Selasa, 21 Jun 2011

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Pelaburan RM5.8 bilion bina loji LNG <b>di Manjung</b> | peraktoday.com

Posted: 14 Jun 2011 12:59 AM PDT

Perak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang membekalkan gas cecair asli (LNG) apabila kerajaan negeri meluluskan pelaburan sebuah syarikat untuk membina loji LNG di Tanjung Hantu, dekat Manjung.

Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan tanah seluas 60 hektar kepada Syarikat Atigas Technology Sdn Bhd yang akan mengimport gas dari Qatar untuk dibekalkan kepada pasaran tempatan.

Katanya, pembinaan loji ini melibatkan pelaburan bernilai RM5.8 bilion.

"Tapak ini bakal dijadikan sebagai pangkalan kepada gas yang diimport dari Qatar untuk tujuan pelaksanaan LNG ini.

"Penubuhan pangkalan ini secara tidak langsung membawa berita baik di Perak kerana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang menjadi pengeluar kepada gas LNG, " katanya di dalam sidang media di Bangunan Perak SUK, Ipoh, baru-baru ini.

LNG merupakan gas semulajadi yang ditukar daripada gas cecair kepada gas dan penggunanya dilihat berpotensi dalam memberi penjimatan lebih daripada 70 peratus kepada pengguna kenderaan dan komersial jika dibandingkan dengan penggunaan petrol dan gas NGV.

Hamidah berkata, logi membekal LNG di Tanjung Hantu itu merupakan yang kedua terbesar di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan dijanga menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Pengarah Syarikat Atigas, Tang Hock Leng berkata, LNG menawarkan harga yang sama seperti petrol dan NGV tetapi ianya mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dari segi ketumpatannya.

"Jika kenderaan yang menggunakan NGV, separuh daripada ruang but bakal diperuntukkan untuk meletakkan tangki NGV yang bersaiz besar tetapi tangki LNG hanya menggunakan ruang separuh daripada itu dengan jumlah isipadu yang sama .

"Tetapi oleh kerana ketumpatannya yang tinggi, maka pengguna bakal menikmati lebih 70 peratus penjimatan berbanding petrol dan NGV selain mampu menjimatkan lebih 2 juta subsidi kerajaan, " katanya.

Hock berkata, syarikatnya telah mula melaksanakan LNG ini dan dalam masa 15 bulan daripada sekarang masyarakat sudah boleh didapati di pasaran.

Projek ini dijangka bukan sahaja mampu menyediakan kemudahan kepada seluruh rakyat di Malaysia malah dilihat data merancakkan perindustrian gas dan minyak ini sekaligus mampu meningkatkan ekonomi di Perak.

Pada peringkat permulaan ini, Hock berkata syarikatnya bakal mewujudkan sebanyak 300 kiosk LNG di seluruh Perak sebelum bercadang menubuhkan stesen LNG sendiri dalam masa terdekat ini.

"Sasaran kami ialah kami menyasarkan 70 peratus daripada penduduk di Malaysia bakal menggunakan LNG ini menjelang tahun 2020," katanya.

- SUNGAI RAPAT ONLINE

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkhidmatan bas henti-henti <b>di</b> Daerah <b>Manjung</b> akan beroperasi <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 05:06 AM PDT

Berita gembira buat pengguna di Daerah Manjung apabila perkhidmatan bas henti-henti yang ditamatkan operasinya kira-kira empat tahun lalu bakal beroperasi semula dengan menggunakan 18 buah bas baru yang serba moden serta dilengkapi sistem keselamatan canggih.

Inisiatif kerajaan negeri itu bukan sahaja dapat memberi kemudahan yang selesa tetapi juga menjamin keselamatan pengguna kerana dipasang kamera litar tertutup (CCTV) dan sistem penentu kedudukan sejagat (GPRS).

Tujuh laluan akan diperkenalkan antaranya Seri Manjung, Pantai Remis, Sitiawan, Changkat Kruing dan Hospital Manjung.

Dijangka beroperasi dalam tempoh dua minggu lagi, ia dikendalikan oleh syarikat Bas Rakyat Sdn Bhd yang ketika ini sedang menunggu kelulusan dan permit operasi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Exco Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata syarikat itu juga menerima subsidi RM4,000 sebulan bagi setiap bas yang digunakan untuk tempoh lima tahun.

"Kerajaan negeri begitu prihatin dengan keperluan pengguna pengangkutan awam dan Daerah Manjung dipilih sebagai projek perintis kepada usaha kita dalam menaiktaraf perkhidmatan bas henti-henti di Perak," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Mah berkata, pihak pembangkang terutamanya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham cuba menarik sokongan rakyat dengan membangkitkan isu perkhidmatan bas di kawasan itu sedangkan ketika 11 bulan memerintah, tiada langkah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengatasi masalah itu.

Jelasnya, rekod daripada Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dalam tempoh itu juga menunjukkan tiada sebarang perancangan menyediakan perkhidmatan bas di kawasan itu seperti yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

"Ngeh semakin gelisah dan bimbang dengan usaha komited yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam menyediakan sistem pengangkutan awam terbaik kepada rakyat Perak," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Urusan Bas Rakyat, Abu Talib Hafis Syed Abdul Fasal, berkata syarikatnya akan menggunakan dana sendiri dahulu bagi menjalankan operasi perkhidmatan bas itu kelak.

"Kita sudah menerima kesemua bas yang akan digunakan bagi perkhidmatan henti-henti ini dan ia diharap dapat beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi," jelasnya.

Selain dilengkapi sistem keselamatan canggih, bas itu katanya, boleh membawa 40 penumpang pada satu-satu masa serta mempunyai pelbagai kemudahan yang mesra pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan