Sabtu, 2 Julai 2011

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Diari Keluarga: Arowana, Tasik Tanah Bukit Merah dan <b>Bagan Serai</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jun 2011 08:50 PM PDT

Landasan keretapi KTMB dan projek landasan berkembar

Gambar diambil dari tebing Bukit Merah


Kami berhenti sekejap di sini dalam perjalanan dari Johor ke Perlis.  Ingatkan nak singgah ke Tasik Merah Resort, tapi tak jadi.  Malam tu kami tidur di homestay cikgu Ani di Bagan Serai.  Bulan Jun sawah sedang menghijau, padi baru nak berputik.  Kebanyakan sawah padi berhampiran lebuhraya sudah bertukar menjadi ladang penternakan Arowana.  Ikan arowana berasal dari Tasik Bukit Merah dan anak2 sungai yang mengalir ke dalamnya.

Homestay cikgu Ani di tengah sawah

Masjid Tinggi dibina 1890an oleh penduduk asal Bagan Serai 

Dan sungguh tak sangka, dapat berjumpa masjid bersejarah, asal usul nenek moyang ummi, kaum Banjar dari Kalimantan.  Sebenarnya ayah yang kenal masjid tu, sebab senibinanya sama dengan masjid yang pernah dilihat di sana..  Masjid Tinggi dibina pada tahun 1890an dan dirasmikan oleh Sultan Perak pada tahun 1923.  Sekarang Masjid Tinggi sudah tak digunakan lagi, ada satu masjid baru di seberang jalan.

Bukit Semanggol juga tempat di mana pasti PAS menang buat pertama kali semasa pilihanraya.  Sini ramai orang kuat PAS. Maa'had Al Ehya Al Shariff di Gunung Semanggol antara sekolah agama swasta yang awal di Malaysia. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan