangkan bau, merawat bahagian dalaman, meningkatkan pencernaan, mengurangkan penyakit dan meningkatkan suhu semasa musim hujan.

    "Kajian di ladang ternakan unggas yang menggunakan GenKimo mendapati kadar kematian adalah rendah berbanding yang tidak menggunakannya," katanya.

    Ramli berkata, GenKimo-bio merupakan makanan aditif (tambahan) ternakan yang mengandungi bahan pribiotik dan enzim.

    "Produk yang kos efektif ini, boleh digunakan dengan selamat kerana tidak mengandungi bahan toksik.

    "Ia juga berupaya meningkatkan metabolik asas, tahap kesihatan, menjamin peningkatan berat badan harian serta kecekapan kadar pertukaran makanan," katanya.

    GenKimo-bio juga dapat mengurangkan bau busuk, kos rawatan dan stres pada ternakan.

    Produk GenKimo-composeed atau baja dalam bentuk serbuk mengandungi koloni bakteria terpilih pengurai bahan organik dan pengaktif mikrobial tanah.

    Dr. Ramli berkata, produk berkenaan mampu menghasilkan baja organik bermutu tinggi serta mengekalkan mikrob efektif yang mampu memperbaiki kerosakan dan mengembalikan kesuburan fizikal, kimia dan biologi tanah.

    Bukan itu saja, malah semasa uji rasa ayam dan ikan tilapia yang menggunakan GenKimo mendapat sambutan menggalakkan di kalangan kakitangan MARDI.

    Rata-rata mereka memuji kelazatan ayam dan ikan yang menggunakan GemKimo yang disifatkan berbeza dengan yang lain.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 15 May 2011 03:12 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Sultan Perak rasmi semula Masjid Ihsaniah Iskandariah

    Posted:

    Sultan Perak rasmi semula Masjid Ihsaniah Iskandariah

    Sultan Perak rasmi semula Masjid Ihsaniah Iskandariah


    SULTAN AZLAN (dua dari kiri) bersalam dengan orang ramai ketika merasmikan semula Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal di Padang Rengas baru-baru ini.


    WARISAN. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian semula Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Kuala Kangsar baru-baru ini.

    Turut hadir pada majlis bersejarah itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pesuruhjaya Warisan Malaysia, Prof. Emeritus Datuk Zuraina Majid.

    Pada majlis tersebut, Sultan Azlan telah menandatangani plak peringatan yang pernah dipasang moyang saudara baginda, Sultan Iskandar Shah semasa pembukaan masjid tersebut 73 tahun lalu.

    Masjid unik yang mempunyai dinding diperbuat daripada anyaman buluh itu terbiar selama lebih 20 tahun sebelum dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara melalui program konservasi pada tahun 2008.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Program Sayangi Kanak-Kanak di Tadika Kemas Tasek Gelugor

    Posted:

    Program Sayangi Kanak-Kanak di Tadika Kemas Tasek Gelugor

    Program Sayangi Kanak-Kanak di Tadika Kemas Tasek Gelugor


    HASBUL HAZANI (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna di Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.


    RIANG. Seramai 65 orang murid Tadika Kemas dari Kampung Nyior Seberang, Lubuk Meriam dan Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hadir memeriahkan program Kempen Sayangi Kanak-Kanak baru-baru ini.

    Program yang diadakan di Dewan Tadika Kemas Lahar Yooi, Pulau Pinang itu dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

    Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan melukis, bercerita dan sukaneka yang dirasmikan oleh Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor, Hasbul Hazani Daud.

    Hadir sama Penasihat Program Pusat Asasi UIAM, Mohd. Nasri Abd. Manan dan Penyelia Perhubungan Kemas Parlimen Tasek Gelugor, Shakirah Md. Salleh.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Menderma darah sempena Hari Guru PPD Kota Bharu

    Posted:

    Menderma darah sempena Hari Guru PPD Kota Bharu

    Menderma darah sempena Hari Guru PPD Kota Bharu


    CHE AB. AZIZ (dua dari kiri) melihat dua pelajar menderma darah sempena sambutan Hari Guru 2011 di Kota Bharu baru-baru ini.


    BERAMAL. Sambutan Hari Guru 2011 peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu baru-baru ini lebih bermakna menerusi aktiviti menderma darah yang disertai oleh 250 guru dan pelajar.

    Program derma darah itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera dan SMK Peringat.

    Pegawai PPD Kota Bharu, Che Ab. Aziz Daud berkata, selain guru, turut terlibat ialah pelajar tingkatan enam rendah yang menjalani aktiviti minggu suai kenal.

    Program tersebut diadakan untuk mengisi tabung darah Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Kota Bharu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan