Isnin, 13 Jun 2011

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Lepak-lepak Bersama Blogger Perak <b>di</b> Jaya Jusco <b>Kinta</b> City, Ipoh <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2011 09:48 AM PDT

Tarikh: 12 Jun 2011
Tempat: Jaya Jusco, Kinta City
Jam: 11 pagi - 6 petang
Sejak jam 11 pagi lagi, aku dah si Fadil a.k.a Penyu, iaitu orang kuat Blogger Perak sudah sampai di Jaya Jusco, Ipoh daripada Manjung dan UTP.
Memang pada waktu itu, masih awal.
Tapi tidak mengapa, sudah menjadi lumrah penganjur untuk datang awal daripada yang lain bukan?
Oh ya! Terima kasih kepada Atiqa, tokey Kek Lapis Sarawak kerana membelanja kami Big Apple sementara menunggu kehadiran blogger-blogger lain.
Big Apple
Sebenarnya, ini bukannya gathering blogger pun, cuma untuk lepak-lepak antara Blogger Perak.
Jangkaan awal mungkin kurang daripada 10 orang yang akan datang, kerana plan ni pun pada saat-saat akhir, sehari sebelum event.
Tapi tak sangka, ramai juga yang datang.
Hampir 20 orang blogger juga yang hadir untuk event Blogger Perak pada hari ini.

Antara blogger yang hadir:

http://www.admiralhafiz.com
http://penyuagar.blogspot.com
http://reezluv.com/
http://daridirinisa.blogspot.com
http://tebakoo.blogspot.com
http://munalifestory.blogspot.com
http://ruzzezanie.blogspot.com/
http://eyyahazel.blogspot.com/
http://www.ieyra.com/
http://www.akufakhrul.com/
http://master-lock94.blogspot.com/
http://hanya-ilusi-tinta.blogspot.com/

* Banyak lagi yang aku tak sempat nak tulis.
Jadi, bagi yang tidak tersenarai, silalah beritahu eh.


Aktiviti yang berikutnya adalah perlawanan bowling antara blogger.
Rasanya, ini boleh jadi 'Aktiviti Wajib' para blogger setiap kali berkumpul di shopping2 complex kan?
Tapi macam biasalah. Setiap kali lawan, mesti akan ada Juara Longkang bukan?


Selepas penat bermain bowling, maka masuklah waktu untuk makan.
Alhamdulillah...walaupun agak ramai pelanggan di KFC, tapi kami berjaya juga mendapatkan meja untuk semua blogger yang hadir.
Dan sewaktu sesi makan-makan inilah juga diadakan sesi pengenalan sesama blogger.



Setelah selesai makan, memandangkan hari masih awal, jadi aktiviti kami yang seterusnya adalah karaoke.
Rasanya ini adalah aktiviti paling seronok untuk perjumpaan kali ini.
Tak kisah suara sedap ke tidak, yang penting puas. Yeah!
Oh ya. Terima kasih kepada Ruzz Ezanie kerana belanja kami karaoke di Bilik VIP. Haha

"....Sayang, bukannya sehari dua,
percintaan kita ini,
janji pun sudah dipatri...."

*Cis, macam gay pulak duet lagu ni.


Setelah sejam berkaraoke, memandangkan hari sudah lewat, maka bersurailah event Lepak-lepak Bersama Blogger Perak pada kali ini.
Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir.
Ada yang sanggup datang daripada jauh, Taiping semata-mata untuk event ini.
Semoga ikatan persahabatan antara kita dalam Blogger Perak sentiasa kukuh dan berkekalan.
InsyaAllah..amin...

Update: InsyaAllah selepas ini akan diadakan pula gathering Blogger Perak di Taiping.
Masa & Tempat akan diberitahu kelak.

*Klik sini untuk sertai Group Blogger Perak.

p/s: Sapa nak join pergi Gathering Blogger Perak di Taiping? Jommmmmm!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan