07 di kerian - Google Blog Search |
Krew Kelana Agung <b>Kerian</b>: XPDC Gunung Berembun, Cameron Highland Posted: 14 Jun 2011 03:58 AM PDT XPDC Gunung Berembun, Cameron Highland 10-12 Jun 2011 12 Peserta XPDC Tepat jam 0900 semua peserta berkumpul di Bagan Serai, Perak sebelum bertolak bersama-sama pada jam 0930. Perjalanan sejauh lebih kurang 200KM ke Cameron Highland mengambil masa tiga setengah jam dan semua peserta selamat tiba di destinasi pada jam 1230 tengahari. Berhenti rehat di Pekan Berinchang untuk makan tengahari sebelum bertolak ke apartment. Pada waktu malam, kesemua peserta program XPDC keluar berkumpul pada jam 2100 untuk membeli belah barang keperluan untuk memasak dan menikmati suasana malam di pasar malam Pekan Berinchang. Kesemua peserta berkumpul untuk minum malam sebelum pulang berehat di apartment masing-masing pada jam 2300.Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba dihiasi dengan pemandangan matahari naik dan ladang strawberi. Kesemua peserta dengan kelengkapan mendaki masing-masing berkumpul pada jam 0800 dan diberi bekalan makanan dan minuman daripada unit QM Makanan. Dengan menaiki kereta, peserta bergerak ke kaki Gunung Berembun. Sebelum mendaki, peserta melakukan sedikit senaman regangan otot. Setelah itu, peserta mula mendaki Gunung Berembun dengan diketuai oleh ADC Krew Kelana Kerian, Encik Vijayganesh. Pendakian selama lebih kurang tiga setengah jam kurang memenatkan kerana laluan mendaki dihiasi dengan panorama yang indah dan cuaca yang agak dingin. Peserta tiba di puncak Gunung Berembun pada jam 1230. Berhenti rehat untuk menikmati suasana panorama di puncak gunung dan makan tengahari bersama-sama. Semasa menikmati bekalan makanan, satu kumpulan pendaki daripada pelatih MARDI tiba di puncak. Kami berbual seketika sebelum turun semula setengah jam selepas berehat. Perjalanan turun gunung mengambil masa selama lebih kurang dua jam. Peserta berhenti rehat apabila telah sampai di kaki Gunung Berembun sebelum bergerak pulang ke apartment masing-masing. Program pada malam kedua dipenuhi dengan melawat sekitar pasar malam Pekan Berinchang. Kesemua peserta pulang ke apartment masing-masing pada jam 2330.Hari terakhir di Cameron Highland. Sebelum pulang ke rumah masing-masing, kesemua peserta membeli cenderahati dan sayur-sayuran di bazaar. Peserta XPDC selamat tiba di rumah masing-masing pada jam 1500. Go! Go! Go! Krew Kelana Kerian! Sedia Berkhidmat! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kerian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan