Selasa, 28 Jun 2011

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Kastam Perak Rampas Barangan Seludup Bernilai RM244,000 | Voice of <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2010 07:57 PM PDT

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas rokok, minuman keras, bunga api dan mercun seludup bernilai RM244,000 melibatkan cukai bernilai RM492,700 dalam dua serbuan berasingan di negeri itu.

Pengarah Kastam Negeri Perak Datuk Dzulkurnain Abd Rahman berkata dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Boyan Baru, Taiping semalam, seorang lelaki berusia 48 tahun yang disyaki pemilik premis, telah ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut.

Beliau berkata Kastam Cawangan Penguatkuasaan Taiping telah merampas rokok pelbagai jenama, bunga api, mercun dan minuman keras yang dianggarkan bernilai RM82,000 dengan jumlah cukai sebanyak RM387,700.

Sementara itu, dalam serbuan pada 24 Jun lalu di sebuah rumah di Bercham, Kastam Cawangan Penguatkuasaan Ipoh telah merampas mercun dan bunga api bernilai RM162,000 dengan jumlah cukai sebanyak RM105,000.

Bagaimanapun, katanya, ketika serbuan dilakukan, pemiliknya menghilangkan diri selepas menyedari kehadiran anggota Kastam.

"Kita percaya mercun yang dirampas dan ditemui di rumah berkenaan adalah untuk dijual kepada pembekal bagi musim perayaan akan datang", katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Dzulkurrnain berkata mereka yang terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menyorok barangan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 135(1)(d)Akta Kastam 1967 (Semakan 1980), iaitu menyimpan atau memiliki barangan belum lulus pemeriksaan kastam atau barang larangan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak bermain mercun atau bunga api pada musim perayaan kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam dan pihaknya akan menjalankan operasi membanteras kegiatan penjualan bunga api serta mercun sepanjang tahun ini.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan seperti rokok, minuman keras dan mercun, menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855.

Jabatan Kastam memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat akan dirahsiakan dan ganjaran dalam bentuk wang tunai akan diberikan untuk setiap maklumat yang berjaya menghasilkan kes di mahkamah. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan