Selasa, 28 Jun 2011

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: PAS <b>Parit Buntar</b> ucap terima kasih kepada penyumbang

Posted: 18 Jun 2011 05:47 PM PDT

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Image037-3.jpg?t=1251353332PARIT BUNTAR , 18 Jun : Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar, Abdul Baharin Desa mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang memberikan sumbangan melalui akaun Dana Kebajikan PAS Parit Buntar sebagai tanda prihatin dan simpati kepada masyarakat marhaen di Parit Buntar." Ada di kalangan mereka memasukkan tunai di dalam akaun bank, namun tiada maklumat penyumbang tersebut. Saya terharu di atas sumbangan dari penyumbang yang tidak mahu dikenali ini." Sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada PAS Parit Buntar untuk disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan terutama orang miskin dan anak yatim."katanyaBahrain berkata, semakin ramai yang memberi sumbangan kerana yakin dengan usaha bersungguh-sungguh PAS Parit Buntar mengerakkan aktiviti kebajikan yang bersistematik, teratur dan terancang" Maklumat program kebajikan PAS Parit Buntar kepada rakyat di Parit Buntar tersebar luas melalui beberapa akhbar terutama Sinar Harian dan Harakah." Laman Web , blog dan Facebook PAS Parit Buntar juga sentiasa memuatkan berita setiap aktiviti kebajikan yang dilaksanakan PAS Parit Buntar" katanyaMenurutnya, PAS Parit Buntar menyedari peranan sebagai parti yang mengutamakan kebajikan telah mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar." Selaras dengan tema muktamar ' Negara Berkebajikan ', PAS Parit Buntar tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat." Program kebajikan seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik telah dilaksanakan secara berterusan" katanyaBeliau turut menyeru kepada orang ramai agar dapat terus memberikan sumbangan untuk menambahkan dana kebajikan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan derma kepada tabung Tabung Dana Kebajikan PAS Parit Buntar boleh dibuat melalui akaun bernombor 08022010048488 Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama ' Dana Kebajikan Parit Buntar'

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan