Isnin, 25 Julai 2011

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pekan <b>Tanjung Rambutan</b> bakal berubah wajah

Posted: 24 Jul 2011 04:00 PM PDT

IPOH 24 Julai – Pekan Tanjung Rambutan yang dahulunya dikenali kerana adanya Hospital Bahagia di situ, kini berubah wajah dengan pelbagai projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan tersebut.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang dalam proses memperkukuhkan pembangunan di Tanjung Rambutan.

Menurutnya, antara projek berskala besar yang telah disiapkan adalah Kolej Kesihatan Bersekutu yang mempunyai kira-kira 3,000 pelajar tidak termasuk tenaga pengajar.

"Kita hendak adakan Pasar Tanjung Rambutan yang lengkap dengan medan selera dan air pancut untuk memenuhi keperluan hasil daripada pembangunan yang sedang berlaku di sini.

"Kita juga merancang membina dewan orang ramai dan perpustakaan yang baru untuk kemudahan penduduk Tanjung Rambutan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Semula Pasar Tanjung Rambutan di sini semalam.

Pasar baru itu bernilai RM7.16 juta dengan peruntukan sebanyak RM5.8 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan RM1.36 juta daripada MBI.

Selain membina pasar baru, pasar lama dinaik taraf menjadi medan selera dan air pancut dibina untuk menceriakan pasar tersebut.

Ahmad Husni yang merupakan Ahli Parlimen Tambun berkata, pembangunan Tanjung Rambutan perlu diperkukuh supaya generasi akan datang dapat terlibat dalam pembangunan ekonomi negara.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim memberitahu, semua penjaja haram di luar Pasar Tanjung Rambutan yang lama akan dilesenkan dan ditempatkan di pasar baru yang mampu menampung seramai 300 peniaga.

"Proses pembinaan pasar baru itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang dan diharap ia akan menjadi model kepada pembinaan enam buah lagi pasar baru yang dirancang," ujarnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan