Sabtu, 16 Julai 2011

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Dari KL ke <b>Kerian</b> ke Ipoh

Posted: 12 Jul 2011 05:48 AM PDT

Adeh........penatnya drive ari ni. Nasib la ada Ean Zara (merangkap opismate) tolong drive sama...hihihiii. Perjalanan dari KL ke Kerian dan patah balik semula ke Ipoh then KL ambil masa 1 hari bermula dr pukul 7.30 pagi tadi. Bersama ofismate terchenta dan 2 orang intership student kami bergerak ke Daerah Kerian.

Kali ini ke Kerian untuk mendapatkan data laluan bas dan juga beberapa data lain yang masih lagi diperlukan di Majlis Daerah Kerian (MDK). Dalam perjalanan, kelihatan cuaca agak redup dan mendung walaupun di awal pagi (seredup dan semendung awan di Seri Gombak). Perjalanan pergi ke Kerian selama 3 1/2 jam melalui PLUS highway.

Perjalanan pada pukul 7 bermula dari rumah dan aku ke UiAM untuk mengambil student intership yang kemudiannya singgah sebentar di opis mengambil surat (Si Ean Zara boleh plak tertinggal surat data....adehhhhhh). Melalui lebuh raya Duta aku ke PLUS untuk mengambil Ean Zara berdekatan Hospital Sungai Buloh (huhuuu....nasib baik la tergerak hati nak kol dia dulu.... ghupa-rupa nya dia belum sampai lagi.....cehhhh). Tapikan dalam terlambat dia sampai, dia sempat 'ta paw' pisang goreng (cam biasa di paw dari dapur mak dia ...hahahahaa).

Perjalanan melalui PLUS sebenarnya agak berjerebu sepanjang perjalan pergi dan balik. Keadaan jerebu yang bagi aku kelihatan teruk kerana kenderaan di hadapan pun kelihatan kabur (jerebu yang masih tercari-cari puncanya.....dasar malas nak tengok berita mcm ni la). Pada pukul 12.00kami tiba di MDK berjumpa dengan Encik Sulaiman seperti dijanjikan (En. Sulaiman tu biasa la......asyik membebel memanjang a.k.a banyak cakap hingga telinga pun rasa dah berasap nak dengar).

Setelah selesai di MDK, kami akan berpatah balik ke Ipoh untuk ke JPBD Perak bagi mendapatkan RSN PERAK. Sebelum tu, seperti biasalah singgah makan tengah hari jap (macam takda tmpat lain dah....mmg gerai mak su jer yang jadi port kami...peringatan mak su a.k.a bukan mak aku ok!!). Makanan kat situ memang layan lintok abis la dengan masakan kampung kegemaran aku....abis lah ulam dan sambal belacan aku bedal (heheheee) paling kurang, ari ni kena dalam RM6 tapi tak kesah pon janji puas hati (lupa nk ambil photo lor...huhuhuu).

Selesai makan, kami bertolak ke Ipoh dan aku mintak Ean Zara drive ke sana. Nasib baik aku masih ingat lokasi tempat tu (maklumlah kali pertama sampai dulu guna GPS.....mana nak ingat main ikut je aper dia cakap turn left or turn right). Paling kurang dalam 1 jam diabiskan di JPBD dengan turun-naik lift dari tingkat 3 ke tingkat 7 then tingkat 3 balik semata-mata nak beli RSN tu (borinkkkkkkkk arghhhh).

Perjalanan balik ke KL masih lagi seperti waktu datang tadi dengan keadaan jerebu....dan aku yang kepenatan membiarkan Ean Zara drive hingga sampai ke KL (jadi co-pilot sudah)....lupa nk cakap, sepanjang perjalanan tak abis2 dok dengar lagi roly poly & no body (tiap kali start keta mesti lagu2 ni yang keluar.....TT_____________TT).....the end

Enjoy Roly Poly song from t-Ara


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan