Rabu, 6 Julai 2011

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


KISAH CINTA NASI LEMAK: Kenapa <b>Negeri Perak</b> Tidak Mewajibkan Zakat <b>...</b>

Posted: 05 Jul 2011 08:09 AM PDT

Kalau bagi orang yang mengikuti perkembangan-perkembangan tentang pendapatan sumber Islam di Malaysia ni mungkin dah tahu Perak adalah satu-satunya negeri di dalam Malaysia yang belum mewajibkan zakat pendapatan kepada penduduk rakyat Perak. 

Terdapat percanggahan dalam kata-kata mufti pelbagai negeri tentang zakat pendapatan. Antaranya ialah pendapatan dianggap sebagai satu harta yang dimiliki sempurna oleh semua orang. Maka adalah wajib bagi seseorang untuk yang layak pendapatannya dari segi nisab untuk seseorang itu diwajibkan menzakatkan pendapatannya. 

Ok, ini berita yang aku terima hasil perbincangan dan kata sepakat dengan amil-amil harta dan profesional dari negeri Perak pada hari ini. Perak telah memohon untuk mewajibkan pendapatan zakat dari Jabatan Mufti dan Fatwa sejak dari tahun 1990 namun keputusan jabatan mufti tetap sama yang mana meletakkan hukum HARUS untuk zakat pendapatan.

Kenapa zakat pendapatan ini tidak diwajibkan di Perak? 

Antara syarat untuk seseorang dikenakan zakat ialah:

-seseorang memiliki harta yang sama atau melebihi nisab.

-harta yang sama atau melebihi nisab itu mestilah dipegang selama cukup setahun. (satu haul)

Sini kita boleh nampak, seseorang pembayar zakat tu mesti PASS 1st stage dulu baru boleh ke next stage. Maksudnya, kalau seseorang itu tidak memiliki harta yang sama atau melebihi nisab, maka dia tak PASS 1st stage. Secara automatik dia tidak boleh melangkau ke 2nd stage (syarat harta melebihi nisab itu mesti dimiliki selama cukup setahun.)

Di dalam negeri Perak, jarang-jarang ada orang yang berpendapatan melebihi daripada RM12400 sebulan (nilai nisab semasa), melainkan orang-orang yang berniaga atau pun bekerja syarikat swasta. 

Kalau la ada pun orang yang berpendapatan RM20000 sebulan pun yang mana pendapatannya itu melebihi nisab, tak mungkin orang itu TAKKAN pakai duit pendapatan dia tu. Mesti sebahagian daripada duit itu akan dibelanjakan untuk membayar duit rumah, kereta atau apa-apa lagi yang akhirnya menyebabkan pendapatan duit dia itu akan kurang daripada nisab. 

Disebabkan ini, zakat pendapatan tidak wajib di negeri Perak. Ia cuma akan jadi wajib apabila seseorang itu memeliki pendapatan yang melebihi nisab dan dia berbelanja duitnya namun pendapatan bulannya itu tidak kurang daripada nisab.

Contoh:

Nisab semasa pada bulan Januari 2011 ialah RM12400.

Ali berpendapatan RM30,000 sebulan dan pada bulan Januari dia berbelanja hanya RM10,000 sahaja dan ini bermakna dia ada baki pendapatan RM20,000. 

Dekat sini Ali dah cukup syarat dari segi nisab sebab baki pendapatan dia masih ada RM20,000. 

Pada bulan Februari 2011, nisab semasa ialah RM11,500 dan Ali pada bulan Februari berbelanja RM20,000 pada bulan itu yang menyebabkan baki pendapatannya menjadi RM10000 yang mana ia kurang dari nisab.

Pada bulan Februari dekat sini Ali dah tak cukup syarat dari segi nisab.

Dekat sini, pengiraan zakat pendapatan Ali ialah,

Hanya dikenakan pada pendapatan Ali pada bulan Januari sahaja iaitu 1/40 (kadar zakat yang perlu dikerluarkan) didarabkan dengan RM20000 (baki duit pada bulan Januari). Iaitu RM20000 x 1/40 = RM500 yang mana Ali perlu bayar pada JANUARI 2012 (cukup satu haul atau genap setahun).

Manakala untuk bulan Februari 2011, Ali tak perlu bayar zakatnya pada Februari 2012 sebab, baki pendapatannya kurang dari nisab.

Ini adalah sebabnya fatwa baru dari Perak kali mungkin BAKAL mewajibkan zakat pendapatan tapi dengan syarat pendapatan seseorang itu melebihi nisab dan cukup satu haul.

Kalau nak diikutkan pengiraan zakat pendapatan yang SEBENAR atau yang DIGUNA PAKAI sekarang, seseorang itu perlu nyatakan jumlah pendapatannya setahun dan kemudian DITOLAKKAN dengan RABATE-REBATE yang dikeluarkan oleh majlis fatwa dan sekiranya pendapatan tahunannya itu setelah ditolak rebate MELEBIHI nisab, maka kena la orang itu bayar zakat. 

Mungkin rebate-rebate itu yang dipersoalkan oleh majlis fatwa kerana lain orang lain belanjanya dan mana boleh kita menetapkan rebate untuk distandardkan pada semua orang. Hmmmmmmmmmmm.....


Wallahualam...........

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan