07 di kuala kurau - Google Blog Search |
Realiti Kehidupan: <b>Kuala Kurau</b> Dan Tanjung Piandang Posted: 03 Jul 2011 11:55 PM PDT Sepintas lalu mengenai Kuala Kurau Kewujudan Kuala Kurau dipercayai bermula dari abad ke 17 dahulu, iaitu pada tahun 1800an masehi. Nama Kuala Kurau itu sendiri dipercayai diambil dari sebutan kuala iaitu kedudukan sebagai muara sungai dan ikan kurau yang banyak terdapat pada suatu ketika itu. Pada awal penerokaan dahulu dipercayai dilakukan oleh segolongan orang melayu perak yang bertani dan nelayan. Selepas itu, Pelbagai peneroka memenuhi Kuala Kurau sehinggalah sekarang termasuklah moyang, nenek, atok dan pakcik kami yang menetap di kampung Tok Hin di dalam kawasan Tanjung Piandang iaitu juga asal usul keluarga sebelah isteri kami .Kebanyakkan penduduk di sini terdiri dari berbilang suku keturunan banjar , perak, kedah dan lain-lain. Dialek yang digunakan kebanyakkan menggunakan dialek kedah dan perak. Di zaman penjajah, pihak inggeris telah memajukan kawasan tersebut dengan tanaman tebu dan kelapa. Manakala purata hujannya sepanjang tahun sebanyak 2,500 mm (97 inci) dan kandungan tanahnya yang terdiri daripada Tanah Lanar iaitu sejenis yang melekat berwarna coklat menutupi tanah liat yang berwarna kelabu memang amat bersesuaian dengan tanaman padi sehingga kini. Pada kunjungan kami kali ini tanaman sawah padi sedang menguning dan sedang menanti masa untuk dituai. Jambatan di sungai Kuala Kurau telah siap untuk dilalui dan memendekkan masa untuk ke Kuala Gula. Kami sempat memberhentikan kereta kami untuk merakamkan keindahan sungai Kuala Kurau dan pekan yang terdapat berhampiran dengan sungai. Di sepanjang muara tersebut juga ada mempunyai sangkar Ikan yang diternak untuk pasaran tempatan. Panorama yang kami ambil di waktu petang begitu mengamit kenangan kami sekeluarga di atas jambatan Kuala Kurau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
<b>Kuala Kurau</b> - Ban Pecah - Bagan Serai Posted: 19 Jun 2011 08:40 AM PDT Pagi2 Sabtu mak kol abang. Tanya sama ada petang Ahad 19hb tu ada nk gi mana2 ke? Bila abg kata takde gi mana2 pun...mak ajak abg gi Kuala Kurau..gi tempat nelayan bawak ikan naik dari bot dorang..hehe.. Ahad 19hb Jun 2011 Bila tgk sape yg join gi Kuala Kurau tu...tingat mcm nak gi kembara Pantai Timur 30/5 sehingga 3/6 dulu pulak, huhu. Cuma along je yg takde & yang ketara..Sela/Anas dh guna kereta baru, hehe. Masa gi Pantai Timur tempohari..Anas lanyak abes si saga itam tu, ngeh2.. Sampai Kuala Kurau (ikut Kuala Gula)...frust jer sbb tak dpt nak beli ikan baru naik yg masih tergedik2 dlm kotak polisterin bot nelayan situ, ermm.. Pastu, kitorang pun terus ler gi bawak mak, abah, Sela, Anas dan kak nor tengok kawasan Ban Pecah kat Tg. Piandang tu. Pemandangan kat situ mmg best. Tempat memancing pun ye...Tempat berdating pun ye, erm.. Memang best ler kalo nak melepak kat sini. Ngan angin yang menyamankan, ngan redup pohon2 rendang yang mmg ditanam berderet di tepian2 ban tu, erm... Korang tau ke citer dan kisah di sebalik kawasan BAN PECAH ni?? Meh aku citer ikut citer yg aku dapat, ye...hehe.. Kalo search kat gugel maps pun...takde yg tolong menanda kawasan ban pecah ni kat area Tg. Piandang, hmm.. Tahun 2007 dulu...pertama kali aku gi sini..ada simpan gambo kat gebang fotopages ni..hehe.. Ni dah penghujung2 ban tu dah. Kitorang ingat nak melepak kat gerai2 situ tapi..tak jadi ler. Last2 abg bawak gi Gerai Buluh Kuning kat Bagan Serai yg penah masuk dlm JJCM musim baru lepas tu.. Ni nasik goreng ayam black pepper aku. Sedap ler bagi tekak aku ni... Dah abes makan tu...kitorang terus gi lepak lake garden...bersila beralaskan selipar di atas rumput dan bersembang satu citer mistik, kisah benar.....ngee.. Akiss, ain dan anis dh leka layan playground, mm.. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kuala kurau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan