Sabtu, 16 Julai 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Catatan dari Dengkil: Mee Rebus Mastan Ghani

Posted: 06 Jul 2011 07:09 AM PDT

Assalamualaikum WBT,

Banyak kali juga saya dah pergi ke Teluk Intan. Namun sekalipun saya tak pernah makan mee rebus di situ dan sudah tentu yang terbaik di Teluk Intan ialah mee rebus Mastan Ghani.

Setelah berlegar-legar sekitar Teluk Intan dan Bidor hari ini, akhirnya mee rebus Mastan Ghani menjadi pilihan untuk saya makan tengahhari tadi. Bukan di Teluk Intan tetapi di pekan Langkap. Dari Teluk Intan ke Bidor dan nak balik ke Dengkil semula, terasa malas nak patah balik ke Teluk Intan mencari mee rebus Mastan Ghani dan yang terdekat dengan Bidor ialah Langkap. Jadi restoran Mastan Ghani yang berhadapan dengan Pusat Kesihatan Langkap jadi pilihan.

Namun agak mengecewakan, percubaan kali pertama makan mee rebus Mastan Ghani tidak memberangsangkan. Dan saya hairan kenapa ini yang disebut-sebut. Setelah diselidik rupa-rupanya mee rebus Mastan Ghani di Langkap memang jauh berbeza dengan yang di Teluk Intan.

Di bawah payung yang sama, namun rasa berbeza. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana akan merosakkan nama Mastan Ghani itu sendiri. Mungkin ada penduduk Langkap yang tidak bersetuju dengan saya, namun saya mendapatkan respon dari beberapa orang rakan sebelum saya menulis disini.

Insya Allah, jika ke Teluk Intan lagi, saya pasti akan ke Mastan Ghani di Teluk Intan untuk mencari perbezaan yang dimaksudkan. Dan jika tiada aral pada hari Ahad ini mungkin saya akan ke Temerloh mencari ikan patin masak tempoyaknya. Jom makan makan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan